Saturday, January 29, 2011

Mari BerLawak Gelak Ketawa :D

Tak bolej pakai lipstik
Seorang anak yang comel lagi manja berusia sepuluh tahun bertanya kepada ibunya.
Anak: bu, bila umur adik genap 17 tahun nanti, boleh tak kalau adik nk sambut hari lahir kt rumah kita ni?
Ibu: mestilah  boleh sayang..
Anak: boleh tak adik nak ajak kawan-kawan adik nanti?
Ibu: boleh.. kenapa tak boleh pulak..
Anak: pastu, boleh tak adik pakai baju baru yang cantik?
Ibu: tentulah boleh, nanti ibu belikan yea.
Genap sahaja umurnya 17 tahun, diadakan majlis sambutan hari lahir seperti yang diimpikan. Anak itu kembali bertanya kepada ibunya.
Anak: bu.. bu.. boleh pakai lipstik tak?
Ibu: kamu tak boleh pakai lipstik!!
Anak: ala bu.. sekali je, please……
Ibu: saiful!!! Ibu cakap tak boleh, tak boleh. Ibu tak akan berkompromi dalam hal ini faham???

Geleng kepala
Seorang wanita yang sangat gemok mengunjungi sebuah klinik untuk bertemu doktor.
Wanita: doctor, ubat ape yang saya perlu makan untuk kurus?
Doktor: puan tak perlu makan uabt. Puan perlu hanya amalkan teknik geleng kepala saja.
Wanita: geleng kepala? Bila agaknya saya kena gelengkan kepala tu doctor? Pagi, tangah hari, petang, atau malam?
Doctor: bila ada orang suakan makanan atau ajak puan makan, puan boleh la gelengkan kepala ye. Itu saja, senang kan?
Wanita: ????

Beli mangga yang tak manis
Pada suatu hari seorang penbeli sedang tawar menawar dengan penjual mangga di pasar malam.
Pembeli: bang, mangga ni sekilo berapa?
Penjual: RM15 sekilo
Pembeli: mahalnya, tak boleh kurang ke?
Penjual: dah tak boleh dah. Harga tetap.
Pembeli: kalau tak manis macam mana?
Penjual: kalau tak manis, tak payah bayar.
Pembeli: ok, kalau macam itu, kasi saya mangga yang tak manis 10 kilo. Kasi plastik extra yea.
Penjual: %&&%@#@

    

No comments: