entry hari ketiga aku di Indonesia. Setelah semalam kepenatan melawat haiwan haiwan liar, tiba la masanya aku gerak ke Bandung. Yang juga di kenali Paris of Java. Oleh kerana kepenatan semalam, aku terlewat bangun sikit. sikit jew. kehkeh. Akibatnya hampir separuh dari pelancong 1 bas sama aku dah siap bersarapan. ape lagi, aku rushing la breakfast. Makan sekadar alas perut. hehe. makan sikit jew sebab masih nk bergambar di awal pagi. make - up pun still fresh oohh.. . haha.
Oleh kerana nak pergi ke Pris od Java, Aku pakai baju kota eiffel, paris (!!) Haha. . . itu hanyalah kebetulan sahaja. Wajah fresh di pagi hari. Pasti la bersinar sinar. Haha, Bajet* oke sekali sekala takpew kan.
Bas mula bergerak ke Bandung. Dalam perjalanan, sempat singgah membeli makanan ringan khusus Bandung. Banyak gile kerepek kerepek mereka. Daun bayam pun mereka buleh jadikan kerepek. huhu . . korang mesti kena try kerepek bayam tu. SEDAP (!!)
Ladang teh mereka. angin mereka sejuk sangat.
Then teruskan perjalanan. Kami makan tengah hari di restoran tempatan. Masuk jew pintu restoran, ade 1 pakcik duk ambil gambar. KLik Klik Klik Klik. perghh (!!) dah macam Artis pulak. dahla berjalan di atas red CArpet. Memang buat aku tergelak jew. Terasa lucu. Dah ciap makan makan. kami gerak ke Outlet untuk mulakan aktiviti menghabiskan duit.
aku tak shopping sebab aku diberitahu destinasi lepas ini adalah tempat jeans original. Memang aku save duit la kan untuk borong Jeans dan baju murah murah.
Petang sikit dalam pukul 3 kami tiba di toko 3. Perghh (!!) memang Terbaik la kat sini. Memang buat aku rambang mata. Semua aku nak beli. aku capai baju, capai seluar bagai.
Oke ini barang shopping utk 1st day. Pukul 6 kami dah siap dinner. Kami request utk dinner awal sebab malam tu kan Final Bola Sepak Sukan Sea antara indonesia dan Malaysia. Check in hotel pukul 7. sampai segalanya, pergi ke bilik ayah n mama aku lepak tengok bola bersama. Kehkeh. Memang riuh rendah dengan pekikan dan sorakan aku adeq beradik. Mak aku malam tu bersuara marahkan seorang pemain indonesia sebab die main tipu. ayah aku pun taknak kalah jugak. sampai jampi jampi masa indonesia nak wt sepakan penalti. Pengalaman sungguh best.
p/s : Malam tu memang best sangat tido nyenyak. tak sabar nak balik malaysia sebab aku ade bertaruh dengan pekerja indon ayah aku. siapa kalah, angkat kaki sebelah dan tarik kuping telinga selama 10 minit. kahkah.
5 comments:
Ladang teh tu memang mendamaikan.. Xde air terjun ke kat sana?
sopen ntok ara ada ta ? hehe
bestnya g jalan2!!
Assalamualaikum, seronoknya pergi kat indon, shopping sakan nampak?
Shuhaida subri : YUp. memang aman damai jew tgk ladang teh tu. ade air terjun. alamak, cikhoneybee lpe nk masuk kan.
Ara : Ade dear. ole ole dari bandung :)
Cik tikah : best best. sonok sgt. hehe
Ismail : wsalam. Hehe. sekali sekala shopping habis habisan. kehkeh
Post a Comment