Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, March 12, 2012

" PRINCESS FYZA GIVEAWAY "



Syarat-Syarat Menyertai PRINCESS FYZA GA ialah:

1. Buat satu entri di blog anda mengenai  Giveaway ini dengan tajuk " PRINCESS FYZA GIVEAWAY ", pastikan ada banner " PRINCESS FYZA GIVEAWAY  " didalam entri tersebut dan dilinkkan ke entri ini.
2. Pastikan anda merupakan follower  FYZA LIFE  & Like PRINCESS FYZA Page.
3. Wajib Like, Follow dan letakkan senarai penaja berikut di dalam entri GA anda..
4. Letakkan url entri anda di ruangan komen entri  PRINCESS FYZA GIVEAWAY !! 
5. penerima giveaway yg menyertai giveaway yg tidak mengikuti syarat no 3 tidak layak menerima hadiah dr penaja :)
 > klu anda rajin boleh letak banner blog fyza kt sidebar blog kowg :) tiada paksaan <
SENARAI PENAJA :

 FYZA LIFE ( 4 x top up rm5 setiap seorg)
AFIQAH , PAGE (2 x top up RM 10 setiap seorg)
AUTOPUPBIZ , PAGE (1x top up rm15 & akn dftarkn org tu sbg dealer di atopupbiz reload scara p'cuma )
 AIN (5x bloglist di sidebar & 2x  header transparent setiap seorg)
CIK HARTY (2x  baju dr sarawak)
MIMI  (2 x top up RM10 setiap seorang)
AZZA LIFESTORY (1x vector & 1x special doodle setiap seorg)
SHIDA , PAGE  (1x edit blog simple / 1x vector simple setiap seorg)
QIRAH ISA (2x pasang brooch felt setiap seorg)
AZNIE ( 1x header, banner,full edit blog )
AINUN (1x topup rm5, 1x header simple 2. )
AIN NAJIHA , LIKE THIS PICT ( 2x top up rm10 setiap seorg )
NIR EZZATI (2x top up rm5 setiap seorg )

Cabutan Bertuah  RANDOM.ORG   akan digunakan untuk mencari pemenang Semoga berjaya :)

Wednesday, October 19, 2011

Ade lagi ke Benda free kt Dunia Zaman Modern ni (?)




Selamat Malam readers,

Sudah Dinner kew semuanya (?) Hari ini sepanjang hari kat Damansara hujan. cikhoneybee Nak keluar pun terbantut. sejuk sgt . . . hehehe . . so, duk berselubung dlm selimut smbil  update entry. kehkeh . . entry lps cikhoneybee ade ckp yg tk abeh agy nk menaip utk publish entry. asyik duk copy paste jew. so ini la entry nye. alhamdulliah, hari ini Allah memberi keizinan kepada cikhoneybee utk siapkan then publish . heheh

seperti tajuk di atas, Maseh ade lagi ker Benda Free Kat Dunia ini (?) baru baru ni picha di atas sangat "HOT" cm pisang goreng jew. kt mana mana blog dan website cikhoneybee lawat sume duk tayang picha ini. hehehe. . . Sumpah (!) Mmg kelakar sgt kn picha ni. cikhoneybee tergelak gelak pagi pagi buta. . . kalo la sume tu berbayar . . .MMg teruk la kn dunia ni. Melampau sgt la tu . . agak agak la kn (?) if Everything sume kne byr . . kalo gaji byk takpew la. ok, kalo gaji byk pun, tp brg mahal gile . . . serupa jew kn (?) tkde pape yg berubah. duet gaji cikhoneybee tetap tk bule nk saving lebih. ** saving duit kawen. haha


cikhoneybee kalo ade masa free. . . mmg sume blog cikhoneybee terjah entry mereka. pastu byle dh abeh blogwalking, cikhoneybee lawat tumblr kwn pulok. suka tgk tgk picha kt sne. hehehe . . dan cikhoneybee trjmpe la 1 picha ni. terus cikhoneybee terpikir seketika. 


