Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday



Akibat Penyakit Malas menular . . inilah terjadi :


# Nak pergi pantai tengok SUNSET lagi Larrrr . . . .  #


Malas nak bercinta, Malas nak berfeeling, malas nak sakit hati, Malas nak gembirakan hati, Malas nak merajuk, Malas nak pujuk, malas nak masam muka, 
Malas Malas Malas Malas Malas . . . 
Semua Aku Malas.  ( cukup 30 patah perkataan kahkahkah )




p/s : kalau dah jumpe pemilik tulang rusuk, pasti HILANG rasa MALAS kn? kekekeke

Tuesday, May 22, 2012

JOM BERUBAH JOM..? ;)




 

sebelum tidor, cikhoneybee sempat berblogwalking dan terjumpa 1 article tentang berubah ke arah kebaikan. so, ini cikhoneybee nk kongsi kan pada semua jua. semoga memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah. :)



Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.

Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun.

"eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah."

Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.

Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..? 왜.? 왜..? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.



Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. 
[HR Muslim]



Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.?

Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas,
"Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."

Persoalannya,

"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"
(noktah)


Sumber : 100% copy paste dari sini -banyak lagi diulas oleh beliau, FARAH LEE

P/s: jom ramai ramai puasa sunat untuk meyambut kedatangan bulan Rejab, Bulan istigfar/taubat.. dimana Allah membuka pintu taubat untuk hamba hamba nya. semoga Allah mengampunkan dosa dosa serta doa doa ku di kabulkan. 


Thursday, May 10, 2012

45 THINGS A GIRL WANT, BUT WON’T ASK FOR:




45 THINGS A GIRL WANT, BUT WON’T ASK FOR:

1. Touch her waist.
2. Actually talk to her.
3. Share secrets with her.
…4. Give her your jacket.
... 5. Kiss her slowly.

Are you remembering this?
6. Hug her.
7. Hold her.
8. Laugh with her.
9. Invite her somewhere.
10. Hangout with her and your friends together.

KEEP READING ..
11. Smile with her.
12. Take pictures with her.
13. Pull her onto your lap.
14. When she says she loves you more, deny it. Fight back.
15. When her friends say “I love her more than you”, deny it. Fight back and hug her tight so she can’t get to her friends. It makes her feel loved.

Are you thinking of someone?
16. Always hug her and say I love you whenever you see her.
17. Kiss her unexpectedly.
18. Hug her from behind around the waist.
19. Tell her she’s beautiful.
20. Tell her the way you feel about her.

One last thing you need to do to show her you actually do mean it.
21. Open doors for her, walk her to her car - it makes her feel protected, plus it never hurts to act like a gentleman.
22. Tell her she’s your everything - only if you mean it.
23. If it seems like there is something wrong, ask her - if she denies something being wrong, it means SHE DOESN’T WANT TO TALK ABOUT IT - so just hug her.

24. Make her feel loved.
25. Kiss her in front of OTHER girls you know!

WE MIGHT DENY IT BUT WE ACTUALLY LIKE AND KINDA WANT YOU TO TICKLE US ..
26. Don’t lie to her.
27. DON’T cheat on her.
28. Take her ANYWHERE she wants.
29. Text message or call her in the morning and tell her have a good day at school, and how much you miss her.
30. Be there for her whenever she needs you, and even when she doesn’t need you, just be there so she’ll know that she can always count on you.

ARE YOU STILL READING THIS? YOU BETTER, BECAUSE IT’S IMPORTANT.
31. Hold her close when she’s cold so she can hold you too.
32. When you are alone hold her close and kiss her.
33. Kiss her on the cheek; (it will give her the hint that you want to kiss her).
34. While in the movies, put your arm around her and then she will automatically put her head on your shoulder, then lean in and tilt her chin up and kiss her lightly.

35. Don’t ever tell her to leave even jokingly or act like you’re mad. If she’s upset, comfort her.

REMEMBER ALL THESE THINGS WHEN YOU ARE WITH HER NEXT ..
36. When people diss her, stand up for her.
37. Look deep into her eyes and tell her you love her.
38. Lay down under the stars and put her head on your chest so she can listen to the steady beat of your heart, link your fingers together while you whisper to her as she rests her eyes and listens to you.
39. When walking next to each other grab her hand.
40. When you hug her, hold her in your arms as long as possible.

MAKE SURE SHE KNOWS SHES LOVED.
41. Call or text her at night to wish her sweet dreams.
42. Comfort her when she cries and wipe away her tears.
43. Take her for long walks at night.
44. Always remind her how much you love her.
45. Sit on top of her and tell her how much you love her and then bend down to her face and kiss her while you’re sitting on her.

