Wednesday, November 30, 2011

Gaji sudah masyukk

Salam pagi buat semua readers,


Gambar Google semata - mata. Bukan Real

YeeHuu . . . Pagi tadi gaji Cikhoneybee dh masuk. huhu . . awal sehari dari kebiasaan lorh. Seronok sangat (!!) Tambahan pula esok cikhoneybee off day. Lagi la syok berjalan dan bershopping sakan. HuHu. ade sesape nak temankan cikhoneybee pergi shopping tak (?) 

Kalo pasal shopping, Memang shopping tak beringat. Mase kat pergi Holiday hari tu, baru jew menghabiskan 3 Juta Rupiah. Gaji Bulan 0ctober langsai di Bandung. Shopping sakan. Harga Barang pulak murah murah. Amek barang masuk dalam plastik bag, then bayar. kehkehkeh. Banyak Beli cenderamata utk kawan kawan. Untuk si gemok pun banyak. huhu . . si Gemok sombong sekarang. takpew2 cikhoneybee tunggu sampai tempoh cikhoneybee tetap kan. kalo tak, hadiah cenderamata tu cikhoneybee sedekahkan kt rakan rakan blogger. hehehe . . korang nak tak (??)
P/s : Awal bulan *Disember Rancang nak wt 1st Giveaway la . . agihkan cenderamata dari Bandung.  agak agak dapat sambutan tak (?)

Tuesday, November 29, 2011

Jom LIKE FanPage..

Mowning All readers,

Semua sudah breakfast ke belum ni (?) blogwalking jugak, kesihatan perut kena la jaga. hehe. bersarapan adalah permulaan hari yg baik. takde la gastrik nanti Cikhoneybee baru jew create Fanpage blog ini kt fesbuk.

Alih kan cursor anda utk tumbesaran oke

Ramai blogger buat Fan page ini. Cam best jew ( ?) cikhoneybee pun nak la. hehe. ok, cikhoneybee buat fan page ini bukan 100 % meniru blogger lain. cam orang lain ade fan page, ko pun nak jgk. Oh (!!) bukan bukan . Bukan camtu. cikhoneybee create fan page ini sebab cikhoneybee rase sudah tiba saat dan masa cikhoneybee mahu kan kelainan. cikhoneybee mahu interaction dikalangan blogger blogger lain dan readers lebih dekat. Ala ala mesra gitu loh. haha . . 

selain itu, segala entry yg cikhoneybee dh update kat blog, cikhoneybee bule link kn ke fan page itu. so, sedang sedang online fb, tengok cikhoneybee update new entry . . bula la korang cecepat terjah. Ye dak (?) segala komen membina cikhoneybee alu alu kn di fan page cikhoneybee. 

so, jangan segan segan utk like ya. Nak like fan page blog ini (?) klik klik ----> Here
p/s : bloggers and readers, let's rocking blogger's world.

Giveaway From Korea & Sydney


Dush Dush Banner oke
Wishing u all the best and good luck 4 your SPM, dear

GA Saya Nak Angry Bird Keychain!

mowning readers,

lama sudah cikhoneybee tak join GA kawan kawan bloggers. Pagi ini nk join la GA. Rezeki jumpa ketika blogwalking di pagi hari. huhu. . wish me luck oke.

Push harder on Banner =>

cikhoneybee nk yg A. warna merah tu. cute jew.

cikhoneybee nk tagg
readers dan follower cikhoneybee

My Graduation's Day

mowning readers,

let's stop awhile about my Holiday's story. tak dapat nk update next entry sbb pendrive tertinggal di kedai. Pagi ini cikhoneybee nk update tentang graduation's day 23 october 2011 yang lalu. kenapa lambat update? sebab tunggu cikmyu send picha convo. hehehe. entry ini takde byk ckp, kite lyn picha sahaja. oke

Memula sampai jew, terus snap picha. Almaklumla. make - up still fresh. kahkah. time ni cikhoneybee n The Gang sedang queue up untuk register attendence. Ramai sangat manusia. Meriah (!!)

lepas queue up register, dapat la no giliran. cikhoneybee yg ke - 415. Total semua student ade lar dalam 600++ orang. ( Agak jew ) 

Sempat Snap Picha dengan Kak Indah. Lampu Dewan Ala- ala romantika pula. cahaya suram suram. kena la guna flash. Sekali amek Kaw. putih bebenor la pulak muka =>


Snap Snap (♥,♥)

with Becca.

with Kak Siti

Beromantika bersama Roses. Pink, red, yellow

Ngee ^^

me, kak siti, cik Myu
Love You all

With My Family. 

