kau itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi kau itu adalah segalanya di hatiku.
Apabila aku itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna aku lemah,
tetapi aku sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai kau.
memang aku tidak mampu mengawal perasaanku
tapi percayalah, itulah maknanya
akusangat mengambil berat dan menyayangi kau.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Apabila aku bercakap banyak,
aku tidak pernah bermaksud untuk membuat kau rimas,
tapi aku mahu kaui mengenaliku dengan lebih dekat.
Apabila aku berkata aku mahu kau berubah,
itu bukan bermakna aku tidak mahu menerima kau seadanya,
tetapi aku mahu menjadikan kau lebih baik,
tetapi untuk masa depan kau.
Apabila aku cemburu dan tidak percayakan kau,
bukan bermakna aku tidak sayang..
tetapi aku terlalu sayangkan kau
dan masih menganggap kau anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
merengek rengek dan marah bile tidak dilayan
Kadang2 aku terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kau akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuanku sangat kuat.
aku hanya mahukan yang terbaik untuk kau.
segala aktiviti ko banyak kali kan kau kantoi dengan aku.
jangan kata aku mengada-ngada.
aku bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat aku rasa dihargai.
sebab itulah aku akan membuat kau konfius dengan telatah aku
sama ada aku marah atau minta diberi perhatian
Apabila aku jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud aku tidak menyintai
tetapi aku mahukau merasai sendiri cintaku,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhku.
Apabila aku kata aku rindu sama kau,
aku benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayangan kau akan sentiasa bermain di mata.
masa bergayut telefon, air mata aku macam sungai mengalir keluar
Apabila aku kata lelaki lain itu lebih baik dari kau,
jangan percaya kata-kataku
kerana aku hanya mahu menguji kau.
aku mahu melihat sejauh mana kau sanggup menjadi yang terbaik di mataku.
Walaupun sebenarnya memang kaulah yang terbaik di hatiku.
aku tahu kau mula berubah untuk kebaikan kita berdua untuk masa akan datang
Selagi aku dengan kau, percayalah,
walaupun aku menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mataku
tetapi di hatiku, kau tetap yang paling terbaik.
Apabila aku menjadi degil,
aku bukan bermaksud untuk menjadi degil
sejauh mana kau mampu bersabar dengan kerenahku.
aku tidak kesah kalau kau kata aku nak buat drama.
kadang kadang aku mahu lihat usaha kau.
Percayalah, hati aku sangat lembut.
jangan terkejut kalau akhirnya aku menukar fikiranku dalam masa sesaat.
macam selalu, aku sering cair dengan pujukan kau semasa sedang bergaduh
sehinggakan kau kata aku suka cakap berbelit
apabila aku selalu menukar fikiran di masa masa akhir
“tolong tinggalkan aku!”,
aku tidak bermaksud menyuruh kau pergi selamanya.
aku hanya mahu menenangkan fikiranku sebentar saja.
Apabila aku kembali tenang,
percayalah aku akan mencari kau semula.
aku akan buat buat termiscall kau dan SMS marah marah kerana kau tidak hubungi aku
Itu tandanya aku benar-benar menyintai kau.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Tapi aku lah yang paling menyayangi kau
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kau.
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi aku punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
ingat tak owg Pena conteng love shape kat tgn yunk mase kite mula mula kite couple.
p/s: Mood Love maseh menyelubungi diriku. credit to Shera untuk note ini. akak dh edit-edit mengikut kesesuian my love story :)