skip to main |
skip to sidebar
hay hay My luvly Silent readers, Cikhoneybee nk Hapdate entry baru nie.. cepat2 Baca sampai abes taw !
Kelmarin adalah hari yang paling mencabar buat cikhoneybee. Hari yang paling mencabar kesabaran cikhoneybee dalam melalui hari itu. Tah tak tahu kenapa la . . hati ini bagaikan meluap luap api kemarahan pada hari itu. mungkin disebabkan kondisi perut yang tidak bape nak stabil membuatkan cikhoneybee terasa nak mengamuk sakan. *3 hari kot segala apa yang di makan, terus buang ke toilet*
Mana taknya, dari hari isnin hingga ke khamis . . cikhoneybee punye kondisi perut tidak bape nak stabil. Asal makan jew, terus membuang kat toilet. Dalam sehari tu sampai 3 kali. Sangat seksa nak pergi tandas jew. Segala pekerjaan terganggu. Haishh -.-"
Kelmarin, Masa pukul 8 malam cikhoneybee makan la . . sebelum memulakan kerja. masa tengah makan tu, datang 1 makcik nk order untuk tapau bawak balik rumah. cikhoneybee dah order kat bahagian dapur, so cikhoneybee duduk sambung makan kembali. Lepas tu makcik ni datang lagi, nak tapau air pulak. cikhoneybee ambil order tu dan bagi kat bahagian Buat Air. byle die nampak takde sapa buat air die order balik sampai 3 kali.
Selera nak makan terus down. Semua pasal makcik tu. Bukan apa, cikhoneybee jenis kalau makan tu dah stop, terus tak lalu nak makan. selera hilang duk geram kat makcik tu. tak sabar sabar . . macam TAKDE iman jew. bukankah sabar itu separuh dari IMAN? haishhh -.-"
Lepas tu, pada jam lain pulak ade customer pompuan duk nk tapau air. Awalnya die makan di meja . . then ade tapau Air. Jenis kat kedai cikhoneybee, kami memang tak akan buat awal air yg hendak di tapau sebab nanti ais dah cair, mula la KOMPLEN . . air tawar, tak Manis . .. Air bersusu ni dah cair . . . kedekut susu.. . dan sebagainya . . Macam hal la nanti komplen.
Masa die nak bayar kat cashier, die cakap . . Air yang saya nak tapau tu dah siap ke? cikhoneybee cakap la jap lagi ciap . . cuma tinggal nak taruk air batu jew. selang 1 minit die tanya berkali- kali . . . macam makcik memula dulu la jua td. tak sabar sabar . . macam TAKDE iman jew ! Padahal pekerja ondaway jalan kat depan mata die dah pun tuk bagi air die tu. Pompuan tu pekerja kilang . . kalau dh nak abes time rehat pun, awal awal la settle kn bill. kalo hnya tinggal 2 minit jew lagi nak masuk kilang, memang salah kau la kan. Pompuan tu memang saje nk pressure. Haish . . kemarahan itu maseh dapat di control. sabar sabarr...
Tapi byle dah masuk time perut buat hal . . . pedih pedih menyucuk menyucuk, mula la tak keruan . . . tengok jam dh pukul 1 pagi. memang lapar la sebab makanan td pun tah sempat ke tak dicernakan.. abeh membuang je td. cikhoneybee pergi la masak kuew tiaw goreng. sedang sedang masak, kecoh pulak kat tempat cashier . . . ade makanan customer tak sampai. Customer tu pun dah cancel kan, so just kire la jew makanan yang die makan. Buleh pulak nak besar besar kan cerita kenapa makanan tak sampai. Adat la tu . . tengah sibuk pun, pasti ade order tertinggal. itu memang perkara biasa pun kn. customer tu pulak buat dekkk jew . . bukan nk bertanya. byle dh sibuk tu, kenalah ambil peranan brtye makann yg tak sampai. Pekerja hanyalah manusia biasa. Mereka pun ade terlepas pandang. tolong menolong kan amalan mulia
byle dah kecoh kecoh tu, dah la perut memulas mulas . . kemarahan dah naik level kemuncak !! terus termengamuk sakan. Pasal 1 order tak sampai, customer lain nk byr bill kena beratur panjang. kang kalo ade customer blah tanpa bayar, sapa yang susah. kuew tiaw dalam kuali pun tah jadi apa tah . . . Lantak la, memang takde mood nak makan dah.
lepas sume dah settle, baru angkat kuew tiaw tu letak kat pinggan. naseb tak hangus. abang tukang masak tu tolong tutup kan api dapur. kalau tak, memang hangus la jadinya. cikhoneybee pun makan pun berapa sudu tah, terus tak lalu nak makan. Angin dalam perut main kejar kejar pulak. Berkerut kerut la menahan kesakitan.
Haish, sakit Hati dapat, sakit perut pun dapat. Ape la nasib hari tu. setelah dr awal td menahan kesabaran, akhir di penghujungnya... terlepas jua kemarahan...
cikhoneybee dapat SMS Good Morning dari EX pun memang takde mood nak reply. season tengah sengsara sakit perut. Lagipun masa tu tengah tidur lagi.
alhamdulillah hari ini perut dh ok. walaupun tadi siang ade jugak la jd kes yang sama cam beberapa hari lepas. tapi nampaknya dah mula stabil.
P/S : Someday, Everything will fade into memories, but those times I've spent with you.... I will remember . . . Forever
1 comment:
Erghh , kalau Nurrul pun sama daripada sabar , terus terlepas marahnya..
*Ermm , tapi apa2 pun.. senyum ! :)
Post a Comment