You’ll never know when she needs just a little more love .. ♥
 

ouch! Mesti korang terasa korang sangat dihargai dan orang paling bermakna serta bertuah jika mempunyai lelaki yang melakukan perkara sebegini. Best kan? Syok kn? tapi seharusnya kite harus kembali ke pegangan Agama. Couple couple takbuleh praktikkan . . sebab belum menjadi hubungan SAH. Maseh belum ada ikatan perkahwinan. Untuk yang sudah berkahwin, buleh la praktikkan dekat isteri. baru la Tiap Hari makin sayang ~~ hehe. 
sebab kesimpulan sangat simple. Perempuan itu memiliki hati yang sangat lembut. Sebenarnya tiada pun perempuan yang berhati KERAS. Lembutkan hati perempuan dengan cinta kasih sayang. Comfirm, perempuan itu tidak berpaling ke arah lelaki lain. Hanya KAMU seorang sahaja. 

P/S : harap bakal suami cikhoneybee yang Allah dh takdirkan di Loh Mahfuz buat cmni. Aku Ingin bercinta selepas bernikah. Itu yang Halal, itu yang SAH. Itu yang diredhai, itu yang diberkati. 





Friday, May 4, 2012

‎:: MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI? ::







♥ Sahabat, Lelaki Yang Baik itu ada di mana mana, tidak semestinya datang dengan kepala yang berketayap, janggut selambak dan harta yang membuat-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian Kalbu bersama-sama, MENDIDIK, Membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya... 

♥ Dia DATANG apabila tiba masanya.... LAMBAT ATAU CEPAT, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang perempuan, seperti MANUSIA KUDUNG yang telah diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita... apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita... 

♥ Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA... tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA... namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja.. itulah adat dalam perhubungan, yang buruk -buruk pastu ada.. barangkali daripada si dia, barangkali juga dari kita sendiri, tetapi kita harus cermat meningimbangkanya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana ....




so Men, if you really live and love a woman, 
♥ Marry Her 
♥ Have a pity on her 
♥ protect her 
 ♥ give love to her 
♥ appreciate her 
♥ say thanks for her excess 
♥ give advice to her 
♥ bring her into the path of Allah 
♥ correct her mistake 
♥ be patient with her 
♥ accept and love her shortcomings 
♥ so the best IMAM for her 

because SHE is part of your RIBS.....


P/s: selamat pagi Jumaat yang penuh tenang ini. Semoga membawa sejuta keberkatan untuk seluruh umat islam. 





Sunday, April 29, 2012

Bila Perempuan Mengenali Erti CInta








Peratusan wanita akan jatuh cinta kepada lelaki yang baru dia temui adalah tinggi. Di saat mata bertatapan, hati berdegup kencang . . dia mula tergagap gagap untuk berkata kata adalah tanda perempuan itu "Terjatuh" cinta.

Biasanya "terjatuh cinta" itu adalah tidak kekal lama. ini kerana Jatuh cinta itu adalah sesuatu perasaan yang bertindak balas apabila perempuan menemui seseorang yang berjaya menarik perhatian nya. Mungkin pada rupa paras lelaki itu, pada personaliti nya, atau bahagian bahagian tubuh lelaki itu seperti lesung pipi, mata kuyu, berbulu mata lebat atau sebagainya. Itu bukan cinta sebenar, itu hanyalah perasaan kagum kepada makhluk ciptaan Allah.


biasanya, perempuan yang benar benar jatuh cinta ini akan mula berubah. Dia akan ceria bila terjumpa lelaki yang dia suka. Dia Mula berlagak Comel . Haha. Telatah mereka sangat comel. Malu tapi mahu. Dia akan mula beri indirect signal kepada lelaki itu. Mereka akan lebih sering tertawa, tersenyum walaupun topik itu tidaklah selucu mana pun. Wajah mereka berseri seri kalah matahari. even cikhoneybee sendiri suka tengok kawan kawan perempuan yang jatuh cinta. Mereka cute sangat. 


