Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, June 22, 2012

kalau bukan Adik rabakkan poket kakaknya.. sape lagi kn?











Hingga kini, Adek bongsu cikhoneybee maseh berada di rumah. Dia tidak balik asrama lagi disebabkan luka Bisul di bawah telinga maseh tidak membaik. Hampir 1 bulan jugak la die bercuti kalau di campurkan dengan cuti persekolahan di akhir bulan Mei Lepas. 

Kemain die . . die lepaskan rindu secukup cukupnya dengan Mama, ayah dan kakak kakaknya. Badan die memula balik rumah, Slim dan tough jew . . Lepas dah sebulan berada di rumah, Kemain naik mendadak badan nya. Itulah dinamakan RUMAHKU SYURGAKU. Berada di samping keluarga tersayang, Hati senang . . badan pun senang naik. Hari hari dapat makan masakan air tangan Mama, Ayah dan kakak kakaknya. Untung laa jadi anak bongsu kan.... Ade adeq lelaki bongsu sorang, memang kaseh sayang hanya tertumpu kepada die seorang jew la.

so, sepanjang die berada di rumah . . Die tuntut segala nya pada cikhoneybee. Nak keluar, nak shopping, Nak main bowling, nak tonton wayang , naik main permainan kat Sunway Lagoon dan macam macam lagi. 





Minggu Pertama keluar pergi Shopping kat Time Square lepas cikhoneybee abes meeting kat Menara BSN. Masa tue, die sempat ajak main roller coaster kt tingkat atas. tapi disebabkan kengkangan masa, disebabkan takut jammed.. kami tak sempat memenuhi permintaan die. 






 Minggu Kedua main bowling dan makan meatball kat IKEA. Ambik 3 game cikhoneybee kasi die main. Main bowling die sampai lenguh tangan tak daya nak baling bola. 



Minggu ketiga pula tengok wayang dan makan MeatBall lagi kat IKEA. 
*jalan cerita yang menarik, dan banyak pengajaran dan keinsafan yang diselitkan oleh Syamsul Yusof. Syabas!


Minggu Keempat pula ( Baru baru nie ) tengok wayang lagi Mael Lambong kat 1U. Dapat Tiket FREE
*serius, Cerita Just biase biase sahaja. Nasiblah dapat tiket free. kalau tak, menyesal tak sudah bazir duit kat cerita Mael Lambong.  



Adeq bongsu Suka Sangat la bergambar. cikhoneybee la jadi tukang petik kamera. Katanya nak masuk kan dalam fesbuk... nak tnjuk kat kawan kawan die. Cikhoneybee dengan adik kedua ikutkan sahaja kemahuan die. hehehe. Sampaikan ade Budak perempuan Budak sekolah dia Duk SHare Picture kat wall. Wahh . . dah macam RETISS nih.  Mungkin Rindukan Clasmate yang telah lama bercuti . *Yeke . . . tah tah Girlfriend die kot. Byle tanye taknak mengaku. Siap cakap tak kenal pun perempuan itu. haha. Jawapan Cover line pulak. Kakaknya yang dah lama makan ' garam ' dulu pun. ade hati nak cover line. Muahaha




So, sepanjang 1 bulan ini tiap tiap minggu keluar .. Naik Rabak la poket cikhoneybee. Sabar jewla. . . Nasib baik adik kecil sorang jew. Takpewla, Kalau bukan adik yang rabakkan poket kakaknya... sape lagi kn? -.-"


So, Kami Hang out dan spend time together sampai lebam. Stok utk Tahan Rindu utk Beberapa bulan. Harap Luka Bisul Kat bawah telinga nya cepat membaik. Nanti banyak pelajaran tertinggal.. OH,, Itu sangat TIDAK Bagus !

