Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Dapat Panggilan Rindu Yang misteri






Picha Jambu Yang tak boleh BELAH ! konon konon die cmtu la mase bergayut. Haha. Geli*

Warning : Ini entry lain daripada yang biasa. Entry ini Fresh ditaip tiada kena mengena dengan Perasaan cikhoneybee. Ia hanye bermotifkan untuk menerbitkan perasaan cemburu orang orang yang berkenaan. *you're so mean, cikhoneybee. Huahahaha. *evil laugh*


Selamat Pagi Semuaaaaa !!! Amboi kemain hyper pagi ini. Dahla tak tido lagi. Cikhoneybee baru jew lepas abeh 'Bergayut' Tepon dengan ... Teeeettttt .... haha. 


Sebenarnya semalam die call . . . tapi cikhoneybee sibuk duduk kat depan kaca television tengok perlawanan bola Crotia VS Ireland. *sejak bile lah cikhoneybee peminat bola yang tegar?? -.-" Lepas jew perlawanan bola tu, cikhoneybee masuk bilik . .  Masa siap siap nk tido, cikhoneybee amek tepon . . . nk set alarm baru. Almaklum lah minggu ini shif keje malam. so, kena la set alarm baru. kalo tak, abeh terlajak tidur. kekekeke
tengok tengok ade 2 " Panggilan Rindu " dari dia. Mimpi ape lak tetibe die call. *mata dibulatkan besar besar sambil pandang ke atas dan berfikir


Tadi Pukul 4 kot camtu lah. . . die message cakap nk call. cikhoneybee cakap malas la. Kemain cikhoneybee nk Jual Mahal. Haha. tapi tak lama tu die call jugak. memula conversation agak akward. haha. macam ape tah kan. Lama lama jadi rancak pulak. yewla . . . lama dh tk borak. banyak betul la nk di perkatakan. Kami sibuk Bahan membahan . . gelak gelak , usik usik . . sampai tak ingat dunia.


cikhoneybee dapat pengalaman baru. Ini adalah First Time ever. Yewla sebelum ini, cikhoneybee tak pernah berhubung kembali dengan EX cikhoneybee lepas putus. Opps. . .!! pecah rahsia suda =,="
sebenarnya cikhoneybee bergayut dengan EX cikhoneybee tadi. Hehe. macam best la pulak bergayut dengan die.. berkongsi cerita tentang kehidupan masing masing.


kami borak macam biasa. cakap cakap pasal life sekarang. sepanjang tempoh bergayut, 2 kali terputus talian. memula tah die nk wt ape tah. G tandas kot. then die call balik... borak borak sampai terputus talian lagi. cikhoneybee igt credit die abeh dah.. rupanya battery phone die abeh. ceitt. . . buleh die g charge balik, then sambung call. masa call ketiga itulah baru masuk part perasaan. kami jujur meluahkan apa yang terpendam. Die cakap die rindu cikhoneybee. Hati ini bagaikan terkedu . . . sayu jew. tanpa suara, hati ini dah membalasnya . . "aku pun rindu kau jugak" hahaha. tapi biarlah aku simpan perasaan ini dan mengadu kat Allah.


masa couple dulu, kalo gayut, battery abeh, jangan harap la die nk call balik. die terus tido. selalu biarkan tergantung. sebab kalo terus call, memang tk tido la jawabnyaa . . . berat jew hati nk letak call . nak terus bercakap cakap cakap cakap cakap cakap cakap sampai dh tak tahu nk cakap apa.  tapi lain pulak lepas dh putus ini kn. lelaki ini memang macam ini keeew?? ade sesiapa buleh jawab tak??


macam dia cakap, mulut buleh menipu, tapi hati tak dapat nk tipu. Ya, cikhoneybee setuju. tapi kita haruslah berpijak bumi yang nyata. sedar keadaan yang sebenarnya. tapi banyak banyak kali die tanya, cikhoneybee mengaku jugak yg cikhoneybee ade laaa jugakk rindduu die. hihihi. *gelak malu tersiipu sipu.


sampai tak sedar jam dah pukul 7 pagi, kami maseh lagi bergayut. patot la tetibe mata pun dh layu layu nk tertutup. daripada hyper active membahan, terus bercakap soal hati dan perasaan. yewla, orang yang pernah bertahta di hati . . mane la buleh nk benci lama lama. dan kalo dah bercakap pasal perasaan, memang hati dihambat pilu. *music please . .sambil lagu sedih diputarkan* last last cikhoneybee cakap cikhoneybee dah letih nk tidur . . then bye bye . .barulah talian diputus kan. 


