Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Update Hadiah My 1st Giveaway : Ole Ole dari Bandung

Salam dan hello readers,

Lepas jew abeh waktu kerja, cikhoneybee laju laju balik rumah untuk update hadiah giveaway ini. Minggu ni kerja shif malam, so time time camni la baru cikhoneybee dapat update kn. Tanpa membuang masa Seperti cikhoneybee janjikan, sekarang cikhoneybee nak update hadiah hadiah untuk My 1st Giveaway: Ole Ole  Dari Bandung. Jeng Jeng Jeng (!!) Jom Cekidot.


# Untuk Pemenang Utama

1 Helai T-Shirt bercop Bandung. 

# Untuk Pemenang Kedua

3 Pen Buluh bercop Bandung. kehkeh


# Untuk 10 Pemenang bertuah

10 Keychain bercop Bandung 

Hehe. Oleh kerana ini Bulan December, Cikhoneybee sediakan 12 hadiah untuk Giveaway pertama ini. Banyak kan (??) Kalau Giveaway ini mendapat sambutan memberangsangkan, mungkin cikhoneybee akan  menambah hadiah khas. So, Ajak la Kawan Kawan blogger yg lain join sama ya. . .  Kepada sesiapa yang belum Join lagi, bule la join disini --> Here

ok, that all for today. cikhoneybee tak larat sangat. terasa macam nak demam jew. Suara pun dah serak serak rockers. Hidung pun terasa panas jew. cikhoneybee nak tido sebentar.


Thursday, December 1, 2011

21 Nov - Puncak Ke Bandung

salam readers,

entry hari ketiga aku di Indonesia. Setelah semalam kepenatan melawat haiwan haiwan liar, tiba la masanya aku gerak ke Bandung. Yang juga di kenali Paris of Java. Oleh kerana kepenatan semalam, aku terlewat bangun sikit. sikit jew. kehkeh. Akibatnya hampir separuh dari pelancong 1 bas sama aku dah siap bersarapan. ape lagi, aku rushing la breakfast. Makan sekadar alas perut. hehe. makan sikit jew sebab masih nk bergambar di awal pagi. make - up pun still fresh oohh.. .  haha.

Oleh kerana nak pergi ke Pris od Java, Aku pakai baju kota eiffel, paris (!!) Haha. . . itu hanyalah kebetulan sahaja. Wajah fresh di pagi hari. Pasti la bersinar sinar. Haha, Bajet* oke sekali sekala takpew kan. 

Bas mula bergerak ke Bandung. Dalam perjalanan, sempat singgah membeli makanan ringan khusus Bandung. Banyak gile kerepek kerepek mereka. Daun bayam pun mereka buleh jadikan kerepek. huhu . . korang mesti kena try kerepek bayam tu. SEDAP (!!) 

Ladang teh mereka. angin mereka sejuk sangat.

Then teruskan perjalanan. Kami makan tengah hari di restoran tempatan. Masuk jew pintu restoran, ade 1 pakcik duk ambil gambar. KLik Klik Klik Klik. perghh (!!) dah macam Artis pulak. dahla berjalan di atas red CArpet. Memang buat aku tergelak jew. Terasa lucu. Dah ciap makan makan. kami gerak ke Outlet untuk mulakan aktiviti menghabiskan duit.

aku tak shopping sebab aku diberitahu destinasi lepas ini adalah tempat jeans original. Memang aku save duit la kan untuk borong Jeans dan baju murah murah.


  



Petang sikit dalam pukul 3 kami tiba di toko 3. Perghh (!!) memang Terbaik la kat sini. Memang buat aku rambang mata. Semua aku nak beli. aku capai baju, capai seluar bagai. 

Oke ini barang shopping utk 1st day. Pukul 6 kami dah siap dinner. Kami request utk dinner awal sebab malam tu kan Final Bola Sepak Sukan Sea antara indonesia dan Malaysia. Check in hotel pukul 7. sampai segalanya, pergi ke bilik ayah n mama aku lepak tengok bola bersama. Kehkeh. Memang riuh rendah dengan pekikan dan sorakan aku adeq beradik. Mak aku malam tu bersuara marahkan seorang pemain indonesia sebab die main tipu. ayah aku pun taknak kalah jugak. sampai jampi jampi masa indonesia nak wt sepakan penalti. Pengalaman sungguh best. 
p/s : Malam tu memang best sangat tido nyenyak. tak sabar nak balik malaysia sebab aku ade bertaruh dengan pekerja indon ayah aku. siapa kalah, angkat kaki sebelah dan tarik kuping telinga selama 10 minit. kahkah. 

