Friday, September 30, 2011

Life




Sesekali kita perlu DERITA ,
untuk mengenal erti BAHAGIA . .
Sesekali kita perlu KECEWA ,
untuk kita kenal erti KEYAJAAN . .
Sesekali kita perlu MENANGIS ,
untuk kita syukuri NIKMAT yang dibeli . .
Sesekali kita perlu TERHIRIS,
untuk kita kenal DIRI SENDIRI  . .


Cinta Abadi



sebutir air mata jatuh kerana keinsafan
seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan
sesaat berseduh kerana redha Allah
adalah berjuta kali lebih mulia daripasa seharian bersedih kerana cinta dunia
sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna
lebih bercahaya daripasa kilauan segunung permata
sesuci hati kerana cinta ILAHI
itulah hakikat Cinta Abadi


Pengesahan Berjaya (!)

salam readers

Yes (!) Alhamdulillah . . semua nye dh settle. ape yg settle tu yew (?)  Pengesahan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi aku dah berjaya (!) Banyak gyle la soalan nk dijawab. kire kne isi borang survey la mengenai tempat belajr dulu. service cne, matapelajaran cne, lecturer cmne . . abeh sume die nk tanye. terasa cm di siasat oleh Encik Polis pulak . .  (!) wkwkw. . . and aku nye status belum bekerja, so die tnye alasan kenapa tidak bekerja. pernah g interview ke. . dan byk lagi la. smpai tension (!) so, tinggal utk payment Konvo jewla pasni. syukur sgt.. all working smoothly.


p/s : tak sbr nk Konvo =)

Thursday, September 29, 2011

Necklaces & Bracelets Giveaway


Click Banner for more details

tarikh bukak : 22/08/2011 1 petang
tarikh tutup : 10/10/2011 10 malam


item pilihan cikhoneybee adalah :


Necklace
N05

Necklace
N02

bracelet
B08


cikhoneybee tag :

Kuda Belang




hari ini Kuda Belang (!)
Hitam + Putih
hehehe . .
muka hepy lepas settle kn 
1 Pinggan nasi bersama Ketam Gulai Lemak Cili Api :)

I Love You SO Much Mum and Dad (!)

Baru jew lepas makan nasi, 
Mama dan Ayah dtg bwk Satay puLak
Melantak la lagi.
aduyai . . . Rosak Diet
mane la anak nye tk gemok
Mama dan Ayah suka sumbat makanan.
tgk la . . Gambar atas tu. . . pipi dh Tembam Semacam jew

Repost: kenapa cincin dipakai di Jari Manis?


1. Pertama, tunjukkan telapak tangan Anda jari tengah di tekukkan ke dalam (lihat gambar)

2. kemudian, 4 jari yang lain ditemukan hujungnya.

3. kemudian cuba buka ibu jari Anda.

4. ibu jari yang mewakili orang tua boleh dibuka kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. dan akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua

5. tutup kembali Ibu Jari Anda kemudiah buka jari tekunjuk anda.

 Jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda. jari itu terbuka kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang akan terpisah dengan Anda

6. sekarang tutup kembalu jari telunjuk anda buka jari kelingking.

jari kelingking adalah mewakili anak- anak ini juga dibuka. cepat atau lambat anak anak juga  akan membentuk keluarga dan kehidupan baru yang terpisah dengan anda.

7. tutup jari kelingking anda

cuba buka jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan.

peliknya jari tersebut tidak akan boleh dibuka.

jari manis ini mewakili suami isteri. selama hidup anda dan pasangan akan terus bersama satu sama lain dalam menjalani kehidupan.

itulah alasan cincin kehwin perlu disematkan di jari manis. anda dan pasangan akan terus bersama selagi jari manis tidak dipisahkan dari kehidupan.

