Saturday, May 5, 2012

persoalan tidak terjawab








Bila tonton movie Cinta, Hati tidak semena mena terasa hangat dek kerana Perasaan cinta dan kasih sayang di hati sedang membara. Meninggalkan atau ditinggalkan oleh orang yg dicintai sangat perit. perasaan keperitan itu hanya dapat difahami oleh orang yang ade pengalaman itu. 

orang yang dicintai bukan lah specific kepada kekasih, tapi lebih bermakna kepada family. Perginya seorang ibu atau ayah atau adeq beradik tidak dapat dibandingkan perasaan kehilangan kekasih. family is everything.  sebab kita telah spent a lot of  time with them sejak kita lahir di dunia ini. 

Bila hati hangat dengan cinta dan kasih sayang, mula lah berfeeling. Hati mula mempersoalkan banyak perkara...

Pabila hati dan akal tidak sehaluan, perasaan rindu menyapa hati. adakah kamu turut begitu?
pabila aku memikirkan kamu, adakah kerana kamu turut sama memikirkan aku?
pabila sedang sibuk bekerja, berdebar debar hati ini tidak semena mena... adakah kamu berada berdekatan ?

aku enggan melayan perasaan. aku mahu melupakan. aku tidak layak untuk memiikirkan kamu. aku tidak selayaknya memikirkan orang yg aku  tidak mampu  lindungi dan jaga rapi. aku mahu kamu berada dalam kehidupan yang bahagia tanpa kehadiran aku.

selama detik ini, aku sedar segala. aku tidak mampu mengangkat muka. aku terlalu banyak kesalahan. banyak perkara ingin aku perkatakan, tapi aku tidak mampu menyuarakan. aku memilih berdiam diri. aku mahu kau hidup sempurna. sebab kehadiran aku membuatkan kamu berada dalam kegagalan hidup. 

biarlah kamu memulakan setiap langkah kehidupan ini dengan perasaan benci dan teraniaya. semoga kamu dapat menjadikan perasaan itu sebagai satu azimat dan target untuk berjaya dalam hidup. maaf kan aku jika aku menjadi kejam. 

aku bertindak kejam untuk kebaikan kamu. aku mahu memulangkan kembali keadaan sedia kala. aku mahu kembalikan hak kepada si Dia. Terima Kaseh aku ucapkan sebab memberikan aku peluang seketika. Kini aku hanya mempunyai kenangan silam Kamu, tapi Dia mempunyai seluruh masa depan kamu. 


p/s : terasa nak berhijrah... nak duduk tempat lain, mula kehidupan baru.