See (?) Maseh Ade lagi benda free kt dunia ni. Alhamdulillah :)

semua di atas tu adalah FREE OF CHARGE (!!!) kalau lah senyum kena byr 1 hari nanti, aku tk tahu la ape yg akan jd kt dunia ni. semua manusia berwajah bengis, pemarah dan sombong. Huhu. . cikhoneybee dhla suke gelak,senyum, tidor dan berkawan. . haish. . . agaknya abeh la duit gaji aku duk byr utk itu jew setiap hari. kehkehkeh . . . abes larh kalo nk follow owg, kena byr  (?) Melampau la tue kan. terus bankurap Facebook, Myspace, twitter, friendster, yahoo, gmail dan google. 
p/s : Adik cikhoneybee ckp zaman sekarang tkde bende free. Everythings need money. No (!) Cikhoneybee dh proves kn yg Statement nye Salah . . .  Duit bukan segalanya . . kan kawan kawan (??)


Wednesday, October 5, 2011

today is reality, tomorrow is future


Biarkan Semalam Berlalu Dengan Segala Kenangannya, Samada Pahit ataupun manis. Biarkan Semalam Terbenam DEngan Penuh Kerelaan Dan Biarkan Malam Menyelimutinya DEngan Kegelapan Supaya Kita Benar-Benar Menikmati Keindahan Pagi. Katakan Kepada Kenangan Pahit : Engkau kini telah menjadi sebahagian dari masa silamku dan aku tidak akan lagi akan Menangisimu dan Membiarkan Diriku Terbelit dengan Segala Keresahan yang ada bersamamu, Aku Ingin Menikmati Keindahan Pagi Bersama Fajar dan Harapan Baru". Katakan pula Kepada Kenangan Manis, " Engkau Bukan lagi Milikku, Saat Saat kegembiraan kita telah berlalu dan aku sedang berdepan dengan saat yang lebih berharga dari darimu iaitu saat saat yang masih aku miliki untuk ku corakkan dengan harapan dan impian".


Wednesday, April 27, 2011

Perjalanan Hari yg agak LAME hari ini ~

selamat Pagi buta all readers,

tadi lepas jew Miss Sabah dan Miss Johor pulang dari bertandang umah aku.. (Sesi makan koktel di petang hari), aku pun masuk bilik. terasa Mengantuk pula di mata ini. tgk jam suda maw pukul 7. ish3.. tidak buleh sama sekali tido time magrib2 ini. sangat sangat tidak elok untuk kesihatan. hehehe =P

jari jemari mula mamainkan peranan. time tue jari la dikire penyelamat aku dari tito time magrib. jari jemari pantas sahaja mengClick dan menaip email serta password Fesbuk. kire mahu melekakan mata ini dari mengantuk. ~.~

huh1 maseh jua tidak berkesan. jari ini pula mengClick launch Game. huhu.. suda 2 hari aku tkde on9 game. fokos wt assigmnt ni .. anak yg baik kan? ( puji memuji diri sendiri pula disini) =P
aku pun mula masukkan ID serta Password. aku tgk ade suda Guild Member aku on9, tp mereka diam2 sahaja pula. Mungkin AFK (AWAY FROM KEYBOARDS) kot. tkpew la.. aku duk belek2 mne yg ptot, then aku off. sebab jam suda nk dekat pukul 8 malam.

so, sesi meluruskan badan, mengurut mata, dan penarikan selimut telah berlaku. sangat Pantas! aku bagai dipukau, meletakan laptop aku kt tepi.. dan membuka kaca mata.. dan............. ZZzzzzZZZzzzzzZZz
sedang sedap ketiduran, ade pula Short Message System (SMS) masuk. halus mencarot lagu : DiaM Diam aku jatuh cinta by Tilu. haish.. kacau jew la >.<

aku pun buka text SMS tu. rupanya junior bilik dpn aku ni yg sms. die tnye aku wt apew.. boring agaknye. aku un weply kata bawu mangun tido. sian pulak kt junior aku ni, sorg2 kt lua.. die nye kipas bilik rosak. mmg die lpk kt hall jew la. aku lak sedap wt taik mata. =.='' huhu..sowie ya adeq, kaka ngntok sgt. aku tgk jam bawu pukul 10 mlm.  Upenye suda 2jam aku tido. aku egt nk sambung tido, tp terasa lapar pula. kira-kira maw beli burger sahaja kt kedai belakang. tp nasib aku malang, kedai itu tutup. Rupenya rezeki malam aku hari ini adalah nasi lemak RM1.50. =) alamdulillah.. kenyang sampai sekarang.

p/s: terasa aku mengunakan bahasa sopan dalam entry ini >.< harap2 kemarahan aku pada hamba allah itu akn lenyap dan surut esk pagi. haish... aku suda saket hati, lambat betol maw recover.