Akan tetapi itu hanyalan rumusan atau teori penceritaan kisah berbentuk kekeluargaan. Kisah sebenarnya ialah cincin disarung sebagai tanda dan sunnah Rasullullah S.A.W.

nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina ali sesudah Saidina Ali nberkahwin dengan Siti fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari :
  • jari tengah
  • jari telunjuk
Nabi Muhammas SAW melarang kerana memakai cincin  di jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknati oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. jikalau kita memakai cincin dengan niat mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW InsyaAllah dapatlah kita pahala.


artikel asal dari : ayampenyek

Suatu Petang di Restoran Ayam Penyek

selamat petang yg hangat,

Panas sungguh cuaca di petang petang ini. takut nk kelua. cikhoneybee duduk dalam kedai jew. hehehe . . .  tadi kan cikhoneybee belek belek picture hang out dengan kawan kawan.  perasaan rindu menebal suda (!) serius rindu mereka sangat (!) Rindu betol nak hang out ramai ramai. jalan jalan cari makanan yg best lagi.

sekarang byle dh sume abeh belajar pasti la sume sibuk dengan komitment masing masing kan. termasuk jgk la aku. dh abeh belajar nie, pasti kerja. kalo balik kerja pun pasti penat. ape lagi katil dan bantal musyukk memanggil la kan. semalam terpakse tolak ajakan My bestfriend, Dyla, Ida Eryn dan tunangnye. dieorang ajak aku tengok movie. tapi sebab tk bekesempatan nk join. so, aku tak dpt nk join mereka.

ini picture mase kami ( aku, cik myu, cik ct, yoges dan cik becca) outing bersama yg terakhir kat nilai sebelum kami abeh belajar 3 bulan yg lepas. picture ade yg cilok dari blog cik myu. hehehe . .

atas: cik ct dan yoges
bawah : aku dan becca
( picture  dalam bas college )

aku lapar sgt. smpai jew Giant Nilai, terus serbu Kings'
amek gmbr dgn mulut penuh. 
tk senonoh betol
hahaha . . .


(cik myu, aku dan becca)
masa kt Giant Nilai . . makanan maseh berbaki di tgn

(Aku, Yoges dan becca)
di restoran Ayam Penyek . . Dinner TIME (!)

minuman kami ber-5

bakso

ayam penyek


  makanan kt restoran ayam penyek ni not bad la. cume tidak sesuai dengan selera aku. heheh . .  aku tk makan sambal belacan (!) tapi Ayam Penyek die sedap (!) ayam rendang die best cik ct ckp. . . tp PEDAS (!) Memang tk sesuai sgt dengan selera aku. sebab aku bukan kuat makan pedas pun. hehehe

p/s: harap ade chance lagi nk outing cmni lagi.

Segmen Jom tambah followers

hepy lunch hour reader. . .

sume dh lunch ke? cik honeybee belum agy lunch. tengah tunggu delivery makanan dari ayah tersayang. semalam  pergi pasar malam kami borong ketam. ayah dan mama janji nk masakkan ketam masak gulai lemak cili api. hehehe . . nyum nyum .

ok, sementara tunggu ayah hntar makanan, cikhoneybee nk join 1 segmen yg awesome! segmen yg di anjurkan oleh LULU PAGES (!)




cikhoneybee nk join segmen ini. of coz la nak tambah follower kn (?) selain itu, nak tambah kenalan . . bule sharing sharing informasi. sharing is loving kn (?) berblogging ini adelah utk meluahkan segala idea , perasaan dan juga pendapat bagi sesuatu benda.

so, cikhoneybee mmg suka bce entri post friends blogger. selain menambah kn pengetahuan, bule juga dijadikan pengajaran, tauladan serta peringatan utk diri sendiri.
berblogging utk mencari dan menambah rakan kenalan. bukan MUSUH (!)


tarikh tutup segmen ini : jumaat ini 3 petang.

sape nk join, jom cepat (!)
masa dh tk byk dh
hari ini dah khamis.
esok dh jumaat
(DUE DATE dh hampir . . )

Wednesday, September 28, 2011

jangan nk RUDE sangat la..


hari ini off work (!) 
yeahh . . best best
hari ini nk spend time mase dgn keluarga...

sakit hati jew buka blog hari ini
budak comel smlm tk abeh abeh nk cr pasal jew
dtg dtg blog owg then nk rude jew . .

tataw ape pasal die nk rude rude sgt.
yes! sy mmg bule ckp bahasa melayu
umo baru jew setahun jagung
maseh bersekolah lagi tu
tkpayah la nk rude sgt

cikgu ajar kt sekolah utk jd rude ke(?)
dhla, mls nk sesakkan kepala nk pikir hal seorang budak comel itu
maseh mentah dan takmatang dlm hal hal cmni
tkyah nk besarkan hal yg kecik ini
what goes around comes around

kalo tknkk diri kne cmtu, so jgn wt pada owg.
jage percakapan dan tingkah laku anda.
kalo hati baik, mulot baik . . 
ramai owg suka dn syg.
awk tu maseh kecik lagi.

p/s: watch out your mouth and behave yourself

gaduh . . . off henfon?




kalo kite tak mahu menerima panggilan dari orang yg kite sedang marahkan. ape yg perlu kite buat?

hehehe . . sesapa bule jawab tk soalan aku itu? bukan ape. aku duk tengok adek aku ini bergado dgn boipren die. adek aku cakap cakap cakap then letak (!) then boipren die pasti la call blik kn ( aku tak tahu dlm masalah mereka, sape yg bersalah. aku hanya wt observation dr jauh . .  huhuhu ) call punye call . . dh call yg ke 5, still adek aku tkmaw accept call. jenuh la henfon tu berbunyi . . smpai naik serak serak dh. yewla, smpai ke call yg ke-10 pun die maseh tknk angkat call. penghujungnya . .  aku pulak yg panas telinga. sekali dua dgr lagu tu, ok jgk la kan. tp kalo dh 10 kali dgr lagu yg sama, aku pun naik fed up (!)


aku cakap kt adek aku, sape yg memekak call byk kali dan asal tknk accept call? die ckp boipren die. .  die mls nk accept call. cakap pun menyakitkan hati (!) aku ckp la, kalo tknk accept call dan tknk die call . . off jew henfon. tkde bising bising dan die tkkn dpt call dh.



bagi aku, orang yg tknk accept call dan membiarkan henfon die tu memekak smpai serak dh bunyi lagu tu . . baik off kn jew henfon tu. terusan on henfon dan membiarkan henfon tu brbunyi tk semena mena membuatkan anda memberi "message" yg anda ingin dihubungi oleh si dia.

dah, jangan ganggu aku (!)  . . tuuuttt  (off henfon )
kalo die call blik, then dapati anda off henfon. secara direct, die akan phm yg anda tidak mahu di ganggu dan dihubungi. die akan stop call. dat it's. pastu off la lama mane yg anda rase nk off. . . dan byle suda cool down, on la blik. mase anda off henfon tu, pastila die akan antr bertimbun timbun sms. byle on henfon, automatik die tahu henfon anda sudah on byle die dpt alert sms delivery. die pasti terus call. cakap cakap cakap, settle settle settle, berbaik . . . . itula rutin nye.

p/s:menyelesaikan masalah ketika kite dalam keadaan tenang bule membantu kite membuat sesuatu keputusan dengan bijak.

utk die yg berkenaan


salam mowning yg stressful,

kepada awak . .  yes awak lah. i nak ckp siket. kalo awak bce entry ini, harap bace dengan minda yg terbuka. hal ptg td itu. ya . . . petang td. i on9 my blog. if u know me . . u tak akan ckp dan kecoh kan hal sekecik alam dlm shoutmix sy. u know what . . 1st things yg i akan wt byle on9 blog, i check comment kalo ade kwn2 comment my blog post. then, i akan check my shoutmix box and my cbox. after dat, i akan blogwalking ke blog2 yg dh singgah ke blog i. i akan tegur mereka at shoutbox/ cbox mreka utk show how much i appreciate them (!)

then, (berapa byk kali then la kan) i akan follow balik sape yg follow blog i. itula aktiviti yg i akan wt before i update entry post dan mulakan blogwalking ke blog rakan blogger i.

the issue now, u are the first one who told me that u already follow my blog. yeah . . at the first, i'm really hepy cuz i got new friend bloggers. since u "did" follow me, i check ur name at my list. guess what. . . u not there darling. since u not there, i go to your blog . . then really do click button follow u and leave message 4 u. i swear . .

