Sunday, April 29, 2012

Bila Perempuan Mengenali Erti CInta








Peratusan wanita akan jatuh cinta kepada lelaki yang baru dia temui adalah tinggi. Di saat mata bertatapan, hati berdegup kencang . . dia mula tergagap gagap untuk berkata kata adalah tanda perempuan itu "Terjatuh" cinta.

Biasanya "terjatuh cinta" itu adalah tidak kekal lama. ini kerana Jatuh cinta itu adalah sesuatu perasaan yang bertindak balas apabila perempuan menemui seseorang yang berjaya menarik perhatian nya. Mungkin pada rupa paras lelaki itu, pada personaliti nya, atau bahagian bahagian tubuh lelaki itu seperti lesung pipi, mata kuyu, berbulu mata lebat atau sebagainya. Itu bukan cinta sebenar, itu hanyalah perasaan kagum kepada makhluk ciptaan Allah.


biasanya, perempuan yang benar benar jatuh cinta ini akan mula berubah. Dia akan ceria bila terjumpa lelaki yang dia suka. Dia Mula berlagak Comel . Haha. Telatah mereka sangat comel. Malu tapi mahu. Dia akan mula beri indirect signal kepada lelaki itu. Mereka akan lebih sering tertawa, tersenyum walaupun topik itu tidaklah selucu mana pun. Wajah mereka berseri seri kalah matahari. even cikhoneybee sendiri suka tengok kawan kawan perempuan yang jatuh cinta. Mereka cute sangat. 


seorang perempuan yang jatuh cinta  mula berhias diri. Mereka mula mengenali dan mempelajari barangan make -up. Mereka conteng sana, conteng sini, tonyoh sana, tonyoh sini . . . nak bagi nampak lawa di mata lelaki itu dengan harapan lelaki itu suka padanya


seorang perempuan yang jatuh cinta akan menguncapkan kepada dunia, bahawa DIA SUDAH JATUH CINTA. Kata katanya penuh puitis dan berbunga bunga. Ibarat bunga cantik yang sedang berkembang mekar. Dia mula bercerita perasaannya di fesbuk . . . di twitter dan blog.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula menjadi Stalker. Dia akan selalu nak mengatahui tentang diri lelaki itu. Dia akan godam fesbuk lelaki yg dia suka itu, mengambil berat tentang lelaki itu seperti makan minumnya. Dia mula menunjukkan minat untuk mengetahui latar belakang lelaki itu, keluarga lelaki itu, kawan kwan lelaki itu dan apa kesukaan lelaki itu.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula bercakap tentang diri nya. Niatnya mahu lelaki itu mengenali diri nya. seorang perempuan yang jatuh cinta tidak teragak akan  membocorkan 1,2 rahsia diri nya kepada lelaki itu dengan harapan untuk menjadikan hubungan mereka rapat. bila perempuan dan lelaki itu mula berkongsi cerita dan rahsia, hubungan akan menjadi rapat.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula ada perasaan merajuk . Dia sebenarnya bukan ingin mengada-ngada. Dia juga bukan mahukan wang ringgit atau hadiah sedozen atau 1 kotak besar coklat untuk memujuknya. Perempuan hanya mahukan kasih sayang dan perhatian dari lelaki yang dia cinta itu. Perempuan itu mahu terasa dihargai. Apabila perempuan  mula terasa tidak 'secure' , dia akan mula berasa risau, mengelabah tak tentu pasal dan sering termenung dan bersedih. Perempuan itu mula mengeraskan hati nye untuk tidak memikirkan perasaan dan lelaki itu. tapi sebenarnya, perempuan itu lagi kerap memikirkan lelaki itu. walaupun Muka ade senyum, tapi hati menangis . . . tkde siapa tahu. 


setelah lama dalam perhubungan, perempuan itu akan mula suarakan untuk mempunyai ikatan suci dengan lelaki itu. Bila perempuan itu sudah suarakan untuk mempunyai ikatan, ia bermakna perempuan itu sudah bersedia untuk melangkah kan diri ke hubungan yang serius. Perempuan itu yakin lelaki yang dia cintai itu boleh menjaga, melindungi, mengasihi dan menyintai diri nya seumur hidup. Perempuan itu mahu sentiasa berada di samping lelaki itu. Perempuan itu mahu mendapatkan hak yang sah dalam menjaga makan, minum, pakai dan menghadapi susah senang bersama. Apabila sudah mempunyai ikatan sah, tempat isteri adalah di sisi suami. Dahulu semasa kecil, perempuan adalah di bawah jagaan ayahnya, kini dia sudar besar dan berkahwin, maka perempuan itu adalah di bawah jagaan Suami nya. 


sekian, terima kasih . . kerana sudi baca entry ini :)


# Aku akan menjaga, melindungi, mencintai, menyayangi dan akan mengasihi lelaki yang duduk di hadapan tok kadi yang bersaksikan oleh ayah ku semasa lelaki itu mengangkat akad nikah terhadap ku #








1 comment:

aRa ❤ aFiq™ said...

ok penah alami semua ni.. haha.. mmg betul sgt sume ni :D