Aku Konvo kt Marriott Putrajaya (!!) 

Alhamdulillah aku berjaya convo akhirnya. aku dapat Membanggakan ibu bapa ku. Ayah dan mama, ini hadiah dari Kakak.

P/s : Picha pakej beli mase konvo belum di ambil kt kedai Gambar. =.= " terperam la sudah.

Saturday, November 26, 2011

18 Nov - Journey to Indonesia Part 2

salam readers,

Mari kita sambung cerita lagi untuk 18 Nov - Journey to Indonesia Part 2. 18 Nov - Journey to Indonesia Part 1 anda semua bule baca disini ( HERE ). Maseh Di KLIA juga. tapi kami sudah masuk diruangan dalam untuk naiki flight.


Pasti la kena bergambar kn. kehkeh

 ok, ini la kapal terbang yang kami naiki iaitu KLM. Even penerbangan pun tak bapa nk lama sangat, KLM tetap sajikan makanan dan minuman. Not bad la makanan nya. selera Malaysia. Dengar kata makanan itu dari KLIA jua. Nasi goreng dan sate ayam, kek untuk desert dan kerabu mangga pun ade. 

My Mummy and Dad.

My Little brother. Hari tu de pakai all Green. Jam, t-shirt, belt.
 kalo jeans dan kasut pun green, dah macam tumbuhan hijau bergerak. Kahkahkah

Me and my Sister.

Jangan tanya kenapa pipiku tembam dan tulang pipi tinggi. I got it from my Mama. 
bukan Botox / susuk ya. OriginaL =>

Sempat main game dalam flight. Mula nya mahu tengok movie kartun Smufts tp penerbangan bukan lama sgt. tonton separuh jalan tk best la kn.

Haha. betapa serius nya aku main game nk kalahkan enemy. Menghayati sepenuh perasaan >.<

figure perjalanan Malaysia ke jakarta. Baru half-way jew

 Indonesia, i'm here now (!!) kehkeh. Dalam pukul 9 camtu aku sampai sana. Ramai banget deyh manusia di sana. Lagi Lagi pula time tue masih dalam Sea Game week. Mulanya terasa weird, Pramugara semua nya Ganteng Ganteng bak kata adikku tapi bahasanya indonesian. hehe. Ini Indonesia kok bukan lagi di Malaysia.

Advertisement Sea Games. 

 salah satu Bank yang ada di Indonesia. 

ini sewaktu kami semua menunggu ketibaan bas untuk dinner dan check in hotel di luar bandara. My lil bro check duit rupiah nya dalam wallet. haha . . then die 'pau' ayahku 100,000 rupiah. Duit Malaysia baru RM 36.

Restoran pertama untuk kami dinner. restoran yang berhampiran dengan bandara. Bukit Randu Bandara Nama restoran itu. Hiasan restoran nya sangat unik. lebih bertemakan klasik. besar sungguh tempatnya, Mempunyai ruang makan yang sangat Besar.  kalo wedding disni pun cukup.