then, now . . when i'm back . . . i do the same thing. i see ur message at my shout box. are u trying to embrassing me (?)? i tgglkan msg dgn kata kata yg elok dan sopan. why u need to be rude to me (?) i did not force u to follow me. if u see my message kat bwh header i. . u takkan ckp cmtu kt shoutmix i. sape yg tidak jujur sekarang ini (?) u yg ckp u follow i, then it's not there . . u lie to me. i tak kesah pun. sebab dh byk kali pun i sllu terkena dgn message " i dah follow u, plz follow me back! " tapi tk list tkde pun (!) mmg i terus pg kt blog die, and i dgn rela hati  follow die dlu. i hulurkan salam perkenalan. then i tinggalkan kt message kt shoutmix. it's up to her to follow back or not. i tk pernah pakse pun.

kalo la u nk sgt owg follow u. pliss jgn guna taktik cmtu. disini nk berblogging nk mencari kawan, bkn lawan. dulu pernah jd cmni kt i.. i  did click to follow someone and leave some message. then she visit my blog and told me i'm not in her list, mybe internet line problem when i click it. she say nicely plis click again if nk follow. i pg check kt blog die. mmg i click back cuz i mmg nk follow die and jd friends . . . and kami tkde pun nk gado gado dan be rude to each other.

relax la dear. . . i just assume that ur internet line problem mse u click button follow. dat y i go to ur blog and really do click button follow. i'm so surprise that i'm not in your list. mybe internet line problem. if u not believe, go ask my blogger friend. i mmg akan follow balik blog yg follow i.

apelah sgt yg nak dimarahkan disebabkan isu "follow" ni (?) just tggl kn msg ckp i failed dh la. nty i try again click. dat it's. simple jew. takpayah nk rude (!) sblm updte entry ni i dh click button follow dan double check. i dh ade dlm list u. u tgk la . .. Puas hati dh sekarang(?)



p/s : what goes arounds come arounds . . . renung renungkan la.

Monday, September 26, 2011

Oh, Angry Birds



Angry Birds ini sememang nye betul betul wujud lorh . . .  Ini adelah "Mereka" sebenar. . .

p/s : comel comel kn mereka =)

impak ajinamoto

selamat petang readers


ok petang petang ini cikhoneybee berkesempatan nk update entry. hehe . . . this week sudah tk busy cm last week. hehehe . . .  hari ini kite bercerita tentang Monosodium glutamat (MSG). Apo ke bende la tuuu yekk?
itu nama saintifiknye. . . nak nama Kampung atau Bandar pulak? ish3. . . ade la. .  ape pulak tkde. selalu makcik makcik nenek nenek, kakak kakak panggil MSG tu AJINAMOTO (!) heheh . . tahu dh sekarang (?)

Ajinamoto itu sejenis garam natrium berasaskan asid glutamik yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk dijadikan sebagai penambah perisa

kalau la pergi wat survey kt 1 housing area . . buleh dikatakan hampir stiap isi rumah ada AJINAMOTO kt dalam kabinet dapur mereka. Tak caya (??) pergila wt survey sendiri. ehehe. . . mostly AJINAMOTO ini memang menjadi bahan penting dalam masakan. dah nama pun penambah perisa bg sedap. kalo tak letak . . tkde perisa la yekk . . tak sedap (!) tapi yg sedap itu la akan bawa penyakit.

korang tahu tak ajinamoto tu kalo kite amek banyak banyak bule bahayakan kesihatan (!) tak caya ? search kt google tentang keburukan ajinamoto.  mmg korang rase tknk letak dh dlm masakan. tapi kt kedai mknn tu . .  makin suka letak bersudu sudu . . katanye bagi masakan rase sedap. nanti ramai yg dtg makan . ..  perniagaan pun laris.  tapi tahu kew mereka tu . . mereka nk untung tapi kite yg pengguna ini yg akan menanggung penyakit yg merbahaya. dahla, kos perubatan byle sakit nanti bukan die nk tanggung kn


aku kalo makan jew pape makanan .  .  . kalo makanan itu mengandungi ajinamoto yg SEDIKIT, lepas sudah makan jew . . aku akan terase penin penin. mula aku terasa kepala aku berdenyut denyut kuat . .  then terasa mengantuk tetiba. . . bukan sebab memang mengantuk. tapi terasa mengantuk kerana kepala berdenyut denyut. ok itu kalo makanan itu mengandungi ajinatomo yg SEDIKIT

bagaimana pula kalo makanan yg mengandungi ajinamoto yg BANYAK (?) kalau banyak . . . aku akan muntah on the spot (!) segala makanan yg aku makan tadi, habis keluar balik (!) pastu mula la terasa nk demam. Kompem . . 1 hari aku demam . . terbaring atas katil esok nye (!)