P/s : Maseh Trauma dengan Musibah Buruk Semalam :(






Monday, June 18, 2012

Sepetang Di Tanjung Harapan, Perlabuhan Klang




Hay Hay Hay !! My Luvly silent readers, cikhoneybee dah update entry baruuuu nie.... Suka tak? suka tak? hahah...Pasti dah senyum lebar kn kn? Seronok lettewww... Haha.  *Perasan jew cikhoneybee nie

Baca Sampai abes taw. 
Kalau suka, jangan segan segan nak COMMENT dan LIKE  .  . Kehkehkeh




Rabu Lepas, 13 Jun cikhoneybee dan keluarga pergi Tanjung Harapan, Perlabuhan Klang. Dulu dulu kami sering ke sana . . . Masa cikhoneybee nak SPM. huhu . . release stress taw kalau lepak kat sana.  Sambil Sambil lihat bot bot mundar mandir, ombak ombak rindu memukul2 batu batu di tepinya. Aman dan tenang jew . . . Cikhoneybee suka sangat pergi sana. Indahnya ciptaan Allah




Masa pergi tue bertujuan nak celebrate belated day adeq bongsu cikhoneybee. birthday die 29 Mei . . oleh disebabkan ayah sibuk dengan urusan kerja, Terpaksa postpone menyambut birthday nya. huhu . . Kecian die. 



kami sampai awal . . pukul 5 dah terpacak kat sana. Sempat duduk duduk kat kapal hiasan yang ada di sana. Bermula sesi photoshoot kami adeq beradik. memula adeq bongsu taknak join. Die nak amek mood dlu. hehe. sebab sebelum tu baru jew lepas pergi klinik. tapi lepas mood die dh datang, berposing dan excited mencari port port yang cantik. macam kat bawah ini. 



The beautifull Sunset
- Ayah suka gambar ini, Ayah cakap gambar yang paling TERBAIK. Naiseee


We hold the sunset


memula ambil dekat bahagian tepi kapal, sebab cuaca hari itu panas hingga ke petang. Memang saket mata . . silau sangat. then, byle dh pukul 6 petang, kami turun bawah. Lepak kat batu batu tu .  . . masa tue air belum pasang lagi, so takde hal kami lepak hampir nk dekat pukul 7.. Sempat la jugak Ambil Gambar Time Nak Dekat Sunset. 




Tempat pilihan dan feveret kami adalah Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan. Kami selalu makan kat situ. Masakan die memang sedap. Tiap kali makan kat sana, kami pasti order siakap 3 rasa dan siakap masam manis, di samping tomyam . . dan udang/sotong goreng tepung. Makan sampai Muak la. suasana kat sana pun tenang jew. makan sambil nikmati bunyi deruan ombak ombak rindu yang mendamaikan. serious tetibe rasa nak buat rumah di tepi pantai. Hari Hari buleh tengok sun rise dan sunset. Romantiknya. last Dulu selalu tengok kat Port Dickson. 


Hampir jam 9 baru kami gerak balik. Byle perut dh kenyang . . apalagi, kami adeq beradek membuta kat belakang. Sedar sedar je dah sampai kat damansara. hehehe . . .  Ayah nak singgah uptown, ade meeting kat sana . . so, lepak lagi sambil membeli belah . .  sempat la jugak tonton bola sepak antara denmark dengan portugal. hehehe. Kalau musim Euro, Kat uptown Meriah sangat. Kalau gol, bersorak punye la kuat. hehe. . . kelakar tengok gelagat customer byle geram gol tak masuk masuk. 


Byle dah pukul 2 pagi, mata mula mengantuk . . cikhoneybee ajak ayah balik. life cikhoneybee sekarang banyak di habiskan bersama family. kalau keluar malam malam pun pasti 1 family. lepak makan sampai 2,3 pagi . . . sambil bersembang dan bercerita. Ada satu malam tu, kami 1 family lepak kat KFC kat damansara ada 24 Hours . . sembang punya sembang sehinggakan tak sedar, jam dh hampir 5 pagi . . . sedar pun byle tetibe terasa amgin embun terlalu sejuk. rupanya dah hampir subuh. 