Ini Makanan untuk 1 table. Ikan Gurame Sweet sour, sate ayam, Dging sambal, sayur kobis tumis dan kacang panjang. Kalo nak tahu, Sepanjang 5 hari mana tempat dan restoran aku pergi, semua ada menyajikan ikan Gurame ini. Ikan Gurame ini kalo di Malaysia kita panggil Ikan Kaloi. Di pahamkan ikan gurame ni banyak di sini. So, memang dh menjadi makanan masyarakan indonesia. Kalo tak silap, hidangan dinner malam itu adalah masakan sunda.

sesudah makan, bas membawa kami ke hotel. Badan pun letih, perut pun berat kekenyangan apa lagi, pasti la mengantok. Aku check in cepat cepat. Aku berkongsi bilik dengan adikku. 1 bilik 2 orang. Facilities hotel not bad. semua lengkap. Yang penting, ade HBO dan channel Disney. Tidak lah boring sangat. baru jak sampai buka channel semua nya bahasa indonesia. Mmg kacau la. Movie Harry Potter, Mr Bean bahasanya semua indonesia. kelakar dan pelik jew aku tengok. naseb ade subtitle English. Mungkin diorang sudah alihkan bahasa kot. Ade la jugak beberapa Rancangan Tv Malaysia seperti Upin Dan Ipin, BoBoi Boy. Yang bestnya   bahasa dialihkan ke bahasa English. No more 'Terbaekk ' tapi 'Awesome' . hahaha . . Teringat kat anak perempuan pakcik aku. Die fanatik sangat tonton cerita kartun ni. Akibatnya, Apa apa benda yg dia rasakan best, die pasti akan cakap 'terbaekk' smbil wt thumb up. Sumbat ayam goreng ke mulot die, die cakap  ' terbaekk '. Kahkahkah

Friday, November 25, 2011

18 Nov - Journey to Indonesia Part 1

Salam evening readers,

Jom kite start bercerita dan membaca tentang my holiday 5 hari lepas. Hari Sabtu Hari itu, cikhoneybee meninggalkan Malaysia. Meninggalkan segalanya utk pergi bercuti. segala stress, depression, kedukaan, kesedihan cikhoneybee tinggalkan di awan biru ketika dlm flight. ceewaah~ jiwang benoo. kahkahkah

Pukul 1 ptg kami dh berkumpul untuk nak bas. Kami holiday bersama family family kawan ayah. holiday ini kami mengikut agensi. Yewla, mane penah smpai lagi sana. so, takthu mne nk pergi kalo gerak sorang sorang kn. Dalam pukul 3 cmtu, kami sampai ke KLIA.


My family

kat sana juga, mama aku berjejak kaseh kembali dengan kawan lama nya. Anak die dulu mase kecik kecik kawan tadika aku. What a small world la kn. Jodoh bertemu kembali kawan kawan ditakdirkan hari itu. Alhamdulillah. yang bestnya, Kawan mama aku pun rupanya 1 group melancong dengan kami sekeluarga. yang t akbest nye, makcik tu holiday jalan jalan dengan kawan kwan die. bukan family nya. so, aku tak dpt nk ketemu kwn aku yg seorang tu.hehe


sebelah mama aku tu la kawan lama die, makcik umi. 
hampir 15 tahun tuu tak jmpe

oleh kerana pewnat, aku duduk jew kt troli bagasi tu. 
lama beno la urusan pasport n bagasi bagai ni.

orait . . ini passport aku, ticket flight 


Malaysia.. I'm Back !!

Salam dan Hello Evening readers,

Readers, I'm Back from holiday (!!) Nak dekat seminggu Blog in tidak terUpdate oleh cikhoneybee. Bercuti Nya 5 hari sahaja pun, tapi amek MC update blog Lama lama. hehe . . Ade sesiapa rindu tak ? Semalam Bulu Mata Kanan cikhoneybee Jatuh. Alolor . . so Sweet. sampai Kangen Kangen ya kamu sama cikhoneybee. hehehe

sebenarnye Rabu Malam, pukul 5.20 ( waktu Indonesia ) bersamaan 6.20 ( waktu Malaysia ) cikhoneybee sudah berlegar di Bandara international Soekarno-Hatta-Tangerang, jakarta( Airport ) indonesia untuk menguruskan segala urusan tiket flight dan bagasi bagasi bagai. flight pulang ke malaysia pukul 7.20 ( waktu indonesia )


Bagasi kena seal utk elak sebarang kerosakan berlaku. Mase pihak diorang punggah beg beg, Main campak campak jew.Beg bule koyak, pecah dan sebagainya. 