seorang perempuan yang jatuh cinta  mula berhias diri. Mereka mula mengenali dan mempelajari barangan make -up. Mereka conteng sana, conteng sini, tonyoh sana, tonyoh sini . . . nak bagi nampak lawa di mata lelaki itu dengan harapan lelaki itu suka padanya


seorang perempuan yang jatuh cinta akan menguncapkan kepada dunia, bahawa DIA SUDAH JATUH CINTA. Kata katanya penuh puitis dan berbunga bunga. Ibarat bunga cantik yang sedang berkembang mekar. Dia mula bercerita perasaannya di fesbuk . . . di twitter dan blog.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula menjadi Stalker. Dia akan selalu nak mengatahui tentang diri lelaki itu. Dia akan godam fesbuk lelaki yg dia suka itu, mengambil berat tentang lelaki itu seperti makan minumnya. Dia mula menunjukkan minat untuk mengetahui latar belakang lelaki itu, keluarga lelaki itu, kawan kwan lelaki itu dan apa kesukaan lelaki itu.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula bercakap tentang diri nya. Niatnya mahu lelaki itu mengenali diri nya. seorang perempuan yang jatuh cinta tidak teragak akan  membocorkan 1,2 rahsia diri nya kepada lelaki itu dengan harapan untuk menjadikan hubungan mereka rapat. bila perempuan dan lelaki itu mula berkongsi cerita dan rahsia, hubungan akan menjadi rapat.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula ada perasaan merajuk . Dia sebenarnya bukan ingin mengada-ngada. Dia juga bukan mahukan wang ringgit atau hadiah sedozen atau 1 kotak besar coklat untuk memujuknya. Perempuan hanya mahukan kasih sayang dan perhatian dari lelaki yang dia cinta itu. Perempuan itu mahu terasa dihargai. Apabila perempuan  mula terasa tidak 'secure' , dia akan mula berasa risau, mengelabah tak tentu pasal dan sering termenung dan bersedih. Perempuan itu mula mengeraskan hati nye untuk tidak memikirkan perasaan dan lelaki itu. tapi sebenarnya, perempuan itu lagi kerap memikirkan lelaki itu. walaupun Muka ade senyum, tapi hati menangis . . . tkde siapa tahu. 


setelah lama dalam perhubungan, perempuan itu akan mula suarakan untuk mempunyai ikatan suci dengan lelaki itu. Bila perempuan itu sudah suarakan untuk mempunyai ikatan, ia bermakna perempuan itu sudah bersedia untuk melangkah kan diri ke hubungan yang serius. Perempuan itu yakin lelaki yang dia cintai itu boleh menjaga, melindungi, mengasihi dan menyintai diri nya seumur hidup. Perempuan itu mahu sentiasa berada di samping lelaki itu. Perempuan itu mahu mendapatkan hak yang sah dalam menjaga makan, minum, pakai dan menghadapi susah senang bersama. Apabila sudah mempunyai ikatan sah, tempat isteri adalah di sisi suami. Dahulu semasa kecil, perempuan adalah di bawah jagaan ayahnya, kini dia sudar besar dan berkahwin, maka perempuan itu adalah di bawah jagaan Suami nya. 


sekian, terima kasih . . kerana sudi baca entry ini :)


# Aku akan menjaga, melindungi, mencintai, menyayangi dan akan mengasihi lelaki yang duduk di hadapan tok kadi yang bersaksikan oleh ayah ku semasa lelaki itu mengangkat akad nikah terhadap ku #








Friday, April 27, 2012

Picisan petang jumaat





Perempuan tidak boleh tinggal berseorangan. Bila kecil dia dibawah jagaan ayahnya. Bila dewasa dia dibawah jagaan suaminya. # UstazAzharIdrus

Cinta yang terindah ialah cinta yang mekar selepas diijabkabul  # UstazAzharIdrus


Friday, March 23, 2012

Mari berwuduk Sambil Berdoa


Selamat Pagi Semua !! Disini Cikhoneybee nak share kan sesuatu yang  bermanfaat lagi kebaikan kepada anda semua. Sekarang Pun dah Nak dekat  masuk Waktu subuh ini. So, Sedang sedang anda semua bangun menunaikan solat subuh ini, Marilah kita mengamalkan berwuduk sambil berdoa. Semoga Kita sentiasa dalam bimbinganNya. Insya ALLah !

Biassiswa Belajar


 

Ketika ambil Wuduk, Niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, Ampunilah dosa mulut dan lidahku ini ".

2. ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, putihkan lah mukaku di Akhirat kelak, Janganlah Kau Hitamkan Muka ku ini".

3. ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan.
" Ya Allah, berikanlah hisab hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. ketika membasuh tangan kiri, Berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, Janganlah kau berikan Hisab Hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, Lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu "

6. ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim "

8. Ketika membasuh Kaki Kiri, Berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid masjid, surau surau dan bukan tempat tempat maksiat "

Tak Baik menipu, Dosa Taw ! Allah marah.

p/s: Semoga Segala dosa dosa kita diampuni oleh Allah. Semoga kita dapat menaikan Saham untuk bekalan akhirat.

sentiasa lah berbuat baik dengan sesama Manusia. Jangan Jadi macam Dia ni. Suka Buat Jahat kat Orang lain. Allah marah Taw ! semoga dia cepat cepat bertaubat.