Friday, April 27, 2012

Berhijrah








Tadi petang ada siaran tv3 al-kulillah . hari ini tajuk nya "Janji Dikota " hati aku tersentuh tatkala mendengar ceramah ustaz ustaz di tv3. Alhamdulillah, santapan jiwa dan hati di petang jumaat yang berkat ini.  Di saat mahu berhijrah ke arah kebaikan, Allah mempermudahkan segala urusan. Sepanjang hari ini, terpampang segala nasihat, mutiara kata yang menyentuh jiwa sanubari. 1 per satu aku baca untuk mendalami semuanya. 

segalanya membuatkan aku sedar dan insaf dengan segala yang aku lakukan dahulu. salah satunya tidak mengotakan janji. Ya Allah, aku berdosa sangat pada dia. Aku banyak buat salah dengan dia. Bukan niat aku untuk mungkir janji, tapi  . . . . Aku tidak mampu melakukannya. aku tidak mampu meneruskannya.

Niat aku ingin berubah kepada yang lebih baik. aku mahu jadikan diri aku lebih baik dari sekarang. Memungkiri janji terhadapnya adalah satu satunya cara untuk aku mulakan langkah untuk berhijrah ini. Aku mohon ampunkan dosa dosa ku Ya ALLah.

Aku berharap, andai satu masa nanti . . . jika aku maseh diberi peluang ... dalam ketika aku berkemampuan, pergerakan aku tidak terbatas . . .   aku ingin mengotakan janji ku kepada dia. 


p/s: tangan digengamperlahan lahan  memukul mukul dada, sakit benar dada ini. tidak tertanggung rasanya :'(



3 comments:

SN said...

insyaallah ;)

Sarah Mnasir said...

kadang2 kita anggp jnji ni mcm bnda yg biasa2 jew kan..

dear , sakit ka ?

CikHoneyBee said...

sakit biasa jew dear :)
hari ini dh ok sikit