skip to main |
skip to sidebar

hay hay My luvly Silent readers, Cikhoneybee nk Hapdate entry baru nie.. cepat2 Baca sampai abes taw !
Kelmarin adalah hari yang paling mencabar buat cikhoneybee. Hari yang paling mencabar kesabaran cikhoneybee dalam melalui hari itu. Tah tak tahu kenapa la . . hati ini bagaikan meluap luap api kemarahan pada hari itu. mungkin disebabkan kondisi perut yang tidak bape nak stabil membuatkan cikhoneybee terasa nak mengamuk sakan. *3 hari kot segala apa yang di makan, terus buang ke toilet*
Mana taknya, dari hari isnin hingga ke khamis . . cikhoneybee punye kondisi perut tidak bape nak stabil. Asal makan jew, terus membuang kat toilet. Dalam sehari tu sampai 3 kali. Sangat seksa nak pergi tandas jew. Segala pekerjaan terganggu. Haishh -.-"
Kelmarin, Masa pukul 8 malam cikhoneybee makan la . . sebelum memulakan kerja. masa tengah makan tu, datang 1 makcik nk order untuk tapau bawak balik rumah. cikhoneybee dah order kat bahagian dapur, so cikhoneybee duduk sambung makan kembali. Lepas tu makcik ni datang lagi, nak tapau air pulak. cikhoneybee ambil order tu dan bagi kat bahagian Buat Air. byle die nampak takde sapa buat air die order balik sampai 3 kali.
Selera nak makan terus down. Semua pasal makcik tu. Bukan apa, cikhoneybee jenis kalau makan tu dah stop, terus tak lalu nak makan. selera hilang duk geram kat makcik tu. tak sabar sabar . . macam TAKDE iman jew. bukankah sabar itu separuh dari IMAN? haishhh -.-"
Lepas tu, pada jam lain pulak ade customer pompuan duk nk tapau air. Awalnya die makan di meja . . then ade tapau Air. Jenis kat kedai cikhoneybee, kami memang tak akan buat awal air yg hendak di tapau sebab nanti ais dah cair, mula la KOMPLEN . . air tawar, tak Manis . .. Air bersusu ni dah cair . . . kedekut susu.. . dan sebagainya . . Macam hal la nanti komplen.
Masa die nak bayar kat cashier, die cakap . . Air yang saya nak tapau tu dah siap ke? cikhoneybee cakap la jap lagi ciap . . cuma tinggal nak taruk air batu jew. selang 1 minit die tanya berkali- kali . . . macam makcik memula dulu la jua td. tak sabar sabar . . macam TAKDE iman jew ! Padahal pekerja ondaway jalan kat depan mata die dah pun tuk bagi air die tu. Pompuan tu pekerja kilang . . kalau dh nak abes time rehat pun, awal awal la settle kn bill. kalo hnya tinggal 2 minit jew lagi nak masuk kilang, memang salah kau la kan. Pompuan tu memang saje nk pressure. Haish . . kemarahan itu maseh dapat di control. sabar sabarr...
Tapi byle dah masuk time perut buat hal . . . pedih pedih menyucuk menyucuk, mula la tak keruan . . . tengok jam dh pukul 1 pagi. memang lapar la sebab makanan td pun tah sempat ke tak dicernakan.. abeh membuang je td. cikhoneybee pergi la masak kuew tiaw goreng. sedang sedang masak, kecoh pulak kat tempat cashier . . . ade makanan customer tak sampai. Customer tu pun dah cancel kan, so just kire la jew makanan yang die makan. Buleh pulak nak besar besar kan cerita kenapa makanan tak sampai. Adat la tu . . tengah sibuk pun, pasti ade order tertinggal. itu memang perkara biasa pun kn. customer tu pulak buat dekkk jew . . bukan nk bertanya. byle dh sibuk tu, kenalah ambil peranan brtye makann yg tak sampai. Pekerja hanyalah manusia biasa. Mereka pun ade terlepas pandang. tolong menolong kan amalan mulia
byle dah kecoh kecoh tu, dah la perut memulas mulas . . kemarahan dah naik level kemuncak !! terus termengamuk sakan. Pasal 1 order tak sampai, customer lain nk byr bill kena beratur panjang. kang kalo ade customer blah tanpa bayar, sapa yang susah. kuew tiaw dalam kuali pun tah jadi apa tah . . . Lantak la, memang takde mood nak makan dah.
lepas sume dah settle, baru angkat kuew tiaw tu letak kat pinggan. naseb tak hangus. abang tukang masak tu tolong tutup kan api dapur. kalau tak, memang hangus la jadinya. cikhoneybee pun makan pun berapa sudu tah, terus tak lalu nak makan. Angin dalam perut main kejar kejar pulak. Berkerut kerut la menahan kesakitan.
Haish, sakit Hati dapat, sakit perut pun dapat. Ape la nasib hari tu. setelah dr awal td menahan kesabaran, akhir di penghujungnya... terlepas jua kemarahan...
cikhoneybee dapat SMS Good Morning dari EX pun memang takde mood nak reply. season tengah sengsara sakit perut. Lagipun masa tu tengah tidur lagi.
alhamdulillah hari ini perut dh ok. walaupun tadi siang ade jugak la jd kes yang sama cam beberapa hari lepas. tapi nampaknya dah mula stabil.
