Sunday, April 29, 2012

bedtime story





Ini Entry Sebelum Masuk Tidur


Hari ini, walaupun kesakitan dada sudah berkurang, namun ia maseh lagi terasa. Alhamdulillah, Hari ini buat kerja semua perfect. Tak macam semalam, ade sahaja kerja tak complete dengan baik. Terasa nak nangis jew semalam. Aduhai, semalam memang tidak dapat fokos langsung ! tapi hari ini, aku pulih sedikit.

Aku Maseh tertunggu tunggu jawapan dari dia. Nampaknya dia maseh membisu dan tidak mahu memberi keputusan. Takpe lah, aku akan memberi masa kepada dia. biarlah dia mengambil masa untuk membuat keputusan penting itu.

tadi, aku buka FaceBook. mata ku terkaku melihat 1 gambar yang membuat hati aku sangat sayu. Ya Allah, sakit di dada kembali lagi. tidak tertahan rasanya sakit itu. Mahu saja aku meraung melihat gambar 'kelukaan'. 

mahu saja aku pergi . . mengubati kelukaan itu. aku terasa diri aku useless sangat. segala nya tidak dapat dipatah balik. Diri ku dihambat perasaan bersalah. Dia tidak bersalah. Mengapa diri ku terlalu kejam? mengapa diri ku terlalu useless ? Apa yang telah terjadi kepada diri ku ini. . . kemanakan sifat ku yang kemanusiaan dalam diri aku . . kemanakah ia hilang? mengapa hati ini sebegitu keras ? sebegitu beku? 

untuk mulakan sesuatu, aku tidak tahu nak mula di mana. aku seperti lost. tercari cari pintu utama. setelah banyak kesalahan yang aku telah buat, mungkin tiada harapan lagi untuk aku tebus. sebab kesalahan itu terlalu banyak. seumur hidup aku juga pun aku tidak mampu tebus. 
 
aku tidak minta untuk lahir dalam situasi sebegini. aku tidak minta untuk jadi seperti ini. pernah terpikir, kenapa tidak aku lahir dalam kehidupan yang normal. tidak banyak isu dan songeh. Aku dapat buat apa yang ingin aku buat. iaitu melindungi dan menjaga orang orang tersayang aku.

kini aku takut untuk melahirkan perasaan sayang. aku takut aku akan abaikan orang orang yang aku sayang, aku takut aku tidak dapat melindungi dan menjaga orang orang tersayang aku. 

aku pergi bukan untuk melarikan diri dari bertanggung jawab. tapi berilah aku masa untuk memperbaiki diri aku. jika aku sudah bersedia, aku akan kembali. 


 # Semalam aku pergi, pergi untuk memperbaiki diri untuk menjadi wanita terbaik untuk 'DIA'  di satu masa. #



2 comments:

SN said...

nice bedtime story :)

Nurul Liyana said...

mia, are u ok? if ada pape nak share ngn yana. feel free to msg me ok dear. :)