aduhai . .  seksa betol. sebab tu aku jarang dan takut nk makan mknn yg bukan dimasak oleh my parents. benda benda ini akan terjadi selepas mkn.  pernah aku order mee bandung kt 1 kedai makan kt SG.buloh . . masa tu dinner dgn family. masa order aku dh pesan . .. . jgn letak ajinamoto lansg.

aku rase sesudu kuah mee bandung tu. ok sedap (!) kalo sedap, pasti la sesudu lagi.. then sesudu lagi kan . . smpai tah keberapa sudu tah, mulot aku terasa payau payau dan pewning pewning dah. trus aku ckp " DEMN YOU (!) " guess what (?) makanan itu tukang masak die letak ajinamoto.

 oh, tukang masak itu tidak jujur. yang nk makan makanan itu adelah customers dan yg akan bayar makann itu pun customer (!) so just give what customers want la kn (?) Mmg 1st and last la aku jejak makan kt sne. aku memang tk kesah kali tak sedap pun buleh diterima lagi. tapi kalo kes tak jujur tu aku tkbule nk compromise (!)

p/s : kurangkan la penggunaan ajinamoto dlm masakan untuk menjamin kesejahteraan hidup. sayangi lah diri anda.

JOM JOIN GIVEAWAY DARI KEMBOJA!

Yay (!) cikhoneybee join lagi Giveaway (!)  JOM JOIN GIVEAWAY DARI KEMBOJA!
click banner for details

1. mula2 tolong like kan jap fanpage 'IRIS RAUDHAH COLLECTIONS' ni key..tq luv u all.. (ada hadiah misteri untuk yg bertuah)

2. pastu tolong g follow jap blog ni ek.. 'IRIS RAUDHAH COLLECTIONS' tq, luv u all (ada hadiah misteri untuk follower bertuah)

3. k, pastu tempek banner 'IRIS RAUDHAH COLLECTIONS' key no kompromi.. hehe

4. suka hati korang le nak tulis apa2 jer dalam tu.. then tinggalkan link kat komen ni okeh!

5. tarikh tutup- 26 september 2011 12 malam

Giveaway LuvBunny House



clik Banner utk JOin

Syarat - Syarat Nak Join
-  follow blog LuvBunny dan CIk Bunny
- LIKE Fanpage penaja. ( tak nak like pun tkpe
- post entri bertajuk " Giveaway LuvBunny House". letak banner blog dan link kan ke entri ini
- tag kali nak tag
- letak URL entru korang ke enrti ini. kalo tempat lain, cik Bunny tk terima

tarikh tutup : 1 November 2011


from bottom of my heart

selamat pagi yg indah readers,


cikhoneybee nk ucap 
terima kaseh byk2 
kpd yg dh follow, blogwalkers dan comment
minggu ni tak bape nk ade masa sangat
teramat amat busy
kerja banyak.
dan masa utk berblogging dan blogwalking kurang


cikhoneybee nk mtk maaf byk2 jgk
mane blog yg cikhoneybee tk sempat nk return visit
so, cikhoneybee janji . . .
siang jup agy,
cikhoneybee return visit 
dan blogwalking ke blog korang pulak k

hari hari cikhoneybee mampu nk jeling jeling je
segala entry yg kwn kwn blogger dh update
cikhoneybee hanye sempat nk buka beberapa sahaja
(hanya buka mana yg join GA dan contest dahulu . . . ngee! )

yewla, nk update entry setiap hari tkde modal nk cerita
duk kena siapkan kerja
if join GA, kne wt entry
kalo wt entry, 
maka terhapdate la blog cikhoneybee setiap hari
hahahah . . .
untung untung kalo ade luck, 
dapat hadiah . . .
hehehe . . . .
2 in 1
bijak tk?
hahaha . . . off dlu
jumpa siang nty k.
promise akan terjah satu satu blog korang!
PROMISE (!)

