Friday, March 23, 2012

Mari berwuduk Sambil Berdoa


Selamat Pagi Semua !! Disini Cikhoneybee nak share kan sesuatu yang  bermanfaat lagi kebaikan kepada anda semua. Sekarang Pun dah Nak dekat  masuk Waktu subuh ini. So, Sedang sedang anda semua bangun menunaikan solat subuh ini, Marilah kita mengamalkan berwuduk sambil berdoa. Semoga Kita sentiasa dalam bimbinganNya. Insya ALLah !

Biassiswa Belajar


 

Ketika ambil Wuduk, Niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, Ampunilah dosa mulut dan lidahku ini ".

2. ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, putihkan lah mukaku di Akhirat kelak, Janganlah Kau Hitamkan Muka ku ini".

3. ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan.
" Ya Allah, berikanlah hisab hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. ketika membasuh tangan kiri, Berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, Janganlah kau berikan Hisab Hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, Lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu "

6. ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim "

8. Ketika membasuh Kaki Kiri, Berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid masjid, surau surau dan bukan tempat tempat maksiat "

Tak Baik menipu, Dosa Taw ! Allah marah.

p/s: Semoga Segala dosa dosa kita diampuni oleh Allah. Semoga kita dapat menaikan Saham untuk bekalan akhirat.

sentiasa lah berbuat baik dengan sesama Manusia. Jangan Jadi macam Dia ni. Suka Buat Jahat kat Orang lain. Allah marah Taw ! semoga dia cepat cepat bertaubat.




3 comments:

Siti Asiah said...

Info yg sangat mengujakan...:)

Nafisah Ruslan said...

selalau ingat nak buat macam ni.. tapi bila ambil wuduk tu asek terlupe je.. haha

NadyaBubble said...

Semoga Allah lindungi kita :)