Monday, February 13, 2012

Macam Macam karenah Customers nie kn



Bekerja berhadapan Pelanggan setiap hari adalah sangat mencabar. Tidak semua orang mampu melakukan kerja ini. Melayan karenah , mendengar aduan serta makian dari pelanggan memerlukan kesabaran yang tinggi di samping ketebalan telinga dan keteguhan emosi. 

Bagi cikhoneybee, semua itu dah lali dengan cikhoneybee. kalau dulu sering sahaja terguris dengan kata kata mereka. Di atas kebodohan dan kesilapan pelanggan sendiri, kita disuruh bertanggung jawab. What The Fishcat ! 

Tapi Hari demi hari, ia seakan menjadi asam garam perencah kehidupan cikhoneybee. sehinggakan kadang kadang itu kalau off-day work, cikhoneybee seakan merindui gelagat gelagat pelanggan yang membawa seribu juta rasa. 

Kalau datang pelanggan yang Funny, memang cikhoneybee ketawa berdekah dekah la depan nya. Lantak la. . . siapa suruh kau datang buat lawak depan aku yg tahu tahu jew sedang stress dari lepas kena maki dengan pelanggan. 

kalau datang pula pelanggan yang cikhoneybee buleh panggil die bebal, memang menguji kesabaran. Dah la bebal, orang kasi tunjuk ajar. . . dia cakap tahu tahu . . then, bile tidak buleh, die duk marah marah. Lain kali, masa kita ajar cara menggunakannya, bagi fokos 100% ! faham ?? 


 # haha, dah macam cikgu pulak #
Lagi lagi pula datang pelanggan yang degil. Dah tahu bill dah overdue, bila line kena bar . . baru la nk terkedek kedek buat payment . Ada sekali kes pelanggan India datang nak bayar bill astro, aku tidak tahu pun Line astro die dah kena cut sebab 3 bulan tak bayar. then, a few days later dia datang marah marah kenapa astro die tidak dapat buka. .  then bila die call service centre . . pihak service centre cakap diorang tidak menerima apa apa pembayaran. India itu mengamuk la . . cakap adik aku tidak bayar bill astro dan songlap duit die. What the fishcat ! sedap sedap jew tuduh . . memang dasar @#$%^

Last last, adeq cikhoneybee call centre dan speak on behalf customer tu. Sudah terang lagi bersuluh la .bayaran Astro die tu dah clear . . Cuma dia perlu call astro Service Centre untuk TURN ON line kembali sebagai persetujuan dia mahu terus menerima perkhidmatan ASTRO. 

# Dey Tambii . . Sini kedai top -up yang boleh buat pembayaran Bill semasa tanpa perlu ke pejabat pos. Bukan Astro service center. Tugas aku terima duit utk buat bayaran on your behalf. Kalau nak aku urus segalanya, kenapa tidak terus terang. Even dah bukan luar bidang kuasa aku, aku still buleh tolong kalau kau mintak tolong elok elok. Tapi kalau aku taknak tolong pon, kau tak buleh buat apa apa. Ini datang bajet kaya . . sombong pulak tu . . kan dah kantoi Bil Astro kena cut sebab tidak bayar 3 bulan .  #
Kahkahkah . . Gyle bebal
Hari ini, Ada la seorang budak remaja lelaki datang nak beli reload maxis RM3. Dia dah siap siap sebut nombor telefon nya . . then terus BLAHHH ! cikhoneybee pun panggil die . . 

" kau nak top up RM3 kew? " 
" haah la kak"
" Kau tak bayar lagi, cane akak nak masukkan top-up? main bLah camtu jeww.. "
" eh . . eh . . kak, sorry. Terlupa pulak nak bayar "
" Hahaha . . Akak pun terlupa pulak nak masuk kan top - up kau ni"

( # dalam hati aku cakap : ko ingat ini kedai bapak kau kew. tak nak bayar pulak. Aku sekeh kang # )

Hari hari camtu la keadaan melayan karenah customer ini. Macam macam perangai. Buleh sakit jiwa melayan.  Apa apa pun, cikhoneybee happy dalam kerjaya ini. kalau Bisness sendiri . . . suka hati la nak kerja berapa hari pun dalam seminggu. NO RULES. Income UNLIMITED! working hours UNLIMITED ! Shopping pun UNLIMITED la ! hahaha . . .

p/s : tidak pernah ada rasa ingin kerja makan gaji dengan syarikat lain sejak dari kecil. Jiwa bisness tetap kental. Memberi lebih baik daripada menerima. Memberi pekerjaan kepada orang lain itu lebih mulia. Setiap doa doa pekerja dan family mereka la faktor utama bisness itu berjaya. # ayah cakap #

l KORANG SUKA KERETA APA? l SIAPA NAK HADIAH FERE? l JOM PERGI MELANCONG l ADA ORANG NAK BAGI iPHONE 4S FREE !! l

2 comments:

Shah Scander said...

Kenangan kadangkala buat kita rasa bahagia :-)

CikHoneyBee said...

hehe. memang. ia adalah bnda yang tk dpt nk dinilaikan dengan wang ringgit