1st GA by Cik Kiah Ronggeng

salam readers,

Yay! mase blogwalking jumpe lagi GA. haha . .  ape lagi dengan cepat cikhoneybee typing entry utk join. GA kali ini di anjurkan oleh cik kiah ronggeng's blog.

click Banner utk join / cekidot information

cik kiah mengetengah kan syarat 2x yang simple aje . . 
1) follow blog cik kiah yang tak seberapa ni, untuk tahu update about GA ni
2) mcm biasa, buat 1 entry bertajuk
"1st GA dari Cik Kiah Ronggeng "
3)copy banner GA ni dan link kan terus ke entry ni
4)tinggalkan link korang kat dalam kotak komen entry ni . .
(lain 2x entry tak dilayan)
5) last, TAG kepada 3 orang (make sure dia tahu dia di TAG)
tarikh tutup GA ni lama lagi :7.9.2011 until 4.10.2011
tepat pukul 12:00 a.m
dengan ini, cikhoneybee mahu meng-tag :
CTK        Azie Namico    Cik Tikah's Blog
 p/s : join ramai ramai yukk . . .  =)

Sunday, September 25, 2011

Impak Open House





Mowning all readers,

bulan syawal bakal berakhir tk lama lagi. hanya beberapa hari jew lagi bakal melabuhkan tirai nya. so, rasa rasa nye bule tak cikhoneybee menarik nafas lega? menarik nafas lega sebab raya nk HABIS (?) Weird bukan (?) No (!) No (!) No (!) . . Anda suda SALAH faham. Hehe . . ( Macam tahu jew ape yg Korng paham kn . . hekhek )

ok, let's me explain. kenapa aku nak tarik nafas lega sebab bulan syawal hanye suda tinggal di penghujung bulan. Raya (?) Sape taksuka raya (?) Semua orang Suka. Tambah tambah pulak kanak- kanak. Mmg SYOK.ORG la kan. Mmg Aktiviti Opss Duet Raya bakal di Gerak Gempur. hahaha. .  Mane yang dewasa itu pun turut bersemangat duk Susun Duet Raya dalam Sampul Raya. ok, sume ini tk menjadi isu.

yang menjadi ISU nye adelah aktiviti "Open House " (!) mmg aku tahu, Open house atau Rumah terbuka mmg dh menjadi tradisi adat orang Malaysia. bukan Raya Melayu jew wt Open house, Raya Cina, Raya India pun tidak melepaskan peluang nk wt Open House ini. ( Entry ini nk Highlight kan pada Raya Melayu )




Sumpah(!) aku dh trauma nk pegi Open House. SEBAB (?) sebab aku TAK LARAT nk ulang alik pergi tandas akibat sakit perut, keracunan makanan dan sewaktu dengannya. kes sakit perut cirit birit ini bukan sehari dua baru baik . ni dh Seminggu pun aku maseh terasa impak nye. hari hari mkn ape pun, tk bule . . sume keluar balik. Nak wt kerja pun Susah dan tidak selesa. mane tak nye, asyik berulang kali ke tandas. Sampai kn aku terasa tknk kelua kelua dr tandas. Mmg azab betol (!)

dlm sebulan ni, bukan sekali dua aku kena cmni. dh tiga kali kot (!) Mmg aku nk ucap terima kaseh banyak banyak la kt diorang yg wt Open House tu. Nak bagi orang makan, masak la betol betol dan ikhlas. Ni masak cincai, kebersihan tak jaga. aku bukan nk komplem mengarut. mmg la mknn free, lagi maw bunyikk (!) tapi aku rela tak dpt mknn free tu dari tkde tanggung azab kua masuk tandas (!)

lepas jew, sakit perut dari balik kenduri kawen cousin aku . . aku dan adeq aku saling mengingati . . mmg takut nk sumbat pape mknn yg bukan Parent aku masak. tapi nk wt cne, jiran dan kawan mak aku wt open house . . ajak makan makan . . mmg trpakse mkn la. walaupun diri tak sanggup. Mak aku ckp, makan jew sikit buat syarat. TAPI . . . . padah nye 1 Minggu aku tahan azab nye. Hari pertama dan kedua, mkn ape jew. . semua muntah balik. sampai naik lembik badan aku. terasa nk demam pun ade. Check in tandas tu jgn ckp la  . . . Mmg kua masuk tandas jew (!) ini semua kerana OPEN HOUSE (!)

p/s : Hati mesti Ikhlas. . .  Masak biar guna tangan, bukan guna KAKI (!) 

