Friday, September 16, 2011

Jom Jaga Kulit Dengan buat masker Muka

selamat petang readers,

ok, cikhoneybee baru lepas back dari lunch. cuaca kt luar sana tue . . panas kemain (!). terase terbakar muka aku kena dek sinaran cahaya matahari yg terik. bile dh kena Air-Cond, baru la lega siket. tahukah korang, kesan pendedahan kepasa cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit buleh menyebabkan kanser kulit (!) selain itu :

  • kulit terbakar (Sunburn) - yang akan menyebabkan kerosakan kulit yg kekal
  • penuaan pra-matang - kedutan kulit yg ketara, kulit kasar dan bertompok - tompok
  • kerosakan mata akibat sinaran ultro violet (UV)
masa zaman persekolahan, cikhoneybee rajin buat dan pakai masker. sebab dlu, aku nie bule dikatakan aktif la jugak dalam aktiviti sekolah. [ bekas olahragawati sekolah tu ] haha . . nak show off la siket konon nye. bajet gyler . . ^^  kalo dh aktif bersukan, tengah tengah hari yg panas tu kalo kena berlari masa pertandingan ( MSSD - majlis Sukan Sukan Daerah ) mmg tk dpt nk elak kan diri la kn.  balik rumah, mama tak MENGAKU anak. pasal aku nye kulit gelap +  Sunburn teruk . . (!) Mama cakap anak India mane la ni duk minum air kat dapur tu. .  haishh =.=" itu cerita zaman persekolahan. piala, medal 1 kotak aku kumpul. hehehe 

oleh kerana aku ni dulu (sekarang TAK) pembaca setia remaja, banyak la tips tips untuk penjagaan kulit muka, rambut, kuku, badan dan segala la. aku praktik kan mana bahan yang senang di cari. antara yang selalu aku pratikkan untuk wt masker

TIMUN 

 


hancurkan (Blend) timun pastu campurkan putih telur. bule jugak campurkan madu. letakkan pada muka. biarkan selama 15 minit. pastu cuci muka menggunakan air suam.
pastikan ketika itu, tidak menonton cerita lucu atau lawak dan bersembang ngn owg lain.. sebab, nanti kulit muka tidak dapat menegang anjal. lebih bagus pakai masa nak tido (:


 kebaikan timun : melembabkan kulit muka, bule mengurangkan minyak kulit muka
kebaikan putih telur : menegangkan  dan menghaluskan kulit muka.
madu : melembabkan kulit yg kering, menghilangkan jerawat, menegangkan dan menghaluskan kulit muka


 TOMATO 


Menghilangkan jerawat : Hiris buah tomato kepada dua bahagian. gosokkan pada muka. cara lain, hancurkan buah tomato ( Blend ) ambil air nya dan sapukan pada muka. biarkan selama 15 minit, pastu cuci muka menggunakan air suam

Mengecilkan Liang Roma : campurkan satu suda Jus tomato segar dengan 4 titik jus limau nipis. Ambil kapas dan sapukan ke muka dan lakukan urutan perlahan-lahan. cuci dengan air suam bagi mengecilkan lagi liang roma. keringkan muka dan sapukan pelembab muka

Menyejukkan kulit yang Rosak : Kisar 1biji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. sapu bahan tersebut pada muka dan biarkan 20 minit. cuci dengan air suam. 

kebaikan tomato ialah mampu mengecilkan liang roma, mengurangkan jerawat dan merawat penyakit kulit. tomato juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, mencerahkan kulit kusan dan mengembalikan keremajaan kulit.

rujukan : khasiat tomato 

click this video for tutorial  =)





PUTIH TELUR 


Cara cara nak wat masker putih telur ini, korang click jew kat video aweq comel ini. Duduk godam godam U-tube tgk video clip K-Pop, terjumpa pula video aweq comel ini.  Since Last Year aku praktikkan. kesan nye mmg betol betol memuaskan hari. bukan jew kulit halus mulus, jerawat kecut terus dan semua blackheads tanggal (!) Memang superb kan ? tgk la aweq comel ini pnyer muka . .  halus mulus cm telur rebus jew . . geram aku tgk (!) dan ade banyak lagi video video die tnjuk kan berfacial menggunakan bahan bahan harian kite. so, toksah nak duduk bazirkan duet beli produk mahal mahal. gunakan yg semulajadi lebih terbaik bukan? produk yang mahal mahal tu dh bercampur dgn bahan kimia lagi. bahan kimia nie bukan elok sgt ngn kulit muka kite. kulit muka kan sensitif. tu yang kadang kadang korang pakai dapat alahan. bahan kimia itu tidak sesuai dengan kulit wajah. so, gunakan yg ASLI SEMULAJADI untuk kesan yg lebih SUperb (!)

so,  3 bahan ini la yg sllu cikhoneybee guna untuk buat masker. pilih la mana korang nak try ya. selamat mencuba.

muka sebelum abeh diploma (2bln lps)
muka yg rajin dimanjakan

muka selepas 2 bulan (Raya)
muka yg dh lme tidak dimanjakan 
 [kulit kering, berjerawat, liang roma dh kasar ]


p/s : malam nty nak wat masker putih telur. hari hari kena sinaran UV yg panas terik, muka dah mintak untuk dimanjakan suda :)


5 comments:

My Life's Journey said...

bagus tip kat cni ..leh jadi duta kecantikkan cik honey nie :)

CikHoneyBee said...

hehehe.. tidak lah smpai jadi duta kecantiakn. ;P sekadar mengkongsi kan ilmu yg ade.. sharing is caring.. :) cik umi jgn lupa mencuba ya.. pehtu kasitaw cikhoneybee result nye :D

Scha sooyoung said...

wahh!! kite geng..suke tngk video clip kpop..terutamenye u-kiss..hahaha
btw..thanks for the info! :D

Anis Celina said...

ni kene buat seminggu sekali ker setiap hari???

Fiza Azam said...

Salehaaaaaaaa....