My ticket flight. tak sabar nk balik Malaysia. Malaysia lagi AWESOME (!!) hehe. 

Saturday, November 19, 2011

Bye Malaysia. Cikhoneybee Nak pergi Holiday


Oke. Ini Entry Auto-post. Today, cikhoneybee fly to Jakarta with my beloved family. CIkhoneybee dgn 1 family akan bercuti selama 5 hari. WeeeHuu (!!) Isnin nanti baru berangkat ke bandung pula. Maw shopping smpai lebam. kehkeh Dah lama betul kami tak pergi bercuti dengan 1 family. Excited nya (!!) Btw, Ini adalah hadiah Graduation dari Family - Perasan (!!) ok, Got to go now. It time to fly. BoiiBoii . . .
Doakan cikhoneybee selamat di sana ya. Muack ! 

Friday, November 18, 2011

Rindu College's Life

Mowning readers,

seriusly, cikhoneybee rindu sangat dengan life college. Hari semakin hari . . . bulan berganti bulan, perasaan rindu pasa life college semakin menebal di dalam diri sendiri. Kalo dulu perasaan ank abes belajar berkobar kobar, tapi sekarang rindu rinduan pula. huhu. gedik amat (!!)

Mana tak nya, Kalo dulu tension betul dengan Assigment, Survey, Presentation dan Exam. Seruisly, tension sangat (!) Cikhoneybee rindu life bersama kawan kawan. Buat kepala tak betul. hahaha cikhoneybee dari sekolah menengah sampai la ke college, memang student yang Jahat NakaL

Dengan Berbekal kan prinsip " No Rule  " cikhoneybee selalu buat perangai gile. Kawan kawan geleng kepala jew tengok. kehkeh . .

cikhoneybee pernah tak tido selama 48 Jam. Selama 48 Jam tu habiskan masa bersama Mr. G. Tak puas jumpa di siang Hari, malam nya sambung SMS dan call ( Masa tu dah free dari assigment dan exam ) sampai la ke pagi . Lepas subuh, Kami keluar g breakfast kat kedai mamak. Then balik mandi, ciap ciap decide turun KL sampai malam. KAmi pergi KLCC sama sama pakai selipar Jepun. Semua orang Pandang. Kahkahkah. Pasangan COuple pakai selekeh gile . . selipar jepun jew tapi masuk butik Adidas then cikhoneybee belikan kasut original adidas vespa utk Mr.G. DOn't Judge book by cover ok

cikhoneybee pernah tak datang kelas selama 2 minggu. Sampai Mentor datang rumah (hostel) check cikhoneybee. Die datang rumah, cikhoneybee relax jew tidor. kahkahkah. opss 2minggu sebab demam cinguya ( tak betul ke ejaan tu ). suspek jew. . . naseb tak betol comfirm kena. selamat. kalo tak, Arwah suda.

cikhoneybee memang perangai takpernah nk bangun awal utk kelas pagi. cikMyu la selalu yg jadi alarm clock cikhoneybee. die yg kejutkan cikhoneybee.cikhonebee mmg muka selalu masuk kelas lambat. EVERYDAY (!!) tapi Assignment selalu ON-TIME ya. 

 cikhoneybee pernah lambat datang exam, last last kena halau dan tidak dibenarkan ambil exam. ini adalah sebab cikhoneybee overdos mkn ubt akibat demam. kalo difikir fikirkan, cikhoneybee sering sakit semasa dii college. Buku rawatan sakit tu smpai dua page (!!) tak tahu la kenapa. mungkin cikhoneybee tak jage diri dan pemakanan.