20 Nov 2011 - Jakarta ke Puncak

Salam readers,

Firstly, cikhoneybee nk ucapkan Hello December. Okey Tak mahu cerita mengarut. Jom kite sambung cerita ya.
Lepas jew Bangun ciap ciap semua, kami turun ke lobi untuk bersarapan. Perghhh (!!) Memang awal sangat sangat aku dan my sis bangun. Sampaikan sarapan pun belum siap dihidangkan. Sempat aku bersiar siar di sekitar kawasan hotel. Masa utk Snap Snap picha lorh.

Kat depan Hotel

Antara Makcik Makcik yg turut bangun awl. 
mereka pun GILA KAMERA. kehkeh

Ngee ~ makcik td tolang snap kan.
Tolong Menolong Amalan Mulia =>

Persidangan Makcik makcik utk Lancarkan protest akibat Sarapan lambat siap
*Oke joke SAHAJA*

Persidangan Pakcik Pakcik. Haha

Lepas jew kiteorang sarapan, cepat cepat naik bas. Ready untuk gerak menuju Puncak ( Kalo kat Malaysia, Cam Cameron Highlands )  Dalam perjalanan, kami melawat Taman Safari Indonesia. Taman Safari Indonesia merupakan sebuah taman safari yang luas dengan hidupan liar bebas berkeliaran.


Ini yang dimaksudkan Hidupan  Liar yang berkeliaran. Memang berkeliaran la. Just stay still dalam kereta. Jangan pulak duk mengatal nak keluar dari kereta. Memang Nak bunuh diri la. bayangkan la, segala Harimau, singa, Cheetah, gajah berkeliaran. Kalo korang keluar, tak kan la diaorang nak tengok dan cakap hello pulak kan. haha. Zebra ni akan mendekati kereta kereta sebab mahukan makanan. Kat sini buleh memberi makanan kepada haiwan haiwan dengan syarat jangan keluar dari kenderaan. Masuk ke Taman Safari ini memang pengalaman yang exciting sangat. Macam kite masuk ke dalam dunia haiwan. 

Spesis burung ape tah adeq beradik aku duk tunjukkan. Burung tu tidak tergoda pun dengan godaan mereka. sapa suro tak bwk makanan. mmg die tkmaw layan la kn. kehkehkeh

Pelancong pun buleh bergambar dengan haiwan. Ade sedikat bayaran dikenakan. HuHu. aku tabek spring la kat budak perempuan ini. berani betol bergambar dengan harimau nie. ade yg duduk kat tepi pun naik seram bulu roma dengar dengusan harimau ni. Tapi byle aku tengok lama lama picha ni, budak perempuan tu cm senyum dalam kecuaakan jew. Hahaha. Mungkin di mata aku jew kot. Apa pula pendapat korang (?)


My Little brother amek picha dengan Orang Utan. kehkeh. Dengan Orang Utan ayah aku benarkan die bergambar. Orang utan ni pemalu betol. Berkali kali die lari menyorok dibalik pokok. huhu.. 



Pastu kami naik Kabel Car.Saje nak tengok pemandangan dari atas. sebab tempat ni terlalu luas. Aku naik kabel Car bertiga bersama adeq beradik aku. Ayah dan Mama AKu (?)

Ini adalah sebahagian dari pemandangan dari atas. memang sebijik cam Genting Highland. Siap Ade tempat Mandi untuk kanak kanak.

