Tuesday, June 12, 2012

Dapat Panggilan Rindu Yang misteri






Picha Jambu Yang tak boleh BELAH ! konon konon die cmtu la mase bergayut. Haha. Geli*

Warning : Ini entry lain daripada yang biasa. Entry ini Fresh ditaip tiada kena mengena dengan Perasaan cikhoneybee. Ia hanye bermotifkan untuk menerbitkan perasaan cemburu orang orang yang berkenaan. *you're so mean, cikhoneybee. Huahahaha. *evil laugh*


Selamat Pagi Semuaaaaa !!! Amboi kemain hyper pagi ini. Dahla tak tido lagi. Cikhoneybee baru jew lepas abeh 'Bergayut' Tepon dengan ... Teeeettttt .... haha. 


Sebenarnya semalam die call . . . tapi cikhoneybee sibuk duduk kat depan kaca television tengok perlawanan bola Crotia VS Ireland. *sejak bile lah cikhoneybee peminat bola yang tegar?? -.-" Lepas jew perlawanan bola tu, cikhoneybee masuk bilik . .  Masa siap siap nk tido, cikhoneybee amek tepon . . . nk set alarm baru. Almaklum lah minggu ini shif keje malam. so, kena la set alarm baru. kalo tak, abeh terlajak tidur. kekekeke
tengok tengok ade 2 " Panggilan Rindu " dari dia. Mimpi ape lak tetibe die call. *mata dibulatkan besar besar sambil pandang ke atas dan berfikir


Tadi Pukul 4 kot camtu lah. . . die message cakap nk call. cikhoneybee cakap malas la. Kemain cikhoneybee nk Jual Mahal. Haha. tapi tak lama tu die call jugak. memula conversation agak akward. haha. macam ape tah kan. Lama lama jadi rancak pulak. yewla . . . lama dh tk borak. banyak betul la nk di perkatakan. Kami sibuk Bahan membahan . . gelak gelak , usik usik . . sampai tak ingat dunia.


cikhoneybee dapat pengalaman baru. Ini adalah First Time ever. Yewla sebelum ini, cikhoneybee tak pernah berhubung kembali dengan EX cikhoneybee lepas putus. Opps. . .!! pecah rahsia suda =,="
sebenarnya cikhoneybee bergayut dengan EX cikhoneybee tadi. Hehe. macam best la pulak bergayut dengan die.. berkongsi cerita tentang kehidupan masing masing.


kami borak macam biasa. cakap cakap pasal life sekarang. sepanjang tempoh bergayut, 2 kali terputus talian. memula tah die nk wt ape tah. G tandas kot. then die call balik... borak borak sampai terputus talian lagi. cikhoneybee igt credit die abeh dah.. rupanya battery phone die abeh. ceitt. . . buleh die g charge balik, then sambung call. masa call ketiga itulah baru masuk part perasaan. kami jujur meluahkan apa yang terpendam. Die cakap die rindu cikhoneybee. Hati ini bagaikan terkedu . . . sayu jew. tanpa suara, hati ini dah membalasnya . . "aku pun rindu kau jugak" hahaha. tapi biarlah aku simpan perasaan ini dan mengadu kat Allah.


masa couple dulu, kalo gayut, battery abeh, jangan harap la die nk call balik. die terus tido. selalu biarkan tergantung. sebab kalo terus call, memang tk tido la jawabnyaa . . . berat jew hati nk letak call . nak terus bercakap cakap cakap cakap cakap cakap cakap sampai dh tak tahu nk cakap apa.  tapi lain pulak lepas dh putus ini kn. lelaki ini memang macam ini keeew?? ade sesiapa buleh jawab tak??


macam dia cakap, mulut buleh menipu, tapi hati tak dapat nk tipu. Ya, cikhoneybee setuju. tapi kita haruslah berpijak bumi yang nyata. sedar keadaan yang sebenarnya. tapi banyak banyak kali die tanya, cikhoneybee mengaku jugak yg cikhoneybee ade laaa jugakk rindduu die. hihihi. *gelak malu tersiipu sipu.


