Wednesday, October 31, 2012

Instagram ohhh Intagram






salam petang people... perghhh !! sudah lama betul cikhoneybee tak update blog... last puasa. sekarang dah lepas raya Haji dah pun.  cikhoneybee agak sibuk juga. Dah Tak Bapa ade masa nak update blog, nak join Giveaway/ Contest bagai.. mahupun menjadi sponsor. cikhoneybee dah malas nk sponsor.... Peserta bukan nak ikut rules pun. cikhoneybee malas nak join Giveaway /  contest... kalo menang pun bukan hadiah sampai ke tangan. yeahh... perkara perkara ini telah memuakkan cikhoneybee. malas nak stress bagai. nak marah kang, masing masing punya akal fikiran yang sempurna.. cukup didikan ibu bapa. So, cikhoneybee mengambil langkah selamat dengan... GIVE UP! *Sambil Angkat Tangan ke Atas. hehehe . nty byle dh ade mood balik, bru nak start over. 

oleh kerana mengalami kekangan masa, everyday cikhoneybee just online Fb sekejap,  dan Berinstagram. haha.. Aktif juga lah berinstagram ni. Intagram ni senang.. just post gambar...takpayah nk tulis ayat/ story berjela jela.  So, disebabkan kekangan masa.. mmg elok berinstagram jewlah kn. 

oleh kerana sekarang ni instagram femes . . .  so pasti ramai ade account Intagram. so, pada yang sudi ... Ayuh la kite berFollow Follow secara berjemaah bersama. hehehehe...






Wednesday, July 18, 2012

Nasib Si Ibu Tua







Pada Akhir Zaman ini banyak kemungkaran berleluasa di sekeliling kita Sama ada sedar mahunpun tidak sedar. Di Zaman Canggih sekarang, semua orang sibuk dengan kerjaya. sehinggakan melupakan dan mengabaikan kebajikan seorang Ibu. Akibatnya ibunya terabai. Makan minum ibunya yang uzur terpaksa disediakan sendiri. lalu Ibu tua yang uzur tu mengagah perlahan lahan, adakala merangkak ke dapur untuk mengambil minuman. 


Anak anaknya ramai pun tiada seorang pun yang mahu menjaga. Alasan sibuk dengan kerja, tiada masa dan segalanya diberikan. Lalu mengupah seorang bibik untuk menguruskan ibu tua yang uzur itu. Anak Anak nya lupa dan alpa, dahulu masa mereka kecil... ibu tua yang uzur itulah yang menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka. Kini Ibu nya yang tua, sanggup membiarkan ibunya sendirian, sanggup mengupah orang lain untuk menjaga ibunya. Sangat menyedihkan .


Pernah dulu ibu tua yang uzur itu meminta anak anak nya menghantarnya ke Rumah Orang Orang Tua. Tapi Semua anak anak nya menghalang. seorang demi seorang anak anak nya mengajak ibu tua yang uzur itu tinggal bersama. Harapan ibu tua yang uzur itu untuk gembira duduk bersama anak dan cucu cucunya tidak seperti yang diharapkan. Hari bertukar minggu bertukar bulan, lama kelamaan, anak anak nya mula mengabaikan tanggung jawab mereka kepada ibu tua itu. Mereka memarahi, memerli ibu tua apabila ibu tua itu meminta makanan apa yang beliau inginkan. 


jika dulu masa mereka kecil, apa saja yang mereka minta... ibu tua itu berusaha mendapatkan demi membahagiakan anak anak nya. tapi kenapa sekarang anak anak nya tidak berbuat perkara sama. Bile melihat keadaan sebegitu, aku berasa sungguh sedih. aku tahu hati si ibu tua yang uzur itu banyak terguris dengan perangai anak anaknya. 


bukan untuk bertindak zalim, kadang kadang aku berharap sangat supaya Allah mencabut nyawa si Ibu tua yang uzur itu. Agar die tidak lagi terseksa dan terguris hari hari demi hari. Biarlah die pergi ke Alam lain yang Insya Allah akan memberinya kebahagiaan. Jika Si Ibu tua itu pergi meninggalkan dunia, berakhirlah penderitaan beliau.