Ehem ehem. . . mama dan ayah aku naik kabel car berdua jew. Pasti la nak berdating berdua di atas. HuHu. Awal awal masa bg tiket utk naik kabel car, ayah aku suro kami bertiga naik sekali. Mama dengan ayah nk berdua AJEW. Kalo dah ayah nye romantik cam tu, pasti la anak anak nye semua  romantik. Ayah borek, Anak Rintik. . . betol tk (?) siapa setuju (?) hahaha

Tu diaa. . . aku memberanikan diri untuk memegang Gajah ini. Gajah ni dari jaoh duk usha usha aku. byle aku datang dekat, memalu pulak. Kahkah . . Aku pulak terover tak Malu. =>

 Kami bergambar dengan unta. unta ini berperanan untuk membawa pelancong pusing sekitar. Of couse la dikenakan bayaran. Ayah aku cakap, kesian unta tu kena bawak orang. dahla berat, termengah mengah unta tu. Huhu. . . Ayah aku memang sangat penyayang dan sensitif dengan perasaan. Itu la pasal aku ni sensitif. sikit sikit cepat terasa. Huhu. . . tetibe nk promote diri pulak. kehkehkeh

Dalam pukul 5.30 camtu, bas datang ambil kami untuk balik ke hotel dan dinner. sempat pulak bas stop di suatu tempat. cam kedai kedai kecil jual barang cenderamata dan makanan ringan. Ramai betul manusia. Penjual penjual semua nya ramah mesra. Siap kami banyak diskaun kat kami. hehe.

Sampai jew, terus dinner dan check in hotel. Badan aku pewnat sangat. Mana tak penat nya, terover sakan bergambar sana sini. Percutian kali ini aku dapat konklusi bahawa 1 family aku nie rupanya GILA KAMERA (!!) Dari ayah ke mama dan adik beradik aku. kehkehkeh. 





Saturday, November 26, 2011

18 Nov - Journey to Indonesia Part 2

salam readers,

Mari kita sambung cerita lagi untuk 18 Nov - Journey to Indonesia Part 2. 18 Nov - Journey to Indonesia Part 1 anda semua bule baca disini ( HERE ). Maseh Di KLIA juga. tapi kami sudah masuk diruangan dalam untuk naiki flight.


Pasti la kena bergambar kn. kehkeh

 ok, ini la kapal terbang yang kami naiki iaitu KLM. Even penerbangan pun tak bapa nk lama sangat, KLM tetap sajikan makanan dan minuman. Not bad la makanan nya. selera Malaysia. Dengar kata makanan itu dari KLIA jua. Nasi goreng dan sate ayam, kek untuk desert dan kerabu mangga pun ade. 

My Mummy and Dad.

My Little brother. Hari tu de pakai all Green. Jam, t-shirt, belt.
 kalo jeans dan kasut pun green, dah macam tumbuhan hijau bergerak. Kahkahkah

Me and my Sister.

Jangan tanya kenapa pipiku tembam dan tulang pipi tinggi. I got it from my Mama. 
bukan Botox / susuk ya. OriginaL =>

Sempat main game dalam flight. Mula nya mahu tengok movie kartun Smufts tp penerbangan bukan lama sgt. tonton separuh jalan tk best la kn.

Haha. betapa serius nya aku main game nk kalahkan enemy. Menghayati sepenuh perasaan >.<

figure perjalanan Malaysia ke jakarta. Baru half-way jew

 Indonesia, i'm here now (!!) kehkeh. Dalam pukul 9 camtu aku sampai sana. Ramai banget deyh manusia di sana. Lagi Lagi pula time tue masih dalam Sea Game week. Mulanya terasa weird, Pramugara semua nya Ganteng Ganteng bak kata adikku tapi bahasanya indonesian. hehe. Ini Indonesia kok bukan lagi di Malaysia.

Advertisement Sea Games. 

 salah satu Bank yang ada di Indonesia. 

ini sewaktu kami semua menunggu ketibaan bas untuk dinner dan check in hotel di luar bandara. My lil bro check duit rupiah nya dalam wallet. haha . . then die 'pau' ayahku 100,000 rupiah. Duit Malaysia baru RM 36.

Restoran pertama untuk kami dinner. restoran yang berhampiran dengan bandara. Bukit Randu Bandara Nama restoran itu. Hiasan restoran nya sangat unik. lebih bertemakan klasik. besar sungguh tempatnya, Mempunyai ruang makan yang sangat Besar.  kalo wedding disni pun cukup.

