Tuesday, April 10, 2012

I'm a useless girl.



Tiada apa yang lebih mengecewakan daripada kecewa terhadap diri sendiri. Kekecewaan terhadap diri sendiri adalah kesakitan yang susah nk sembuh dan mengambil masa yang lama untuk ok kembali.

korang pernah tak berasa kecewa terhadap diri sendiri ??

 tiada apa yang lebih memurungankan diri apabila tersedar dari menungan bahawa terasa diri sendiri useless. Diri sendiri yg tidak mampu melakukan / membantu orang  tersayang dalam kesusahan / kesakitan.

pabila menerangkan segalanya, dikatakan mencari alasan. diri tidak mampu untuk berkata apa apa. sekaligus membiarkan diri di salah erti. apakan daya tiada bukti untuk membuktikan segalanya. 

demi mematuhi ibu bapa, ade seseorang jauh di sana berkecil hati. apakan daya, kata kata ibu bapa harus dipatuhi. mereka yang menjaga dan membesarkan diri, tidak harusnya diri melawan kata kata mereka. bagaikan diluah mati emak, ditelan mati bapak... begitulah situasi diri ini. sesungguhnya setiap hari diri ini berjuang sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk orang orang yang dia sayang.  jika diri ini sibuk sampai terlupa untuk menghubungi . . tidak bermakna diri ini mengabaikan mereka. 

sesungguhnya menjadi sentiasa terbaik di mata mereka sangat lah letih. sehinggakan diri tidak punya kata kata sendiri untuk berdiri. diri terpaksa menurut segala kemahuan dan kehendak orang yang di sayangi. diri ini tahu orang orang dia sayang itu juga sayang dan mengambil berat terhadapnya. 

terasa diri ini mahu lari dari semua ini akibat keletihan mengejar dan berusaha setiap hari. diri ini tidak mampu untuk membuat apa yg diri ini suka. diri ini terikat dengan memenuhi kehendak dan kemahuan mereka. 

diri ini mahu bertanyakan kepada mereka, pernah kah mereka memikirkan kemahuan kehendak diri ini. bagaimana diri ini memuaskan hati mereka. hati diri ini mahu mereka puaskan. diri ini pernah berfikir, sampai bilakan diri ini mampu bertahan dalam kehidupan seperti ini.... diri ini tiada jawapan untuk itu.


p/s: harap orang jauh disana faham dengan keadaan orang disini. truly, I'm so sorry. kemampuan Diri ini terbatas. 

2 comments:

Shiema Sufian said...

Parents is everything. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa (:

Blue Pill said...

stiase bhrap mreka mmhmi dri ini...