Masa masa cuti begini lah kami sekeluarga berkumpul bersama . . . Kami makan, bersembang tentang hal kerja, idea idea baru utk bisness, perancangan masa depan. Masa tu terasa sangat close. kami bebas membicarakan segala masalah di tempat kerja. Masa masa cuti jew lakan dapat bermanja. 

Dulu, Masa Zaman Belasan tahun, Cikhoneybee Ade 1 hasrat. Hasrat Nak pergi sini tengok sunset dengan Lelaki yang cikhoneybee cinta. Alhamdulillah, Termakbul jugak hajat tu. Tapi kami bukan pergi berdua dan tidak sempat tengok sunset pown. . .tkpewla tkde rezeki, walau bagaimanapun  itu dh wat cikhoneybee berpuas hati.  rezeki . Gerak waktu malam dengan kawan kawannya lepas waktu berbuka puasa pown. 


P/s : cikhoneybee harap dapat memenuhi 100% hasrat itu sekali lagi dengan lelaki yang cikhoneybee  CINTA. 

Monday, February 13, 2012

Macam Macam karenah Customers nie kn



Bekerja berhadapan Pelanggan setiap hari adalah sangat mencabar. Tidak semua orang mampu melakukan kerja ini. Melayan karenah , mendengar aduan serta makian dari pelanggan memerlukan kesabaran yang tinggi di samping ketebalan telinga dan keteguhan emosi. 

Bagi cikhoneybee, semua itu dah lali dengan cikhoneybee. kalau dulu sering sahaja terguris dengan kata kata mereka. Di atas kebodohan dan kesilapan pelanggan sendiri, kita disuruh bertanggung jawab. What The Fishcat ! 

Tapi Hari demi hari, ia seakan menjadi asam garam perencah kehidupan cikhoneybee. sehinggakan kadang kadang itu kalau off-day work, cikhoneybee seakan merindui gelagat gelagat pelanggan yang membawa seribu juta rasa. 

Kalau datang pelanggan yang Funny, memang cikhoneybee ketawa berdekah dekah la depan nya. Lantak la. . . siapa suruh kau datang buat lawak depan aku yg tahu tahu jew sedang stress dari lepas kena maki dengan pelanggan. 

kalau datang pula pelanggan yang cikhoneybee buleh panggil die bebal, memang menguji kesabaran. Dah la bebal, orang kasi tunjuk ajar. . . dia cakap tahu tahu . . then, bile tidak buleh, die duk marah marah. Lain kali, masa kita ajar cara menggunakannya, bagi fokos 100% ! faham ?? 


 # haha, dah macam cikgu pulak #
Lagi lagi pula datang pelanggan yang degil. Dah tahu bill dah overdue, bila line kena bar . . baru la nk terkedek kedek buat payment . Ada sekali kes pelanggan India datang nak bayar bill astro, aku tidak tahu pun Line astro die dah kena cut sebab 3 bulan tak bayar. then, a few days later dia datang marah marah kenapa astro die tidak dapat buka. .  then bila die call service centre . . pihak service centre cakap diorang tidak menerima apa apa pembayaran. India itu mengamuk la . . cakap adik aku tidak bayar bill astro dan songlap duit die. What the fishcat ! sedap sedap jew tuduh . . memang dasar @#$%^

Last last, adeq cikhoneybee call centre dan speak on behalf customer tu. Sudah terang lagi bersuluh la .bayaran Astro die tu dah clear . . Cuma dia perlu call astro Service Centre untuk TURN ON line kembali sebagai persetujuan dia mahu terus menerima perkhidmatan ASTRO. 