Saturday, September 24, 2011

[ No Title ]



mowning readers,

pagi ini, cikhoneybee decide nak update blog dulu. lepas tu baru start blogwalking * Actually dh start sikit dh sebenarnye (!) hehehe. . . memandangkan hari ni kerja letih sgt, so, nk cepat2 update then check shoutmix box pehtu baru blogwalking.


sebenarnye tadi dh setengah jam lepas dh online. tapi duk g website lain. aku kena register utk graduation kt mohe. then, ade masalah pulak byle aku nye maklumat tkde. try byk kali pun tk bule. salah click ke hape ke . . ntah la. yg pasti GAGAL utk register. dahla kne register sebelum 1 oct. baru td, kawan kelas SMS tnye tntg hal yg sama. semua cmtu ke? adoi . . . takthu la cmne nk wt.

sementara itu, Vampire Diaries Season 3 Episode 2 dh available utk di download. yeay! sekarang tgh download la ni . . hekhekhek. .  ngntuk nyee la . . .  smpai di sini la dulu. Catch u all later! Muack

p/s: tadi ade nmpk 1 contest blog. hehehe . . . join lagi yukkkk (?)

Friday, September 23, 2011

First Giveaway by Summer



Yay (!!) Giveaway lagi (!!) Cikhoneybee join GA lagi. Ramai yew anjurkan GA ni (?) Murahnye rezeki dieorang ea . . cikhoneybee join First Giveaway by cik Summer pulak. ( Mood Join GA maseh full charge !)

ini banner nye . . Jom join ramai ramai =)

Dateline :  27 October 2011

Hadiah akan diberi kepada 3 blogger dengan post terbaik dan okay lah, memandangkan Summer seorang yang kaya-raya baik hati,  RM 5 akan diberikan kepada blogger  5 blogger yang bertuah! hadiah untuk 3 entry terbaik tu? SURPRISE!




p/s : hadiah SUPRISE itu yg wat kan aku excited sgt nk join (!)

Giveaway : Simple Giveaway HOB

mowning readers, cikhoneybee nk join GA lagi. hehe..  minggu ni mood join "GA" jew ea? nta la.  . . excited pulak kn. 

clik banner for more details

cik Aishah nk bg hadiah mcm mcm (!)
 nak tahu ape hdiah die . .  
jom g cekidot ke blog die 

(click je banner tu kalo nk join ea kwn kwn )

p/s : cute jew doodle kt banner tu. pink pulak tu. . . i looiike (!) hehehe

Thursday, September 22, 2011

Join GA yg AWESOME . . .

sebelum nk masuk tido, terjumpa 1 blog ni. Syiqin dan Nadhirah yang menganjurkan MEGA GIVEAWAY (!) Hadiah nye mmg awesome (!) dengan cepatnye aku MAW JOIN (!) hekhek . ..


 
Untuk keterangan lanjut, click banner

term and conditions:

Follow Blog Syiqin And Nadhirah
Malaysian only
Klau nak join, buat satu entry pasal contest ni. Ambik banner tu sekali :]Send dekat entry Nadhirah
 Tag 1 orang yang korang nak tag.
 Tarikh tamat contest 1/11/11
Sponsors pun bole join dengan syarat kalau hadiah yang anda buat terkena pada diri sendiri,kena ganti dengan orang yang mempunyai number selepas anda

  
 nie main hadiah die (!) syok bukan (?)


           cikhoneybee mahu tag : cik Tikah's Blog

"p/s: nk Lomo tu  . . nty bule amek picture byk byk dgn Gemok (!) hehehe.. Insya Allah, jika ade rezeki "
snap picture together cmni kew  .  . . . (?)
Auwww . . . hehehe