Memang dah adat dan tradisi. Kalo masuk semester baru, cikhoneybee akan ambil cuti 1 minggu lagi utk bercuti. setiap semester cikhoneybee akan wt camtu. minggu pertama tak akan pernah nampak muka cikhoneybee kt dalam kelas. cikhoneybee duduk kt hostel jew. rehat rehat sepuas puasnya, online smpai muak, tengok movie sampai tension, jalan jalan dan next week ( minggu kedua ) baru masuk kelas. Buang segala Penyakit malas, bosan, penat then baru fokos study. Setiap cuti semester, cikhoneybee selalu wt part- time. pewnat taw. tu la perlukan rehat. kehkeh

pernah sekali Attendent kelas cikhoneybee low, sebagai hukuman cikhoneybee kena bayar RM10 dan wt presentation depan lecturer dan junior. haha. cuak kebebeh la. memula tergagap gagap. bile dh mula cakap, cakap tak henti henti . then yg best nye cikhoneybee dapat jawab soalan lecturer dan diberi PASS utk attendent. sekali tu jew. pastu takde low suda. takamw wat presentation lagi . serikk

cikhoneybee selalu tinggal kunci kat dalam bilik. akibat nye cikhoneybee jadi spider-women. panjat tingkap utk masuk bilik. hahaha.

cikhoneybee tak suka subjek Malaysian Taxation. 
hari hari kena tido dengan buku tebal ni. naik juling biji mata
tapi taktahu kenapa nk bergambar dengan buku ni
dan taktahu cmne bule dapat B dlm subjek ni.

ni la makanan cikhoneybee waktu buat assignment

ini la makanan dinner cikhoneybee kalo malas nak kua pergi kedai. 
Meggi kari bersama bebola dan sayur.

 Ini la makanan feveret dinner.
 Masa kt college dulu, benda benda ni penuh dalam freezer.
sambil buat assignment sambil makan
WAJIB makan kalo wat assignment.
kalo tak, Otak Jammed takbule pikir.

P/S : Jangan contohi perangai cikhoneybee yg tak betul ni. tak elok. Korang mesti jadi student baik ya. Jangan nakal nakal cm cikhoneybee

cikhoneybee Menang GA lagi !!

cikhoneybee baru check cbox. Keyphochee bagitaw kasi detail kemenangan kt email beliau. HuHu. Tak Ingat GA ape yang cikhoneybee menang. sebab banyak sangat yg cikhoneybee dh join. *tapi tk menang pun*  Alhamdulillah, Ade rezeki cikhoneybee di GA- SALAM KELAHIRAN.

Utk tengok pengumumam di entry beliau ----> Click HERE

P/S : Menang GA kali KE-3

CONTEST : aZaM sMarT MaaL HijRaH by DRC & CTK


CLick Banner utk join

Ok, Cikhoneybee nk join contest yang paling unik dan Rare yang dianjurkan oLeh My Darling, CTK dan partner nya DRC. tengkiu to my Lalink sbb invite. Sorry lambat join sebab cikhoneybee busy siapkan kerja sebelum nk pergi bercuti. hehe. .  lagipun cikhoneybee ada yang tk paham dgn syarat syarat  nya. so, setelah tgk joinner yg lain pnye entry, baru cikhoneybee phm cmne nk join. hehehe. almaklum la, on9 blog mase lepas abeh kerja. otak pun slow slow siput nk pikir. hehehe. 
Azam cikhoneybee :
1. Insya Allah, cikhoneybee mahu mengubah perangai Susah Nak bangun pagi, Mahu lebih mendisiplin kan diri sendiri. Takde lagi Nak ekot perangai Kepala sendiri.
2. cikhoneybee mahu membina kerjaya sendiri iaitu business sendiri. Masih dalam perancangan. Harap segala berjalan lancar seperti dirancang
3. cikhoneybee mahu menjadi wanita yang lebih baik dalam perlakuan , perhubungan sesama manusia, agama dan ibadah, agar ditemukan jodoh yg baik juga. kehkeh.
4. cikhoneybee nk belikan Mama dan ayah rumah Banglo / Teres (!!)

cikhoneybee nk tagg :

Thursday, November 17, 2011

CONTEST TEKA HARGA BURGER !!!


