Wednesday, July 18, 2012

Nasib Si Ibu Tua







Pada Akhir Zaman ini banyak kemungkaran berleluasa di sekeliling kita Sama ada sedar mahunpun tidak sedar. Di Zaman Canggih sekarang, semua orang sibuk dengan kerjaya. sehinggakan melupakan dan mengabaikan kebajikan seorang Ibu. Akibatnya ibunya terabai. Makan minum ibunya yang uzur terpaksa disediakan sendiri. lalu Ibu tua yang uzur tu mengagah perlahan lahan, adakala merangkak ke dapur untuk mengambil minuman. 


Anak anaknya ramai pun tiada seorang pun yang mahu menjaga. Alasan sibuk dengan kerja, tiada masa dan segalanya diberikan. Lalu mengupah seorang bibik untuk menguruskan ibu tua yang uzur itu. Anak Anak nya lupa dan alpa, dahulu masa mereka kecil... ibu tua yang uzur itulah yang menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka. Kini Ibu nya yang tua, sanggup membiarkan ibunya sendirian, sanggup mengupah orang lain untuk menjaga ibunya. Sangat menyedihkan .


Pernah dulu ibu tua yang uzur itu meminta anak anak nya menghantarnya ke Rumah Orang Orang Tua. Tapi Semua anak anak nya menghalang. seorang demi seorang anak anak nya mengajak ibu tua yang uzur itu tinggal bersama. Harapan ibu tua yang uzur itu untuk gembira duduk bersama anak dan cucu cucunya tidak seperti yang diharapkan. Hari bertukar minggu bertukar bulan, lama kelamaan, anak anak nya mula mengabaikan tanggung jawab mereka kepada ibu tua itu. Mereka memarahi, memerli ibu tua apabila ibu tua itu meminta makanan apa yang beliau inginkan. 


jika dulu masa mereka kecil, apa saja yang mereka minta... ibu tua itu berusaha mendapatkan demi membahagiakan anak anak nya. tapi kenapa sekarang anak anak nya tidak berbuat perkara sama. Bile melihat keadaan sebegitu, aku berasa sungguh sedih. aku tahu hati si ibu tua yang uzur itu banyak terguris dengan perangai anak anaknya. 


bukan untuk bertindak zalim, kadang kadang aku berharap sangat supaya Allah mencabut nyawa si Ibu tua yang uzur itu. Agar die tidak lagi terseksa dan terguris hari hari demi hari. Biarlah die pergi ke Alam lain yang Insya Allah akan memberinya kebahagiaan. Jika Si Ibu tua itu pergi meninggalkan dunia, berakhirlah penderitaan beliau.

Ayah cakap, Perempuan ade Dua syurga. 1 ade pada Ibunya, 1 ada pada suaminya. So perempuan harus menjaga kedua dua syurga itu dengan baik, jika mahu memasukinya. Jika tidak, Neraka lah tempatnya. Agaknya, sebab itulah ada perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka. Perlu diikhlaskan oleh kedua duanya, baru buleh masuk syurga


p/s : Aku tidak mampu melihat lagi keadaan itu. Aku berdoa, aku tidak akan menjadi seperti mereka... mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap orang tua nya, aku nak jadi anak yang sentiasa membahagiakan orang tua aku. 

4 comments:

PeedaPastel said...

Semoga menjadi anak yang baik.=)

Kancil 8349 said...

betul tu...:)

Sarah Mnasir said...

minta jauh la dr sume ni.. amin :)

Nanie said...

Assalam, hi sis ! berminat utk jadi sponsor GA tak ? click sini > http://nanitheawesome.blogspot.com/2012/10/pencarian-sponsor-giveaway.html . terima kasih :)