P/S : Someday, Everything will fade into memories, but those times I've spent with you.... I will remember . . . Forever

Hari ini PANAS sungguh entry dari Cik Puan Muda Umi. Berkenaan dengan 1 sponsor blogshop yang gagal menghantar hadiah yang beliau menangi dalam satu Giveaway dan membatalkan hadiah yg beliau menangi. Kalau nk bace, buleh terjah di blog beliau. . . DISINI
Itu cerita beliau, Skunk Meh cikhoneybee nk cerita kisah cikhoneybee pula. Bagi kengkawan, blogger yang selalu datang ke blog cikhoneybee, pastilah dah tahu blog cikhoneybee ini penuh dengan joining contest's entries.. Haha. betul tk?
Yup, Memang pun. cikhoneybee suka sangat join Giveaway, contest yang menawarkan pelbagai hadiah. dan setakat ini, ade la lebih 5 item barang yg cikhoneybee menang dh sampai kat rumah. Alhamdulillah, rezeki utk cikhoneybee. terima kaseh Random.org sebab pilih no cikhoneybee. hewhewhew
cikhoneybee juga pernah mengalami perkara yang sama seperti CIk Puan Muda Umi. bukan sekali, tapi DUA KALI. 1st hadiah top up Rm10 masa cikhoneybee menangi 1 giveaway ini ( takyah la sebut giveaway siapa , siapa makan cili dia rasa pedas ) . Rasanya giveaway Awal Awal tahun baru baru ini. then, sampai sekarang tak dapat2 pun. dah 2 kali cikhoneybee contact penganjur... pengajur pun bg jwpan pending. die akan tnya sponsor itu. email lagi sekali ckp top up tkdpt pun??? then die kata dia akan contact panganjur. lepas tu die diam tnpa sebarang balasan utk inform cikhoneybee apa apa. ok, tkpew, lama lama cikhoneybee pun decide nk LET GO jew. Malas nk pikir dh. Lebih baik tak menang apa apa, dari tidak sakit hati. Apa beza cikhoneybee menang dengan mereka yg tidak menang dalam giveaway itu?? Kalo nk bg, bagi... kalo taknak... Iya Sudah, Ngak apa apa deyh. kat dunia buleh la dia lari, kat akhirat nak lari cane? kat Akhirat ko nak bayar guna apa? fikir fikirkan la......
kata kata utk sponsor itu : tak kesah awk nk bg ke tak hadiah top up itu. saya pun bisness top up. biarlah saya top up utk diri sendiri saya ye?
Then, lagi sekali cikhoneybee mengalami perkara yang sama. Cikhoneybee menang 1 INNER dari itu blogshop yang agak Femes. beliau juga antara sponsor yg selalu sponsor giveaway, contest para blogger. ok, giveaway itu sudah tamat masa bulan Februari. sekarang dh bulan berapa ya readers yang cikhoneybee sayang... ? bulan April cikhoneybee ade contact pengajur, bertanyakan tentang hadiah yang cikhoneybee menang itu tidak sampai umah agy. bila cikhoneybee tanya (of course la cakap elok2 ), then dia minta maaf dan akan menghantar hadiah dalam bulan ini. huhu.. sekarang dh masuk bulan Mei pun. cikhoneybee mls pm die lg dh. biarkan jewla. kalau die tahu tanggung jwab dia, nati die buatlah. iye la.. benda free mmg susah sikit kn.
kebetulan pulak baru baru ini cikhoneybee ade menang lagi giveaway yg hadiahnya inner.. kemain laju sampainya ke rumah. padahal baru jew seminggu giveaway itu tamat. Syabas ! Awak sungguh professional la ! respect sungguh !
IKLAN KEJAP. HAHA
Bold & Beauty Shop. Sesiapa nak beli inner, buleh lawati fanpage beliau. Beliau punye layanan untuk customer mmg KELASS !
Apa apa pun yang berlaku, komunikasi adelah sangat penting untuk pengelakkan sebarang salah faham. Cakap la anda busy kew, hadiah itu dh abes stock, tggu sampai dari supplier ke, apa apa kew kn? jangan senyap seribu bahasa,. Seeloknya berterus terang saja. jangan kerana MALU atau MALAS dan sikap ENDAH TAK ENDAH itu membuatkan perniagaan dan hubungan sesama manusia akan terjejas.
Dulu prof selalu cakap customer is king and customer always right. Layan mereka elok elok, bermanis muka dan bermanis mulut kepada customer. sekali mereka dah suka dengan customer service yang kamu berikan, dia pasti akan menjadi customer regular kamu sekaligus akan memperkenalkan bisness kamu kepada rakan rakan dan family terdekat. baru la bisness MAJU. Ye dok?
Saya post entry ini bukan nak mengaibkan sesiapa. saya hanya menceritakan pengalaman saya. semoga dapat diambil pengajaran dan teladan.
P/S : hadiah hadiah yang tak sampai itu, saya dah takde hati untuk memilikinya. Biarlah, mungkin dh takde rezeki saya. Nanti kalau sy nk, sy akan pergi beli sendiri kat blogshop tu. hekhekhek