Click Banner utk join ya

Tengkiu kepada my lover CTK yg telah tagg cikhoneybee utk join dan tengkiu kepada owner yg anjurkan contest ni, Cik tikah cuz invite utk join. Maaf sgt hari ini baru ade kesempatan nak join.

ok, cikhoneybee nk teka harga burger ini : RM 2.30

kehkeh :) cikhoneybee hentam jew

Wednesday, November 16, 2011

Teka Teki Hari ini

Mowning readers,


Jom Main Teka Teki Hari ini.




Soalan nya :

Kenapa Baby Selalu air Liur nye Meleleh (?)

 hehe. Jawab Jangan Tak Jawan. . .Ade Sesapa Dapat Jwab tak soalan ini (?)

Friday, November 11, 2011

:: SEGMEN : JOM PROMOT BLOG SAYA!! ::


..Cik May..
 click banner if nk join ya


well, cikhoneybee nk join segmen cik May ini. 
Promote mempromote.
 Best jgk segmen tu. hehehe . . .
Jom join ramai ramai segmen ini
support cik May

Hidup Jangan Menyusahkan Orang Demi Kesenangan Sendiri

bertemu kembali ya readers,

Ececeh, banyak bebenor la idea hari ini nk update entry. kehkehkeh. Isu ini dah lama cikhoneybee nk tulis. Tapi atas sebab umur yang sudah meningkat serta kerja berlambak lambak membuatkan aku terlupa sebentar ( berzaman pun ) tentang isu ini. Tahniah untuk tarikah yg sweet hari ini 11.11.11 membuatkan aku teringat kembali isu ini. Yay (!!) Tepuk tangan kawan kawan ~ kehkehekh

Sedang sedang korang drive nk jalan jalan sekitar kedai kedai berdekatan rumah, tetibe jalan jammed. Maksudnya tetibeee* korang stuck bersama kereta  manusia lain. Ape kejadahnya pulak (?) bukan ade traffic light pun kt jalan kedai kedai ini. Memang buat aku hilang mood sangat.


setelah di siasat, rupanya someone buat double parking. Ape tu double parking (?) tu . . tengok picha kt atas. itu la Double parling. MENYUSAHKAN ORANG JEW (!!!) Oleh sebab Kau punya " genius " parking camtu untuk senangkan diri kau, semua orang hadapi kesulitan.Ruang parking punye la banyak, tapi taknak parking betol betol . Nak elak kan dari bayar fees parking. Haish . . tak patot taw. Myusahkan Orang ramai.
1. Kereta yang kena block itu Memang TOTALLY tak buleh keluar. dan TOTALLY akan mengamuk dan naik angin 1 badan.
2. Kereta lain yang nk keluar parking pun hadapi kesulitan. Ruang untuk reverse tak cukup. Menyebabkan aktiviti reverse kereta mengambil masa yang lama dan akhirnya menyebabkan jalan JAMMED (!)
 Perangai Manusia yang suka double parking memang Sellfish selfish (!!) Untuk kesenangan sendiri, kau dh susahkan ramai pihak. Jangan la begitu. tak baik taw. kalo kite pun tak suka orang wat jahat kt kite, Jangan la kite wt jahat kat orang. What Goes Around comes around ya


kalo parking penuh dan memang tak dapat nk elak kn dari double parking, ape kata korang tulis kat kertas cmni pastu letak kt dashboard kereta.
Maaf, Parking penuh tadi. Anything just call me : 0176076457

so, Pape hal buleh la owner kereta terblock itu call handphone number untuk minta alihkan kenderaan. simple kn (?) takde la jadi gaduh . . cermin kereta dipecahkan . . . bumper kemik ke atau sebagainya. Toleransi mmg perlu. tapi kalo dh mmg melampau, silap silap 1 buku lima free free jew tempek kt muka. Dapat 1 bola Golf. hahahaha ~

P/s: kalo kite senangkan orang, orang akan senangkan kite. ingatlah buat baik, pasti akan dibalas baik :)