Sunday, January 30, 2011

I ♥ U




orang kata cinta itu buta..
tapi aku kata cinta tak buta
cinta itu boleh buat kita melihat jauh ke dalam hati
cinta tak perlukan mata..
tp cinta hanya memerlukan hati ♥

Saturday, January 29, 2011

2 years 11 Month 2 week



Tepat kul 12 mlm 29/01/2011... Hubungan aku dengan Gemok sudah Menjangkau 2 Tahun 11 Bulan 2 Minggu.  So, Maknanya lagi 2 minggu sahaja lagi kami genap 3 tahun bersama sebagai husband and wife  Couple. hehehe.. syukur alhamdulillah.. selama ini suda kami menjalani pelbagai dugaan dan rintangan. sebenarnya selama kami couple ini, tak pernah lagi kami menyambut ulang tahun couple atau omputeh kata Anniversary :D


Mengapa? tahla.. mungkin kami tidak berpeluang lagi untuk menyambutnya.. masing2 sibuk dengan komitment masing2. selalu nya pada bulan february ini, kami dalam cuti semester, so, even cuti semester.. kami juga dekat sahaja.. aku tinggal di Damansara dan die di Selayang, kami tak dapat nk celebrate untuk tahun pertama dan kedua itu. kami kalau dalam cuti semester, aku keje part time di kedai makan. sajew cari duit poket untuk aku beli barang2 untuk masuk semester depan. Gemok pula ambil upah pomen moto owg. atau senang cete, kami juz jmpe mse di kolej sajew. so lau kwn2 nk ckp nape kami sering berkepit, kami tk kesa un.. masa cuti kami kne rindu-rinduan dari jauh. :( masing2 ade tanggung jawab masing2 pada keluarga. masa cuti la nk tlg n bantu mereka. dhla time bljr un jarang dpt alek umh sbb kesibukan ngn assigmnt, exam dan sebagainya. n asyik minta duet dr parents jew. so, masa cuti, kite bantu mereka pula semampu kite.

so dalam erti kata lain, aku tidak ade pengalaman itu .. huhu :) pena jua bertanya pada diri sendiri, cmne erk couple lain sambut anniversary couple dowg. lau mcm ayh n mama aku pula, tidak la aku tahu.. haha. ayh aku n mama aku secret2 sgt. memang aku tak tahu perasaan sambut anniversary ini. huhu.. cmner erkk ^^?
nk kata aku kolot, aku tak kesa un. anniversary? valentine? memang tkPena jua aku sambut. sepanjang aku couple, memang tkpena smbut la. hahaha.. 

hurm.. pada Gemok, tkkesa la cmner un keadaan kite.. kekurangan dan kelebihan kite.. bia la kite saling melengkapi. kau btol2 lengkap kn kehidupan aku. tnpe kau, aku ase something tk best somethings missing laa. even mlm, aku kdg2 tk ley nk lelap mata selagi tk dpt call dr kau. aku memang ego tknk tnjuk... Pmpn tkle tnjuk sgt yg kite ni tggu2 die.. nty die naik Lemak.. lagi suka kite trtunggu2 die.  1 care nk kasi aku tido, aku tgk gmbr2 kite... pastu 5 minit, aku dh di alam mimpi.. hahaha.. bagus kan cara aku ni. tedy bear besa yang ko kasi aku tido ats die.. namo pelok.. wkwkkwk.. Gemok!! walaupun kdang2 kau suka wt aku marah., tension..aku sayang kau smpai byle2...  sebab kau gedik. pandai wt aku ketawa balik. dalam aku marah2, aku sempat kua air mata. ko memang siott kn.. pape un.. lau ade jdoh smpai jinjang pelamin... kau yang terakhir. 



Mari BerLawak Gelak Ketawa :D

Tak bolej pakai lipstik
Seorang anak yang comel lagi manja berusia sepuluh tahun bertanya kepada ibunya.
Anak: bu, bila umur adik genap 17 tahun nanti, boleh tak kalau adik nk sambut hari lahir kt rumah kita ni?
Ibu: mestilah  boleh sayang..
Anak: boleh tak adik nak ajak kawan-kawan adik nanti?
Ibu: boleh.. kenapa tak boleh pulak..
Anak: pastu, boleh tak adik pakai baju baru yang cantik?
Ibu: tentulah boleh, nanti ibu belikan yea.
Genap sahaja umurnya 17 tahun, diadakan majlis sambutan hari lahir seperti yang diimpikan. Anak itu kembali bertanya kepada ibunya.
Anak: bu.. bu.. boleh pakai lipstik tak?
Ibu: kamu tak boleh pakai lipstik!!
Anak: ala bu.. sekali je, please……
Ibu: saiful!!! Ibu cakap tak boleh, tak boleh. Ibu tak akan berkompromi dalam hal ini faham???