# Dey Tambii . . Sini kedai top -up yang boleh buat pembayaran Bill semasa tanpa perlu ke pejabat pos. Bukan Astro service center. Tugas aku terima duit utk buat bayaran on your behalf. Kalau nak aku urus segalanya, kenapa tidak terus terang. Even dah bukan luar bidang kuasa aku, aku still buleh tolong kalau kau mintak tolong elok elok. Tapi kalau aku taknak tolong pon, kau tak buleh buat apa apa. Ini datang bajet kaya . . sombong pulak tu . . kan dah kantoi Bil Astro kena cut sebab tidak bayar 3 bulan .  #
Kahkahkah . . Gyle bebal
Hari ini, Ada la seorang budak remaja lelaki datang nak beli reload maxis RM3. Dia dah siap siap sebut nombor telefon nya . . then terus BLAHHH ! cikhoneybee pun panggil die . . 

" kau nak top up RM3 kew? " 
" haah la kak"
" Kau tak bayar lagi, cane akak nak masukkan top-up? main bLah camtu jeww.. "
" eh . . eh . . kak, sorry. Terlupa pulak nak bayar "
" Hahaha . . Akak pun terlupa pulak nak masuk kan top - up kau ni"

( # dalam hati aku cakap : ko ingat ini kedai bapak kau kew. tak nak bayar pulak. Aku sekeh kang # )

Hari hari camtu la keadaan melayan karenah customer ini. Macam macam perangai. Buleh sakit jiwa melayan.  Apa apa pun, cikhoneybee happy dalam kerjaya ini. kalau Bisness sendiri . . . suka hati la nak kerja berapa hari pun dalam seminggu. NO RULES. Income UNLIMITED! working hours UNLIMITED ! Shopping pun UNLIMITED la ! hahaha . . .

p/s : tidak pernah ada rasa ingin kerja makan gaji dengan syarikat lain sejak dari kecil. Jiwa bisness tetap kental. Memberi lebih baik daripada menerima. Memberi pekerjaan kepada orang lain itu lebih mulia. Setiap doa doa pekerja dan family mereka la faktor utama bisness itu berjaya. # ayah cakap #

l KORANG SUKA KERETA APA? l SIAPA NAK HADIAH FERE? l JOM PERGI MELANCONG l ADA ORANG NAK BAGI iPHONE 4S FREE !! l

February Is My Love Month



i guess ini entry kedua cikhoneybee type utk tahun 2012. Yang selebihnye Entry Giveaway dan contest sahaja berlambakan . HarHar . . cikhoneybee terlalu sibuk dengan kerja + layan korean Drama. 

Sedar tidak sedar, kita semua hampir sudah di pertengahan bulan februari. Bulan Februari adalah Bulan CInta untuk cikhoneybee . Kenapa Bulan cinta pulak ?

Valentine ? ?  ? Oh NO !!!

Tidak yea pembaca pembaca sekalian. Tidak sama sekali (!!) setiap tahun, Bulan Februari banyak memberikan kenangan kenangan manis dalam hidup cikhoneybee


kalau nk diingatkan satu satu itu memang banyak . . so cikhoneybee nk cerita apew yang cikhoneybee ingat lah eh ? Hehehe . . 


# bulan lain pun ade jugak kenangan, tapi bulan februari byk special #


Bulan Februari Adalah bulan cikhoneybee balik kepangkuan family. Bulan Februari adalah Bulan Cinta untuk cikhoneybee. Selalunya Memang setiap tahun, cuti semester jatuh pada bulan februari. Selepas Short-semester. kalo tak silap, cuti semester bulan februari la yang paling lama dalam cuti cuti  semester bulan lain. Kenapa ? Tanya la pada pihak Kolej cikhoneybee. hehe

then, Bulan februari jugak merupakan  bermulanya detik detik percintaan Antara cikhoneybee dengan My Gemok Buntal. Ehem Ehem  . . . Dah 4 Tahun  KOWT hubungan kami. Haha tadi cikhoneybee baru jew pergi countdown dekat Daisypath. Dahsyat betul tetibe lupa dah bersama berapa lama. Haha . . Sowie Yayunk ! ƪ(✖╭╮✖)Ʃ 

# penyakit pelupa tetibe menyerang  !! ƪ(✖╭╮✖")Ʃ #

Dalam bulan februari jugak, Masa 1st cikhoneybee dan My Gemok Buntal tonton wayang  " Dunia Baru the Movie" . Masa tu Kami maseh lagi berkawan . . Belum lagi Declare Pown.  (^_^) Theme " Dunia Baru itu mempunyai banyak maksud tersirat bermulanya perhubungan ini. Bermulanya Kehidupan baru cikhoneybee ( single to couple) then, mase tu pulak dalam gelaran student College selepas tamatnya SPM.