Ayah cakap, Perempuan ade Dua syurga. 1 ade pada Ibunya, 1 ada pada suaminya. So perempuan harus menjaga kedua dua syurga itu dengan baik, jika mahu memasukinya. Jika tidak, Neraka lah tempatnya. Agaknya, sebab itulah ada perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka. Perlu diikhlaskan oleh kedua duanya, baru buleh masuk syurga


p/s : Aku tidak mampu melihat lagi keadaan itu. Aku berdoa, aku tidak akan menjadi seperti mereka... mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap orang tua nya, aku nak jadi anak yang sentiasa membahagiakan orang tua aku. 

Sunday, July 15, 2012

Perhatian Kepada Sponsor/Penaja dan peserta Giveaway






Perhatian Kepada Sponsor/Penaja dan peserta Giveaway


Penaja ini bertanggung jawab menaja hadiah untuk Giveaway, contest mahupun segmen. Hasil dari persetujuan kedua belah pihak diantara penganjur dan penaja, Penaja bersetuju menaja item untuk para pemenang dengan syarat syarat dipersetujui. 


so, para peserta yang mahu menyertai haruslah mengikut syarat syarat penyertaan. sekarang ini senang nk cari Penaja untuk  Giveaway, contest mahupun segmen. Ramai jew sudi bermurah hati untuk jadi Penaja. So, para peserta mempunyai peluang yang besar untuk memenagi hadiah dari Giveaway, contest mahupun segmen itu. cikhoneybee pun suka join Giveaway, contest mahupun segmen yang sediakan hadiah yang banyak.


Dahulu cikhoneybee sering jua menjadi peserta Giveaway, contest mahupun segmen ini. dan beberapa bulan lama dulu cikhoneybee mula menjinakkan diri untuk jadi seorang penaja untuk Giveaway, contest mahupun segmen. 


Sejak akhir akhir ini, pemenag giveaway yang mendapat hadiah tajaan cikhoneybee tidak mengikuti syarat penyertaan. Ade yang tidak FOLLOW blog, ade yang tidak Like Fanpage.. Semua Ketidakjujuran mereka terbongkar dengan kuasa Allah. Cikhoneybee memang lansung tidak check para peserta. sebab cikhoneybee percayakan merera semua kaan jujur. Tapi sayangnya, Rambut sama hitam . . hati lain lain. 


Terdahulu, cikhoneybee mengalami masalah apabila pemenang dari giveaway tajaan cikhoneybee tidak mengikut syarat. [Baca Sini ]Untuk kali pertama terjadi kepada diri sendiri menbuatkan cikhoneybee memang tanak beri hadiah itu padanya. Memang nk REJECT kemenanagan beliau. Byle berbincang dengan Penganjur, penganjur pun busy dengan belajar.. so cikhoneybee taknak susahkan sesiapa.. cikhoneybee lembutkan hati mempost jua hadiah itu ke sabah. 


Baru baru ini, cikhoneybee masalah yang sama. pemenang dari giveaway tajaan cikhoneybee tidak mengikut syarat. ketidakujuran pemenang itu terbongkar di depan mata apabila beliau inbox kat fanpage cikhoneybee untuk pilih korean drama. Tetiba mata tertangkap pada column New Like. cikhoneybee ternampak ID Facebook die baru sahaja Like fanpage cikhoneybee. So maknanya sepanjang Giveaway itu beliau tidak mengikuti syarat. 


byle dah kali kedua perkara ini terjadi, cikhoneybee tidak teragak agak  untuk REJECT kemenangan die. Takde Tolak ansur lagi sebab sebelum ini rupanya cikhoneybee pernah menjadi  Penaja untuk Giveaway beliau. Memang kecewa sangat sebab sebelum kami pernah berurusan bersama. Masa jadi pengajur pun Beliau awal awal lagi tidak mengikuti syarat. Terasa macam BODOH pulak diperlakukan sebegitu. 