Geleng kepala
Seorang wanita yang sangat gemok mengunjungi sebuah klinik untuk bertemu doktor.
Wanita: doctor, ubat ape yang saya perlu makan untuk kurus?
Doktor: puan tak perlu makan uabt. Puan perlu hanya amalkan teknik geleng kepala saja.
Wanita: geleng kepala? Bila agaknya saya kena gelengkan kepala tu doctor? Pagi, tangah hari, petang, atau malam?
Doctor: bila ada orang suakan makanan atau ajak puan makan, puan boleh la gelengkan kepala ye. Itu saja, senang kan?
Wanita: ????

Beli mangga yang tak manis
Pada suatu hari seorang penbeli sedang tawar menawar dengan penjual mangga di pasar malam.
Pembeli: bang, mangga ni sekilo berapa?
Penjual: RM15 sekilo
Pembeli: mahalnya, tak boleh kurang ke?
Penjual: dah tak boleh dah. Harga tetap.
Pembeli: kalau tak manis macam mana?
Penjual: kalau tak manis, tak payah bayar.
Pembeli: ok, kalau macam itu, kasi saya mangga yang tak manis 10 kilo. Kasi plastik extra yea.
Penjual: %&&%@#@

    

Friday, January 28, 2011

suke + bengang




 hehhe.. dh tuka layout baru :)
layout yg Pena aku pkai slme 4 jam pastu tuka len..
suke suke ..
TP yang bengang nye pula.. nk edit template design tu.. 
wt hal la pulak.. namo apply to blog !
akibatnye aku nye blog ni berterabur.. >.<
even dh tkn byk kali un, tkde sbrn changes
ape hal ni..? sume bnde maw cr gado sme aku dh ni..
aida kata mgkin internet slow
aku un tataw la.. internet slow ke laptop ni yg slow
haish = ='

Thursday, January 27, 2011

Tak suKe la cmnie.... mood tkbest mlm ni :(


ape nie !!! asl tkley enter game ni.. adoiyai.. lum masuk agy dh kne tendang blik >.< sedey tol laa... ni nk ngadu kt lam entry ni.. ~.~ dh 3 hr aku tk men game.. windu gyle.. tah2 jari ni dh noob lak kang... terutama nye 8k tu.. abeh sia2 jew latihan aku slme beberapa mggu ni... tksuke tksuke la cmnii.... bug tu mengom la!! gm.. kasi cpt fix laaa... aku nk men game tuuu...


hari suda berganjak ke 27/01/2011. byle dh Mlm2 ni terase windu pade gemok pula.. ala2 feeling mood love gitu. wkwkwk.. tok entry ni aku juz nk share kata2 cinta si gemok kasi pada aku.. hekhek sharing is caring kn? ayt ni die kasi pada 29 july 2010. pukul 2.20 am. aku bce smpai kua air mata woo.. ati yg keras ini cair n tersentuh ngn ayt die ni. ayt ni khas utk aku, msti la tersentuh n feeling nye .. ades.. tk dpt nk digambar kn dgn kata2 lorh.. :)  korg bce mgkin korg tkde feel sg kot. aku juz nk share je.. sbb ayt ni pling bermakna buat aku. owg yg kite cinta lau die kte " i miss u" un kite dh senyum lebar kn.. 

*******************************************
i have been alone with u inside my mind
and in my dreams, I’ve kissed your lips a thousand times
sometimes i see u pass outside door
hello....
is it me you're looking for?
I can see it in your eyes
I can see it in your smiles
you're all I have ever wanted
and my arms are open wide
cause you know just what to say
and you know just what to do
and I wanted to tell u so much...
I LOVE YOU..
i long to see  the sunlight in your hair
and tell u time and time again how much i care
sometimes i fell my heart will overflow
hello...
I’ve just go to let u know
Because I wonder where you are
and I wonder what you do
are you somewhere feeling lonely
or is someone loving you?
tell me how to win your hearts
for i haven't got a clue
but let me start by saying... I LOVE YOU ♥

Wednesday, January 26, 2011

eyh.. ape ni.. adoi... alamak... erkk... aiyaa.. ades.. mcm2 brlaku

selamat malam n salam 1 malaysia ( ayat dari cik Nur afiza) :)
dah beberapa hari aku tidak update blog ini.. agak kesibukan pulak.