sampai tak sedar jam dah pukul 7 pagi, kami maseh lagi bergayut. patot la tetibe mata pun dh layu layu nk tertutup. daripada hyper active membahan, terus bercakap soal hati dan perasaan. yewla, orang yang pernah bertahta di hati . . mane la buleh nk benci lama lama. dan kalo dah bercakap pasal perasaan, memang hati dihambat pilu. *music please . .sambil lagu sedih diputarkan* last last cikhoneybee cakap cikhoneybee dah letih nk tidur . . then bye bye . .barulah talian diputus kan. 


kadang kadang tu mase time time tidur die, terasa hati cikhoneybee beat kencang. tahulah cikhoneybee jam tu die nk tidur dh. dulu masa couple, sebelum tidur dia pasti cari cikhoneybee.  masa nak tidur la bergayut kejap sebelum tidur. waktu lain, kami masing masing sibuk dengan kerja.  Tetiba hati ini terasa gembira byle dapat tahu dia maseh tercari cari cikhoneybee sebelum tido. 




Untuk Kau, 
Terima kaseh sebab call dan sudi selalu datang jenguk jenguk aku kat uptown walaupun kau tengok aku dari jauh. Walaupun aku tak tahu. Aku hargai sangat sangat. aku harap rindu kau terubat. Tapi Aku kadang kadang dapat rasakan jugak . . hati ini mengenali dan merasai kehadiran kau. Cewahhh.. tapi serius taw, tetibe tengah kerja . . tetibe hati aku berdegup kencang. aku terpikir kau. Rupanya separuh hati ini sendirinya mengenali separuh hati lain yang pernah kite kongsi dulu. byle time time waktu tido kau, hati aku sekali lagi nk beat kencang . .  aku tahu kau sedang pikir aku. tak banyak yang aku dapat tolong  hanya dapat ucapkan Selamat Malam dari jauh. *sambil hug hug teddy bear besar yang kau bagi dulu. Terima kaseh sebab jujur dengan aku. Segala persoalan telah terjawab. Yewla, Aku risau la . . Aku ini meroyan kew asyik kerap teringat kau. Apekejadahnye ... rupanya kau yang critically rindukan aku. muahahaha



entry ini di taip pun dalam keadaan mata yang layu nk tertutup tutup jew. sajew jew nak publish entry ini. saje nak bagi ade orang jeles . . . haha. memang saje nk jadi jahat sikit hari ini.

Ok, sekian. .  terima kaseh sebab sudi baca entry yang merapu ini. Kepada anda berkenaan, entry ini memang SENGAJA nak bagi anda jeles. Well, saya tetibe nak jadi jahat pulak hari ini. jangan marah... hehehe. sebenarnya ia adalah perghargaan dari saya sebab anda adalah silence reader yang setia mengikuti perkembangan blog saya ini. Ohhh.... saya amat terharu.  terima kaseh terima kaseh.


p/s : lepas dapat tahu ade silent reader yang setia mengikuti perkembangan kehidupan cikhoneybee, cikhoneybee terasa bersemangat sekali nak update blog. itu lah punca nya entry ini di taip, even dalam mata yang sangat layu nak tertutup tutup dah. sampai mama cikhoneybee jenguk bilik bertanyakan kenapa tak tidur lagi sebab die nampak  bilik maseh terang dengan lampu. hehe.. Anda terharu tak? jangan risau, lepas nie, saya akan update banyak banyak. *kalo ade banyak TYPO tu paham paham kan jew la, sebab entry ini ditaip pun dalam keadaan mata layu nk tertutup tutup










1 comment:

Yumida said...

eee..sweettt...sure senyum memanjang..bukan mudah utk kita berhubung kembali dgn ex..terimbas kisah2 dulu kannn..entri cik honey mmg terbukti buat sy jelesssssss..
follower ke 992