Ini Makanan untuk 1 table. Ikan Gurame Sweet sour, sate ayam, Dging sambal, sayur kobis tumis dan kacang panjang. Kalo nak tahu, Sepanjang 5 hari mana tempat dan restoran aku pergi, semua ada menyajikan ikan Gurame ini. Ikan Gurame ini kalo di Malaysia kita panggil Ikan Kaloi. Di pahamkan ikan gurame ni banyak di sini. So, memang dh menjadi makanan masyarakan indonesia. Kalo tak silap, hidangan dinner malam itu adalah masakan sunda.

sesudah makan, bas membawa kami ke hotel. Badan pun letih, perut pun berat kekenyangan apa lagi, pasti la mengantok. Aku check in cepat cepat. Aku berkongsi bilik dengan adikku. 1 bilik 2 orang. Facilities hotel not bad. semua lengkap. Yang penting, ade HBO dan channel Disney. Tidak lah boring sangat. baru jak sampai buka channel semua nya bahasa indonesia. Mmg kacau la. Movie Harry Potter, Mr Bean bahasanya semua indonesia. kelakar dan pelik jew aku tengok. naseb ade subtitle English. Mungkin diorang sudah alihkan bahasa kot. Ade la jugak beberapa Rancangan Tv Malaysia seperti Upin Dan Ipin, BoBoi Boy. Yang bestnya   bahasa dialihkan ke bahasa English. No more 'Terbaekk ' tapi 'Awesome' . hahaha . . Teringat kat anak perempuan pakcik aku. Die fanatik sangat tonton cerita kartun ni. Akibatnya, Apa apa benda yg dia rasakan best, die pasti akan cakap 'terbaekk' smbil wt thumb up. Sumbat ayam goreng ke mulot die, die cakap  ' terbaekk '. Kahkahkah

Friday, November 25, 2011

18 Nov - Journey to Indonesia Part 1

Salam evening readers,

Jom kite start bercerita dan membaca tentang my holiday 5 hari lepas. Hari Sabtu Hari itu, cikhoneybee meninggalkan Malaysia. Meninggalkan segalanya utk pergi bercuti. segala stress, depression, kedukaan, kesedihan cikhoneybee tinggalkan di awan biru ketika dlm flight. ceewaah~ jiwang benoo. kahkahkah

Pukul 1 ptg kami dh berkumpul untuk nak bas. Kami holiday bersama family family kawan ayah. holiday ini kami mengikut agensi. Yewla, mane penah smpai lagi sana. so, takthu mne nk pergi kalo gerak sorang sorang kn. Dalam pukul 3 cmtu, kami sampai ke KLIA.


My family

kat sana juga, mama aku berjejak kaseh kembali dengan kawan lama nya. Anak die dulu mase kecik kecik kawan tadika aku. What a small world la kn. Jodoh bertemu kembali kawan kawan ditakdirkan hari itu. Alhamdulillah. yang bestnya, Kawan mama aku pun rupanya 1 group melancong dengan kami sekeluarga. yang t akbest nye, makcik tu holiday jalan jalan dengan kawan kwan die. bukan family nya. so, aku tak dpt nk ketemu kwn aku yg seorang tu.hehe


sebelah mama aku tu la kawan lama die, makcik umi. 
hampir 15 tahun tuu tak jmpe

oleh kerana pewnat, aku duduk jew kt troli bagasi tu. 
lama beno la urusan pasport n bagasi bagai ni.

orait . . ini passport aku, ticket flight 


Malaysia.. I'm Back !!

Salam dan Hello Evening readers,

Readers, I'm Back from holiday (!!) Nak dekat seminggu Blog in tidak terUpdate oleh cikhoneybee. Bercuti Nya 5 hari sahaja pun, tapi amek MC update blog Lama lama. hehe . . Ade sesiapa rindu tak ? Semalam Bulu Mata Kanan cikhoneybee Jatuh. Alolor . . so Sweet. sampai Kangen Kangen ya kamu sama cikhoneybee. hehehe

sebenarnye Rabu Malam, pukul 5.20 ( waktu Indonesia ) bersamaan 6.20 ( waktu Malaysia ) cikhoneybee sudah berlegar di Bandara international Soekarno-Hatta-Tangerang, jakarta( Airport ) indonesia untuk menguruskan segala urusan tiket flight dan bagasi bagasi bagai. flight pulang ke malaysia pukul 7.20 ( waktu indonesia )


Bagasi kena seal utk elak sebarang kerosakan berlaku. Mase pihak diorang punggah beg beg, Main campak campak jew.Beg bule koyak, pecah dan sebagainya. 


My ticket flight. tak sabar nk balik Malaysia. Malaysia lagi AWESOME (!!) hehe.