Tuesday, May 8, 2012

Apa salahnya berterus terang?







Hari ini  PANAS sungguh entry dari Cik Puan Muda Umi. Berkenaan dengan 1 sponsor blogshop yang gagal menghantar hadiah yang beliau menangi dalam satu Giveaway dan membatalkan hadiah yg beliau menangi.  Kalau nk bace, buleh terjah di blog beliau. . . DISINI

Itu cerita beliau, Skunk Meh cikhoneybee nk cerita kisah cikhoneybee pula. Bagi kengkawan, blogger yang selalu datang ke blog cikhoneybee, pastilah dah tahu blog cikhoneybee ini penuh dengan joining contest's entries.. Haha.  betul tk?

Yup, Memang pun. cikhoneybee suka sangat join Giveaway, contest yang menawarkan pelbagai hadiah. dan setakat ini, ade la lebih 5 item barang yg cikhoneybee menang dh sampai kat rumah. Alhamdulillah, rezeki utk cikhoneybee. terima kaseh Random.org sebab pilih no cikhoneybee. hewhewhew

cikhoneybee juga pernah mengalami perkara yang sama seperti CIk Puan Muda Umi. bukan sekali, tapi DUA KALI. 1st hadiah top up Rm10 masa cikhoneybee menangi 1 giveaway ini ( takyah la sebut giveaway siapa , siapa makan cili dia rasa pedas ) . Rasanya giveaway Awal Awal tahun baru baru ini. then, sampai sekarang tak dapat2 pun. dah 2 kali cikhoneybee contact penganjur... pengajur pun bg jwpan pending. die akan tnya sponsor itu. email lagi sekali ckp top up tkdpt pun??? then die kata dia akan contact panganjur. lepas tu die diam tnpa sebarang balasan utk inform cikhoneybee apa apa. ok, tkpew, lama lama cikhoneybee pun decide nk LET GO jew. Malas nk pikir dh. Lebih baik tak menang apa apa, dari tidak sakit hati. Apa beza cikhoneybee menang dengan mereka yg tidak menang dalam giveaway itu?? Kalo nk bg, bagi... kalo taknak... Iya Sudah, Ngak apa apa deyh. kat dunia buleh la dia lari, kat akhirat nak lari cane? kat Akhirat ko nak bayar guna apa? fikir fikirkan la......

kata kata utk sponsor itu : tak kesah awk nk bg ke tak hadiah top up itu. saya pun bisness top up. biarlah saya top up utk diri sendiri saya ye?

Then, lagi sekali cikhoneybee mengalami perkara yang sama. Cikhoneybee menang 1 INNER dari itu blogshop yang agak Femes. beliau juga antara sponsor yg selalu sponsor giveaway, contest para blogger. ok, giveaway itu sudah tamat masa bulan Februari. sekarang dh bulan berapa ya readers yang cikhoneybee sayang... ? bulan April cikhoneybee ade contact pengajur, bertanyakan tentang hadiah yang cikhoneybee menang itu tidak sampai umah agy. bila cikhoneybee tanya (of course la cakap elok2 ), then dia minta maaf dan akan menghantar hadiah dalam bulan ini. huhu.. sekarang dh masuk bulan Mei pun. cikhoneybee mls pm die lg dh. biarkan jewla. kalau die tahu tanggung jwab dia, nati die buatlah. iye la.. benda free mmg susah sikit kn. 







kebetulan pulak baru baru ini cikhoneybee ade menang lagi giveaway yg hadiahnya inner.. kemain laju sampainya ke rumah. padahal baru jew seminggu giveaway itu tamat. Syabas ! Awak sungguh professional la ! respect sungguh !

IKLAN KEJAP. HAHA


Bold & Beauty Shop. Sesiapa nak beli inner, buleh lawati fanpage beliau. Beliau punye layanan untuk customer mmg KELASS ! 


Apa apa pun yang berlaku, komunikasi adelah sangat penting untuk pengelakkan sebarang salah faham. Cakap la anda busy kew, hadiah itu dh abes stock, tggu sampai dari supplier ke, apa apa kew kn? jangan senyap seribu bahasa,. Seeloknya berterus terang saja. jangan kerana MALU atau MALAS dan sikap ENDAH TAK ENDAH itu membuatkan perniagaan dan hubungan sesama manusia akan terjejas. 

Dulu prof selalu cakap customer is king and customer always right. Layan mereka elok elok, bermanis muka dan bermanis mulut kepada customer. sekali mereka dah suka dengan customer service yang kamu berikan, dia pasti akan menjadi customer regular kamu sekaligus akan memperkenalkan bisness kamu kepada rakan rakan dan family terdekat. baru la bisness MAJU. Ye dok?

Saya post entry ini bukan nak mengaibkan sesiapa. saya hanya menceritakan pengalaman saya. semoga dapat diambil pengajaran dan teladan. 


     P/S : hadiah hadiah yang tak sampai itu, saya dah takde hati untuk memilikinya. Biarlah, mungkin dh takde rezeki saya. Nanti kalau sy nk, sy akan pergi beli sendiri kat blogshop tu. hekhekhek



4 comments:

Deleted said...

Hmm. samala.. saya msg dia xbls pun -.-'

Cik Puan Muda Umi said...

hurm,betul tu cik honey..tak semestinya dia banyak sponser GA,dia tu boleh dipercayai..awak sampai dua kali terkena,mesti sedih kan org layan kita mcm ni..huhu..saya lepas jadi macam tu,penganjur GA tu jnji nk ganti hadiah..tpi tu lah,salah sponser,tuan blog pulak kena bagi hadiah...kesian pulak kat dia,nk kena keluarkan duit sendiri..huhu..kalau takde masa,sekurang-kurangnya inform bagitau,sejuk hati dengar,ini senyap je..bila dh jadi mcm ni,semangat nk hadiah tu terus takde,last2 biar je lah kan..huhu

Cik Puan Muda Umi said...

serius?sis tak tengok pun siang tadi,sebab tak online..sempat tengok yg malam je,dia ckp no brain people blablabla..sekarang bila tgk balik,dh padam..adeh..itu la pasal,yg tnya pasal lens,dia balas kan..actually dia bagi alasan kat sis dia tengah clear stok ke clear akaun ntah sebab tu takleh hantar lagi..tpi tu la,dia janji dalam masa seminggu,kalau ye pun nk clear apa2,inform la ckp nk hantar lambat,settle..ni senyap je,org pun sakit hati kan..haish,ruginya tak sempat tgk apa dia tulis td..huhu

Cik Puan Muda Umi said...

rasanya sis kenal sape yg nasihat tu,sebab tadi tengok2 balik chatbox,ada sorang ngaku dia ada printscreen dan nanti dia bg sis tgk..aduh,dia mmg mcm tu,penat inbox dia dulu,jawapan dia tu buat org sakit hati je..smpaikan last inbox ngn dia,sis ada mintak maap kt dia sebab malas nk besarkan cite tapi dia balas balik ckp mcm2.dah org ckp mintak maap tu,settle sudah la kan,ni mrh2 kita..tu pasal la sis buat entri terus,senang cite..nk besar2kan cite,nah sis bagi kat dia..haha..


p/s:penuh pulak entri awak ni dgn komen sis..hehe..maaf ye..:)