Showing posts with label linton college. Show all posts
Showing posts with label linton college. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Rindu College's Life

Mowning readers,

seriusly, cikhoneybee rindu sangat dengan life college. Hari semakin hari . . . bulan berganti bulan, perasaan rindu pasa life college semakin menebal di dalam diri sendiri. Kalo dulu perasaan ank abes belajar berkobar kobar, tapi sekarang rindu rinduan pula. huhu. gedik amat (!!)

Mana tak nya, Kalo dulu tension betul dengan Assigment, Survey, Presentation dan Exam. Seruisly, tension sangat (!) Cikhoneybee rindu life bersama kawan kawan. Buat kepala tak betul. hahaha cikhoneybee dari sekolah menengah sampai la ke college, memang student yang Jahat NakaL. 

Dengan Berbekal kan prinsip " No Rule  " cikhoneybee selalu buat perangai gile. Kawan kawan geleng kepala jew tengok. kehkeh . .

cikhoneybee pernah tak tido selama 48 Jam. Selama 48 Jam tu habiskan masa bersama Mr. G. Tak puas jumpa di siang Hari, malam nya sambung SMS dan call ( Masa tu dah free dari assigment dan exam ) sampai la ke pagi . Lepas subuh, Kami keluar g breakfast kat kedai mamak. Then balik mandi, ciap ciap decide turun KL sampai malam. KAmi pergi KLCC sama sama pakai selipar Jepun. Semua orang Pandang. Kahkahkah. Pasangan COuple pakai selekeh gile . . selipar jepun jew tapi masuk butik Adidas then cikhoneybee belikan kasut original adidas vespa utk Mr.G. DOn't Judge book by cover ok

cikhoneybee pernah tak datang kelas selama 2 minggu. Sampai Mentor datang rumah (hostel) check cikhoneybee. Die datang rumah, cikhoneybee relax jew tidor. kahkahkah. opss 2minggu sebab demam cinguya ( tak betul ke ejaan tu ). suspek jew. . . naseb tak betol comfirm kena. selamat. kalo tak, Arwah suda.

cikhoneybee memang perangai takpernah nk bangun awal utk kelas pagi. cikMyu la selalu yg jadi alarm clock cikhoneybee. die yg kejutkan cikhoneybee.cikhonebee mmg muka selalu masuk kelas lambat. EVERYDAY (!!) tapi Assignment selalu ON-TIME ya. 

 cikhoneybee pernah lambat datang exam, last last kena halau dan tidak dibenarkan ambil exam. ini adalah sebab cikhoneybee overdos mkn ubt akibat demam. kalo difikir fikirkan, cikhoneybee sering sakit semasa dii college. Buku rawatan sakit tu smpai dua page (!!) tak tahu la kenapa. mungkin cikhoneybee tak jage diri dan pemakanan.

Memang dah adat dan tradisi. Kalo masuk semester baru, cikhoneybee akan ambil cuti 1 minggu lagi utk bercuti. setiap semester cikhoneybee akan wt camtu. minggu pertama tak akan pernah nampak muka cikhoneybee kt dalam kelas. cikhoneybee duduk kt hostel jew. rehat rehat sepuas puasnya, online smpai muak, tengok movie sampai tension, jalan jalan dan next week ( minggu kedua ) baru masuk kelas. Buang segala Penyakit malas, bosan, penat then baru fokos study. Setiap cuti semester, cikhoneybee selalu wt part- time. pewnat taw. tu la perlukan rehat. kehkeh

pernah sekali Attendent kelas cikhoneybee low, sebagai hukuman cikhoneybee kena bayar RM10 dan wt presentation depan lecturer dan junior. haha. cuak kebebeh la. memula tergagap gagap. bile dh mula cakap, cakap tak henti henti . then yg best nye cikhoneybee dapat jawab soalan lecturer dan diberi PASS utk attendent. sekali tu jew. pastu takde low suda. takamw wat presentation lagi . serikk

cikhoneybee selalu tinggal kunci kat dalam bilik. akibat nye cikhoneybee jadi spider-women. panjat tingkap utk masuk bilik. hahaha.

cikhoneybee tak suka subjek Malaysian Taxation. 
hari hari kena tido dengan buku tebal ni. naik juling biji mata
tapi taktahu kenapa nk bergambar dengan buku ni
dan taktahu cmne bule dapat B dlm subjek ni.

ni la makanan cikhoneybee waktu buat assignment

ini la makanan dinner cikhoneybee kalo malas nak kua pergi kedai. 
Meggi kari bersama bebola dan sayur.