Takpewla, bende yang lepas biarkan lepas. cikhoneybee malas nak pikir. cikhoneybee Halal kan semua tu. Isu tidak jujur, die deal dengan Allah. Itu hal die kemudian. cikhoneybee tidak masuk campur.


oh ya, setakat ini ade3 lagi Giveaway yang cikhoneybee taja masih berlangsung. ini merupakan Giveaway terakhir sebelum puasa. cikhoneybee nak rehatkan diri dari jadi penaja sepanjang bulan puasa dan raya. sebabnya cikhoneybee busy bukak booth jual tudung kat Uptown D'Kota. Memang takde masa nk uruskan hadiah hadiah ini. 


so, Semua peserta giveaway yang join giveaway.. pastikan anda mengikuti syarat syarat penyertaan. jika didapati tidak mengikuti syarat, Cikhoneybee akan REJECT kemenangan Anda. 


p/s : harusnya penganjur dan penaja lebih tegas dalam hal ini, jika tidak mengikut syarat,  REJECT kemenangan mereka... beri hadiah kepada yang betul betul deserve. 


Friday, July 13, 2012

Perasaan Kasih Sayang






Kadang kala, kite seakan mahu menolak dan menafikan kata hati sendiri.
Kata hati yang menyatakan bahawa kita sayang dia.
tapi kite takut, orang yang kita sayang itu akan meninggalkan kita
taku orang yang kita sayang melepaskan tangan kita

lalu kita membuat keputusan
bahawa tidak lagi mahu menyayangi orang
bimbang hati ini disakiti, dilukai
diri kita buleh menafikan dan menolak kasih sayang yang datang kemudian

namun kite tetap tidak dapat menghalang
mereka menyayangi diri kita.
menjaga kebajikan kita
betapa egoisnya kita menolak kasih sayang itu

tidak kah lupa kasih sayang itu Anugerah dari Allah
Yang diberikan kepada setiap hamba-Nya
betapa menolak dan menafikan, hati tetap tidak mampu menipu.
jadi, haruslah kita menyayangi orang yang menyayangi diri kita



Friday, July 6, 2012

Gotye - Somebody That I Used To Know cover by Ivy & Gold



                      

                                      Last Song Mendodoikan cikhoneybee tido :D

p/s : Ade orang suroh cikhoneybee dengar lagu ini. Die tuju kan lagu ini kepada cikhoneybee.....? Maybe?


Davichi - Love and War M/V (Eng. sub)





                                

                                               Lagu Tidur malam ini. Good night Semua .... Love ya :)


Thursday, July 5, 2012

Saya dah tak Kempunan lagi....






Hay hay my silent readers, Oleh kerana cikhoneybee sayang korang sangat sangat . . . Penyakit pelik cikhoneybee dah sembuh. Yayyyy !! Terima kaseh kat pengunjung yang sudi datang ke blog cikhoneybee. Cikhoneybee maseh cuba membalas kembali Blogwalking ke blog korang. 



Semalam cikhoneybee cuti. Almaklum lah setiap hari Rabu adalah Hari bersama Keluarga. So, petang semalam kami semua berciap ciap nak keluar jalan. Tapi takde lah jalan jauh jauh sangat cuma pergi pasar malam kat Shah Alam. 

Pasar Malam Kat sana panjang sangat. Cikhoneybee suka sangat Jalan jalan kat sana. Kat sana banyak sangat peniaga jual makanan dan barang barang. Macam macam yang ada di sana. Cikhoneybee suka sangat tengok makanan yang banyak banyak kat sana.


Tapi yang paling best, di sana lah cikhoneybee melepas kan kempunan yang terlalu lama dengan Burung Puyuh Goreng. Perghhh. . . . . Dah lama tak makan Burung puyuh goreng. Memang Burung Puyuh Goreng feveret. kalau dapat burung puyuh goreng, kekasih pun cikhoneybee tak pedulikan. kehkehkeh. 

Dulu last makan puyuh pun kt Beranang, Negeri Sembilan. Masa maseh belajar kat sana. Sekarang nie susah betul nk cari puyuh. Pasar Malam terdekat pun takde jual. Peniaga tu cakap burung puyuh dah naik harga. so ramai peniaga takmahu nk jual sebab tak banyak untung. huhu.. tu la lama jadinya cikhoneybee kempunan nk makan burung puyuh goreng . hehehe


so, malam tadi cikhoneybee dapat tidur dengan nyenyak dan tersenyum. sampaikan terlewat bangun pergi kerja. kehkehkeh.. tapi hari ini bersemangat sangat pergi kerja sebab terlalu happy sebab dah tak kempunan lagi.