***  hari isnin hari itu kene submit 2 assigment . gile tk gile pakse otak ni brfikir. tapi memang salah aku jgk.. siapa suruh buat kerja last minit kn.. tapi dh aku tak tahu nk wt apa2.. and takde idea langsung.. nak type ape lak kn ( back up diri ) hahaha... 

 *** hari selasa itu pulak ade presentation yang perlu di buat.. group aku diberi tugasan tok bentang kan task 1 brtajuk product development. nie subject Marketing Planning aka Manyak Poning. presentation yang pling lame yang pernah aku alami la.. woo.. gempak tak? lecturer tue dh kasi pecah record aku lah. start presentation kul 10 pagi.. teka habis pukul berapa?? pukul 2 pm. lenguh tak lenguh kebas tak kebas la   segala otot2 aku.. group aku presenter yg pertama.. ade 10 group.. bertanduk lak pula aku tunggu. nk balik awal, lecturer tk kasi. aku kelaparan teramat sangat woo .. dah la tak breakfast.

*** hari rabu pula.. iaitu hari ini la.. aku dah start final exam. first paper aku Small Business Management (SBM). aku taknak comment byk sal exam cz aku tak dapat jawab ngan jaya nya. dari mlm tu smpai pagi nk amek exam aku sakit kepala.. panadol lak dh abis. so, aku bwk tido un tk elok2 gak.. aku tk dapat nk study byk :( agy 1 byk tol la mslh hr ni. ade yg dh settle, ade yang masih berlarutan.. adoii..
korang, bule tak jgn jd cm budak2.. jadi la matang siket.. itu un nk jd hal gado ke?  aku tk phm tol. harap korg settle cpt k? kata kawan, tkyah la gado lame2.. cepat2 mtk maaf.. pape hal sume ley settle. duk face to face n settle. itu bawu cara owg dewasa.. masing2 nk tacing lebey2 sal hal kecik.. enjoy la slagi ade mse bersama.. nty lau tk dpt nk berkumpul, gurau2 kang.. jgn lak terindu2.. :) hehe... aku sentiasa akan merindui kawan2 aku .. 

*** untuk all my bestie friends.. korg, aku rindu korg sgt2.. tk sbr nk cuti semester ni.. nk jmpe korg la.. lepak kt kedai topup aku jom^^ 

ok, sekian la suda tok entry yg pertama tok mlm ni.. :D

Friday, January 21, 2011

what girl want from guy, when........


WHEN i RUN AWAY FROM YOU - FOLLOW ME (=

WHEN i POUT MY Lips - Kiss ME c(=

WHEN i KiCK - HUG ME Tight =D 

WHEN i CALL YOU CRAZY - i'M CRAZY ABOUT YOU 0_0

WHEN i AM SiLENT - iM Thinking OF HOW TO SAY i LOVE YOU >.<

WHEN i iGNORE YOU - i WANT ALL YOUR ATTENTiON ^_^

WHEN i PULL AWAY - GRAB ME BY THE WAiST & TELL ME YOU`LL NEVER LET ME GO ~.~

WHEN YOU SEE ME AT MY WORST - TELL ME iM BEAUTiFUL =p

WHEN i SCREAM AT YOU - TELL ME YOU LOVE ME

WHEN YOU SEE ME WALKiNG - SNEAK UP BEHiND ME, AND KISS ME B)

iF i DON`T CALL YOU - iM Waiting BY THE PHONE FOR YOUR CALL 'u'

WHEN iM SCARED - HOLD ME BY THE WAiST >.<

WHEN i LOOK LiKE SOMETHiNG`S THE MATTER - KiSS ME & TELL ME EVERYTHiNG WiLL BE ALRiGHT ~.~


p/s: wkwkwk.. ade fact di atas ade yg bule di pakai, ade yg tkley dipakai.. LU PIKIR LA SENDIRI mne yg ptot ea.. Muack! ♥