Wednesday, October 19, 2011

Kenapa Suka Cium Anak ?

Mowning all readers,

Baby Ni comel btol. Geram Nk kiss jgk :)


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
·     Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang  sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


·     Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas  dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke  dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 


·     Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

 

·     Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu   dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.   


·     Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada   seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak  menyayangi tidak pula akan disayangi.”

 

·     Barangsiapa   ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

 

  •    Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah   dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  •   Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu   bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah   kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak   ke atas dirimu.”
  • Sumber : here
    p/s: cikhoneybee copy paste jew. tkbape nk ade masa nk publish draft yg tk abeh agy mnaip. busy btol minggu ni. jadual pack sgt. Rindu nk "bermesra" dgn rakan blogger

5 comments:

IntaNBerliaN said...

sy pun sk cium anak saya.. hihii

Perfumes Farm said...

hi,

Perfumes Farm is giving a voucher to all the participants of Perfumes Farm Contest as a token of thank you for participating.

As such, please email me at perfumesfarm@gmail.com to collect the voucher.

Dont forget to mention your name and put the link of the Perfumes Farm Contest entry in the email.

Thanks.=)

Nasz said...

perkongsian yang sangat bagus. saya pun baru tahu je ni.

ME CTCT said...

wah...thank 4 sharing...bila nk dpt ank..nk cium dia puas2..hehe

CikHoneyBee said...

@IntaNBerliaN wow!! best nye ade bby.. msti bule kiss 24 hours. cikhoneybee suke cium baby. mmg pipi nye tidak sy lpskan. hekhek :)

@Perfumes Farm wow.. dpt voucher.. best nye.. okok.. sepantas mgkin sy send email tu

@NasZ alhamdulillah. kalo info ni byk memberi pgetahuan kpd yg tk tahu. sme2 la kite berkongsi info :)

@CTK amboi my ct.. hehe.. lau nk cpt dpt anak, kne la cpt abeh kn praktikal n suro yours syg masuk minang cpt. kehkeh :D