Masalah Berkawan dengan Jantina berlainan

hepy lunch hour readers,

agak agak korang la kan, kenapa kaum lelaki nak berkawan dengan kaum perempuan dan juga sebaliknye (?) mungkin mereka saling tertarik dan ingin mengenali dengan lebih dekat dan rapat. tapi byle dh kenal rapat . . . ape pula yg terjadi(?) dtg nya cinta. cinta itu mula berputik sedikit demi sedikt tanpa mereka sedari. Am i right (?) Who are agree my point, please hit the button "LIKE"  . ..  where is the button (?) o0hh . . the button is invisible. kehkehkeh.

jarang dan sedikit sahaja reason kenapa kedua jantina ini berkawan hanya untuk kawan. Atleast, mereka akan rasa tertarik satu sama lain, tak pun have something that he/ she want from you (!) Am i right again (?)  . . . No(?) ok, nevermind.people have different views and ideas. Weee ~

 

ok, let me tell you about this. Memang dh Lumrah kehidupan. Pastinye Berlainan jantina akan tertarik diantara satu sama lain dengan sebab sebab yang tersendiri. Macam Magnet . . . byle kite letak kutub yang berlainan, ia pasti akan tertarik dan melekat.  Agree people (?)   Errk.. dh mcm iklan susu baby pulak. Sudu adalah besi. Magnet buleh tarik sudu...  Yay (!!) Tepuk Tangan . . . :)

kalo berkawan itu mesti kena bercinta ke selepas itu (?) tak semestinya kan. bagaimana nk menangani jika menghadapi situasi kawan sendiri meluahkan perasaan cinta terhadap kite(?) apew nak buat  ni (?) Sedangkan kite telah mempunyai kekaseh. byle kite menolak cinta nya dengan baik, ade tiga kemungkinan.
1. Dia akan menerima penolakan dengan baik. dan akan berkawan seperti biasa
2. Dia akan menjauhi diri dari kite atas sebab alasan malu nk berhadapan byle cinta ditolak. dan hari semakin hari hubungan menjadi renggang dan serenggangnya. Dan Akhirnya, mungkin tidak berkawan seperti dahulu.
3. Bg yg Pscyo pula, mereka akan memberontak. Ini bahaya sangat. silap silap diri kite dan kekaseh akan terancam.

 Dah tahu Die ni ade kekaseh, pasang la niat itu untuk berkawan sahaja. Jangan lebih Lebih. Ini kerana  hal hal seperti ini akan menyakiti, meyeksa Jiwa jew. CInta tak berbalas. Mula la pikiran pun tk betul. Mula la buat benda yang tidak elok. sehinggakan ade yang sanggup menyesongkan agama demi mendapatkan sesuatu yang diinginkan seperti jumpa bomoh untuk kasi hubungan kawan dan kekasehnya berputus, Perkahwinan mereka hancur. Tergamak nk buat camtu (?) pabila pikiran sudah dikuasi Syaitan, Mmg segalanya sanggup demi Mendapatkan kepuasan diri.


sebenarnya ini tidak bagus. Macam la Perempuan dan lelaki kt dunia ini dh pupus. cari la yang lain. Kalo dalamnya sayang terhadap dirinya, mengadu la kepada Allah. Minta petunjuk. Jika die bukan jodoh kamu, Kena la redha. Jangan risau. Allah sudah tetapkan jodoh kite. mungkin jodoh kite itu lebih better, superb, awesome dari die. 


pada yang sudah punya kekaseh/ suami / isteri . . tak payah nk cari pasal nak menggatal atau memberi harapan palsu pada kawan yg punya perasaan cinta terhadap kite. DON'T YOU EVER EVER (!!) Sat g kat berita atau surat khabar, mula la kua tajuk " HOT AND SPICY " Muka kena simbah asid la, kena bunuh la dan sebagainya. jangan mendedahkan diri kite terhadap bahaya. Jangan nak cari pasal sangat la.

P/s : berkawan berpada pada. Bercinta pun kena berpada pada. sayangi diri anda dulu, sebelum syg orang lain. takde sape yg akan sayang diri anda jika anda sendiri pun tak syg diri anda.  Am I right (?) ok, now. . . u all buleh hit button "like" kt bwh entry ni. kehkehkeh. . . cikhoneybee dh tak buat invisible dh.