# for your information, cikhoneybee masuk College awal . . 2minggu lepas SPM, i guess lepas christmast  terus masuk College . . EEP ( early entrance ) Memang tak sempat pun nk release tension SPM, terus masuk college . . . Ayah cakap, otak mase fresh ini lah pergi belajar. kalo dah seronok seronok, mood belajar dh hilang.

Even though, cikhoneybee memang selalu tengah bercuti di bulan Februari tidak bermakna cikhoneybee sempat nak sambut Valentine day tu . . takpernah pun sambut sekali pown. Sumpah ! haha . . takde hati dan excited pun nk sambut. Walhal . . Cikhoneybee buat bodoh jew. Cikhoneybee takdapat nk cari reason ape yang special utk 14 FEbruari itu. 

anyone buleh bgtahu reason yg korang rasakan ape yang specialnye valentine's day tu??

Lain la 15 Februari . . . Ia special sangat. Tarikh cikhoneybee memulakan hidup baru bersama My Gemok Buntal. Hahaha . .  Tapi takde pernah pun nk candle candle light dinner. Sambut ? Takde Pernah Sambut Kot. haha. . . kenapa ? cikhoneybee dengan die sibuk kerja part time mase tu. Kan cuti semester, masing masing earn duit poket. Kiteowg just wish wish jew . .  That all~ 

so, cikhoneybee taksambut Valentine . . tapi sambut Anniversary day sahaja. Haha. Peace ! Omakhai .. Dah 3 bulan tak kuar dating. Apew nak buat, kenalah sabar. susah susah dahulu, bersenang senang kemudian. 


P/s : Bile tengok balik schedule kerja cikhoneybee dan My Gemok Buntal . . . bawak harapan ke tahun tahun depan lagi la nak candle candle light dinner. pehtu Macam la Ayah cikhoneybee nk bg permission keluar malam malam. Dalam mimpi jew la. kahkahkah. 


l Siapa mahu iPhone 4s Free ?? l Jom Pergi Bercuti Bersama Yang Tersayang l Let's grab the reward when you updating your status  l Fuyooo . .  unbelievable Wolkswagen offer l

Thursday, December 1, 2011

20 Nov 2011 - Jakarta ke Puncak

Salam readers,

Firstly, cikhoneybee nk ucapkan Hello December. Okey Tak mahu cerita mengarut. Jom kite sambung cerita ya.
Lepas jew Bangun ciap ciap semua, kami turun ke lobi untuk bersarapan. Perghhh (!!) Memang awal sangat sangat aku dan my sis bangun. Sampaikan sarapan pun belum siap dihidangkan. Sempat aku bersiar siar di sekitar kawasan hotel. Masa utk Snap Snap picha lorh.

Kat depan Hotel

Antara Makcik Makcik yg turut bangun awl. 
mereka pun GILA KAMERA. kehkeh

Ngee ~ makcik td tolang snap kan.
Tolong Menolong Amalan Mulia =>

Persidangan Makcik makcik utk Lancarkan protest akibat Sarapan lambat siap
*Oke joke SAHAJA*

Persidangan Pakcik Pakcik. Haha

Lepas jew kiteorang sarapan, cepat cepat naik bas. Ready untuk gerak menuju Puncak ( Kalo kat Malaysia, Cam Cameron Highlands )  Dalam perjalanan, kami melawat Taman Safari Indonesia. Taman Safari Indonesia merupakan sebuah taman safari yang luas dengan hidupan liar bebas berkeliaran.