P/s : Maseh work out untuk habiskan ganti Puasa. Hurm.. kalau berbuka puasa dengan puyuh lagi kan besttttttt..... 

Tuesday, July 3, 2012

I Never Stopped...........




P/s : Please do not ask this question anymore. You Should Know the Answer already.

Soory to My Luvly Silent Readers......





Firstly, cikhoneybee nak say Soorryy sangat kat Silent Reader blog cikhoneybee sebab cikhoneybee dah mula membiarkan blog tidak update. Pasti kecewa kan byle jenguk jenguk maseh post lama yang tidak berganti baru. heheh.. perasan pulak . Mood nak update dah away. Mood nak join Giveaway Mahupun contest pun dah away. Terima kaseh kat sesiapa yang tagg dan jemput cikhoneybee join. Maaflah, cikhoneybee takdapat nak menjoinkan diri. 

sekarang diri cikhoneybee sedang serabut. Mood tidak menentu. Ya Allah, kuatkan la semangatku. Beri lah petunjuk kepada ku.



p/s : doakan cikhoneybee cepat recover dari penyakit pelik nie.... :)


Saturday, June 30, 2012

Happy Birthday to My sister





Semalam birthday Adik kedua cikhoneybee. Yeah, die sudah masuk tahun 20-an. so, die takbuleh nk kutuk2 cikhoneybee tua... sebab die pun dh masuk tahun puluhan. kekekeke. 

huhu, birthday die cikhoneybee tak kasik hadiah lagi. Gaji pun belum dapat. then pokai habis la habiskan utk adeq bongsu. cuma nyanyi kan lagu birthday tepat kul 12 smbil geletek pinggang die. hehehe. malu malu campur kegelian die. 

cikhoneybee memang rapat dengan die. die kadang kadang bagaikan kakak kepada cikhoneybee. byle cikhoneybee dalam keadaan tidak berkemampuan bekerja, die ganti position kerja cikhoneybee. kadang kadang die bagaikan Mama, yang selalu masakkan cikhoneybee makanan time time cikhoneybee kelaparan bwu lepas balik kerja. kadang kadang die bagaikan fashion advisor byle cikhoneybee nak beli baju, tudung dan macam macam. kadang kadang die bagaikan kawan mendengar masalah byle cikhoneybee dalam kesedihan mahupun stress. 

she is everything to me. kami memang sangat rapat...selama 20 tahun kami tidur sebilik, sebantal . . . masa cikhoneybee masuk college dan jarang balik rumah . . . sometimes die SMS atau IM kat facebook cakap rinduuu . . bantal busuk cikhoneybee die peluk kasi hilang rindu.. kehkehkeh

die seorang yang sangat sensitif dan lembut hati. dalam keluarga die yang paling manja. kadang kadang kalau semua tidak pedulikan die sebab busy kerja, die merajuk dan bawak diri... takmau makan, takmau cakap . . . semua takmau

oleh sebab die lebih Tinggi dan lebih bESAR dari cikhoneybee, ramai yang sangka die kakak cikhoneybee. Haha, ape salahnya. . . cikhoneybee selalu mengiyakan kata orang yang cakap die kakak cikhoneybee. seronok jadi muda. Kehkehkeh... 


so, disini Kakak nak ucapkan Selamat Hari Lahir kat Adik. . . . Semoga sentiasa dilimpahi rahmat, kebahagiaan dan rezeki yang tidak terhingga. Jangan Sedih sedih ya . . nanti kakak dah dapat gaji, kakak belikan hadiah special utk adik. ok, I'm promise. . . Nak beli kek, kite semua bukan jenis suka makan kek hari Jadi kan. 




Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday



Akibat Penyakit Malas menular . . inilah terjadi :


# Nak pergi pantai tengok SUNSET lagi Larrrr . . . .  #


Malas nak bercinta, Malas nak berfeeling, malas nak sakit hati, Malas nak gembirakan hati, Malas nak merajuk, Malas nak pujuk, malas nak masam muka, 
Malas Malas Malas Malas Malas . . . 
Semua Aku Malas.  ( cukup 30 patah perkataan kahkahkah )




p/s : kalau dah jumpe pemilik tulang rusuk, pasti HILANG rasa MALAS kn? kekekeke

Friday, June 22, 2012

kalau bukan Adik rabakkan poket kakaknya.. sape lagi kn?











Hingga kini, Adek bongsu cikhoneybee maseh berada di rumah. Dia tidak balik asrama lagi disebabkan luka Bisul di bawah telinga maseh tidak membaik. Hampir 1 bulan jugak la die bercuti kalau di campurkan dengan cuti persekolahan di akhir bulan Mei Lepas. 

Kemain die . . die lepaskan rindu secukup cukupnya dengan Mama, ayah dan kakak kakaknya. Badan die memula balik rumah, Slim dan tough jew . . Lepas dah sebulan berada di rumah, Kemain naik mendadak badan nya. Itulah dinamakan RUMAHKU SYURGAKU. Berada di samping keluarga tersayang, Hati senang . . badan pun senang naik. Hari hari dapat makan masakan air tangan Mama, Ayah dan kakak kakaknya. Untung laa jadi anak bongsu kan.... Ade adeq lelaki bongsu sorang, memang kaseh sayang hanya tertumpu kepada die seorang jew la.

so, sepanjang die berada di rumah . . Die tuntut segala nya pada cikhoneybee. Nak keluar, nak shopping, Nak main bowling, nak tonton wayang , naik main permainan kat Sunway Lagoon dan macam macam lagi. 





Minggu Pertama keluar pergi Shopping kat Time Square lepas cikhoneybee abes meeting kat Menara BSN. Masa tue, die sempat ajak main roller coaster kt tingkat atas. tapi disebabkan kengkangan masa, disebabkan takut jammed.. kami tak sempat memenuhi permintaan die. 






 Minggu Kedua main bowling dan makan meatball kat IKEA. Ambik 3 game cikhoneybee kasi die main. Main bowling die sampai lenguh tangan tak daya nak baling bola. 



Minggu ketiga pula tengok wayang dan makan MeatBall lagi kat IKEA. 
*jalan cerita yang menarik, dan banyak pengajaran dan keinsafan yang diselitkan oleh Syamsul Yusof. Syabas!


Minggu Keempat pula ( Baru baru nie ) tengok wayang lagi Mael Lambong kat 1U. Dapat Tiket FREE
*serius, Cerita Just biase biase sahaja. Nasiblah dapat tiket free. kalau tak, menyesal tak sudah bazir duit kat cerita Mael Lambong.  



Adeq bongsu Suka Sangat la bergambar. cikhoneybee la jadi tukang petik kamera. Katanya nak masuk kan dalam fesbuk... nak tnjuk kat kawan kawan die. Cikhoneybee dengan adik kedua ikutkan sahaja kemahuan die. hehehe. Sampaikan ade Budak perempuan Budak sekolah dia Duk SHare Picture kat wall. Wahh . . dah macam RETISS nih.  Mungkin Rindukan Clasmate yang telah lama bercuti . *Yeke . . . tah tah Girlfriend die kot. Byle tanye taknak mengaku. Siap cakap tak kenal pun perempuan itu. haha. Jawapan Cover line pulak. Kakaknya yang dah lama makan ' garam ' dulu pun. ade hati nak cover line. Muahaha




So, sepanjang 1 bulan ini tiap tiap minggu keluar .. Naik Rabak la poket cikhoneybee. Sabar jewla. . . Nasib baik adik kecil sorang jew. Takpewla, Kalau bukan adik yang rabakkan poket kakaknya... sape lagi kn? -.-"


So, Kami Hang out dan spend time together sampai lebam. Stok utk Tahan Rindu utk Beberapa bulan. Harap Luka Bisul Kat bawah telinga nya cepat membaik. Nanti banyak pelajaran tertinggal.. OH,, Itu sangat TIDAK Bagus !

P/s : Maseh Trauma dengan Musibah Buruk Semalam :(