 Ini la makanan feveret dinner.
 Masa kt college dulu, benda benda ni penuh dalam freezer.
sambil buat assignment sambil makan
WAJIB makan kalo wat assignment.
kalo tak, Otak Jammed takbule pikir.

P/S : Jangan contohi perangai cikhoneybee yg tak betul ni. tak elok. Korang mesti jadi student baik ya. Jangan nakal nakal cm cikhoneybee

Tuesday, June 7, 2011

gambar kolej ku

 ini Kolej tempat aku belajar.

hehehe..

 ini Pandangan dari jauh Kolej dan apartment kami. 
dpn mata jew kolej kiteowg ngn apartment.
 kire lau mangun lambat tu, 
tk sempat nk berpeluh la berlari g ke kelas =P

ni lobby kolej kiteowg

p/s: dh nk abeh belajar ni, TETIBE (bak kata cik myu) mood nk kenang2 kolej. padahal dlu mse aku memula msuk cni, tahun pertama dan kedua.. mmg BENCI GYLER ngn kolej ni. hahaha. . .

Kolej Ku ... Kebanggaan seketika

Kampus KPL RM1.1b dibina


ASPIRASI negara untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan di rantau ini kian menjadi kenyataan.
Pelbagai institut pengajian tinggi dan sekolah ditubuhkan bagi merealisasikan impian itu. 
Kecemerlangan sesebuah negara juga sedikit sebanyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran golongan muda yang bakal mentadbir negara pada masa depan.

Lantaran itu, kewujudan kolej swasta pada masa kini dilihat sebagai satu platform untuk anak-anak muda yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ia bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menuntut ilmu dan menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara.

Kumpulan Pendidikan Legenda (KPL) adalah sebuah institusi swasta terbesar di Malaysia bagi pengajian teknologi kejuruteraan, alam sekitar binaan dan pendidikan selain terunggul dalam bidangnya sendiri.

Institusi ini merangkumi Institut Teknologi Pertama (ITP), Kolej Linton, Kolej Legenda dan Kolej Jati Legenda.

Malah, terkenal dengan kepakaran tenaga pengajarnya kerana melahirkan mahasiswa yang menjadi perintis dalam bidang kejuruteraan, alam sekitar binaan dan teknologi.

Ini menerusi dua institut mereka yang telah terkenal sejak 20 tahun lalu iaitu ITP dan Kolej Linton.

Bagi meneruskan kecemerlangan pendidikan yang dipelopori selama ini, institusi ini sudah menubuhkan sebuah kampus pembelajaran dan pengajaran di Bandar Universiti Teknologi Legenda, Mantin, Negeri Sembilan.

Kampus berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 50 kilometer (km) di selatan Kuala Lumpur, berkeluasan 62 hektar dengan kos RM1.1 bilion.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar termasuk makmal, perpustakaan, peralatan sukan, tempat rehat pelajar, kafe dan kedai serbaneka.

Lebih 5,000 unit kediaman untuk kira-kira 25,000 pelajar di dalam dan di sekitar kampus turut disediakan.

Paling istimewa KPL sudah menjalin program kerjasama dengan University of East London dan ia menjadikan KPL sebagai kolej perintis yang menawarkan ijazah kejuruteraan 3+0 di negara ini.

Pelajar bakal dianugerahkan dengan ijazah dari University of East London selepas menamatkan pengajian.

Antara program Ijazah Sarjana Muda 3+0 yang boleh ditamatkan di negara ini ialah Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Tenaga/ Kawalan/ Komunikasi), Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Sains (kepujian) Kejuruteraan Perisian, Sarjana Muda Sastera (kepujian) Pengajian Perniagaan dan Sarjana Muda Sastera (kepujian) Perakaunan dan Kewangan.

Kolej itu juga bakal menawarkan lebih banyak lagi program termasuk medisains, farmaseutikal, kejururawatan dan penjagaan kesihatan.

Sejak pembukaan kampus sendiri di Mantin pada 2002, jumlah pelajar yang menuntut di institusi itu semakin meningkat hingga 3,500 dan bilangan pelajar dari luar negara juga bertambah.

Sebarang keterangan lanjut boleh melayari www.legendagroup.com.my

credit to : myMetro