Ini yang dimaksudkan Hidupan  Liar yang berkeliaran. Memang berkeliaran la. Just stay still dalam kereta. Jangan pulak duk mengatal nak keluar dari kereta. Memang Nak bunuh diri la. bayangkan la, segala Harimau, singa, Cheetah, gajah berkeliaran. Kalo korang keluar, tak kan la diaorang nak tengok dan cakap hello pulak kan. haha. Zebra ni akan mendekati kereta kereta sebab mahukan makanan. Kat sini buleh memberi makanan kepada haiwan haiwan dengan syarat jangan keluar dari kenderaan. Masuk ke Taman Safari ini memang pengalaman yang exciting sangat. Macam kite masuk ke dalam dunia haiwan. 

Spesis burung ape tah adeq beradik aku duk tunjukkan. Burung tu tidak tergoda pun dengan godaan mereka. sapa suro tak bwk makanan. mmg die tkmaw layan la kn. kehkehkeh

Pelancong pun buleh bergambar dengan haiwan. Ade sedikat bayaran dikenakan. HuHu. aku tabek spring la kat budak perempuan ini. berani betol bergambar dengan harimau nie. ade yg duduk kat tepi pun naik seram bulu roma dengar dengusan harimau ni. Tapi byle aku tengok lama lama picha ni, budak perempuan tu cm senyum dalam kecuaakan jew. Hahaha. Mungkin di mata aku jew kot. Apa pula pendapat korang (?)


My Little brother amek picha dengan Orang Utan. kehkeh. Dengan Orang Utan ayah aku benarkan die bergambar. Orang utan ni pemalu betol. Berkali kali die lari menyorok dibalik pokok. huhu.. 



Pastu kami naik Kabel Car.Saje nak tengok pemandangan dari atas. sebab tempat ni terlalu luas. Aku naik kabel Car bertiga bersama adeq beradik aku. Ayah dan Mama AKu (?)

Ini adalah sebahagian dari pemandangan dari atas. memang sebijik cam Genting Highland. Siap Ade tempat Mandi untuk kanak kanak.

Ehem ehem. . . mama dan ayah aku naik kabel car berdua jew. Pasti la nak berdating berdua di atas. HuHu. Awal awal masa bg tiket utk naik kabel car, ayah aku suro kami bertiga naik sekali. Mama dengan ayah nk berdua AJEW. Kalo dah ayah nye romantik cam tu, pasti la anak anak nye semua  romantik. Ayah borek, Anak Rintik. . . betol tk (?) siapa setuju (?) hahaha

Tu diaa. . . aku memberanikan diri untuk memegang Gajah ini. Gajah ni dari jaoh duk usha usha aku. byle aku datang dekat, memalu pulak. Kahkah . . Aku pulak terover tak Malu. =>

 Kami bergambar dengan unta. unta ini berperanan untuk membawa pelancong pusing sekitar. Of couse la dikenakan bayaran. Ayah aku cakap, kesian unta tu kena bawak orang. dahla berat, termengah mengah unta tu. Huhu. . . Ayah aku memang sangat penyayang dan sensitif dengan perasaan. Itu la pasal aku ni sensitif. sikit sikit cepat terasa. Huhu. . . tetibe nk promote diri pulak. kehkehkeh

Dalam pukul 5.30 camtu, bas datang ambil kami untuk balik ke hotel dan dinner. sempat pulak bas stop di suatu tempat. cam kedai kedai kecil jual barang cenderamata dan makanan ringan. Ramai betul manusia. Penjual penjual semua nya ramah mesra. Siap kami banyak diskaun kat kami. hehe.

Sampai jew, terus dinner dan check in hotel. Badan aku pewnat sangat. Mana tak penat nya, terover sakan bergambar sana sini. Percutian kali ini aku dapat konklusi bahawa 1 family aku nie rupanya GILA KAMERA (!!) Dari ayah ke mama dan adik beradik aku. kehkehkeh.