kadang kadang tu mase time time tidur die, terasa hati cikhoneybee beat kencang. tahulah cikhoneybee jam tu die nk tidur dh. dulu masa couple, sebelum tidur dia pasti cari cikhoneybee.  masa nak tidur la bergayut kejap sebelum tidur. waktu lain, kami masing masing sibuk dengan kerja.  Tetiba hati ini terasa gembira byle dapat tahu dia maseh tercari cari cikhoneybee sebelum tido. 




Untuk Kau, 
Terima kaseh sebab call dan sudi selalu datang jenguk jenguk aku kat uptown walaupun kau tengok aku dari jauh. Walaupun aku tak tahu. Aku hargai sangat sangat. aku harap rindu kau terubat. Tapi Aku kadang kadang dapat rasakan jugak . . hati ini mengenali dan merasai kehadiran kau. Cewahhh.. tapi serius taw, tetibe tengah kerja . . tetibe hati aku berdegup kencang. aku terpikir kau. Rupanya separuh hati ini sendirinya mengenali separuh hati lain yang pernah kite kongsi dulu. byle time time waktu tido kau, hati aku sekali lagi nk beat kencang . .  aku tahu kau sedang pikir aku. tak banyak yang aku dapat tolong  hanya dapat ucapkan Selamat Malam dari jauh. *sambil hug hug teddy bear besar yang kau bagi dulu. Terima kaseh sebab jujur dengan aku. Segala persoalan telah terjawab. Yewla, Aku risau la . . Aku ini meroyan kew asyik kerap teringat kau. Apekejadahnye ... rupanya kau yang critically rindukan aku. muahahaha



entry ini di taip pun dalam keadaan mata yang layu nk tertutup tutup jew. sajew jew nak publish entry ini. saje nak bagi ade orang jeles . . . haha. memang saje nk jadi jahat sikit hari ini.

Ok, sekian. .  terima kaseh sebab sudi baca entry yang merapu ini. Kepada anda berkenaan, entry ini memang SENGAJA nak bagi anda jeles. Well, saya tetibe nak jadi jahat pulak hari ini. jangan marah... hehehe. sebenarnya ia adalah perghargaan dari saya sebab anda adalah silence reader yang setia mengikuti perkembangan blog saya ini. Ohhh.... saya amat terharu.  terima kaseh terima kaseh.


p/s : lepas dapat tahu ade silent reader yang setia mengikuti perkembangan kehidupan cikhoneybee, cikhoneybee terasa bersemangat sekali nak update blog. itu lah punca nya entry ini di taip, even dalam mata yang sangat layu nak tertutup tutup dah. sampai mama cikhoneybee jenguk bilik bertanyakan kenapa tak tidur lagi sebab die nampak  bilik maseh terang dengan lampu. hehe.. Anda terharu tak? jangan risau, lepas nie, saya akan update banyak banyak. *kalo ade banyak TYPO tu paham paham kan jew la, sebab entry ini ditaip pun dalam keadaan mata layu nk tertutup tutup. 










Friday, May 4, 2012

‎:: MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI? ::







♥ Sahabat, Lelaki Yang Baik itu ada di mana mana, tidak semestinya datang dengan kepala yang berketayap, janggut selambak dan harta yang membuat-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian Kalbu bersama-sama, MENDIDIK, Membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya... ♥

♥ Dia DATANG apabila tiba masanya.... LAMBAT ATAU CEPAT, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang perempuan, seperti MANUSIA KUDUNG yang telah diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita... apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita... ♥

♥ Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA... tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA... namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja.. itulah adat dalam perhubungan, yang buruk -buruk pastu ada.. barangkali daripada si dia, barangkali juga dari kita sendiri, tetapi kita harus cermat meningimbangkanya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana ....♥




so Men, if you really live and love a woman, 
♥ Marry Her ♥
♥ Have a pity on her ♥
♥ protect her ♥
 ♥ give love to her ♥
♥ appreciate her ♥
♥ say thanks for her excess ♥
♥ give advice to her ♥
♥ bring her into the path of Allah ♥
♥ correct her mistake ♥
♥ be patient with her ♥
♥ accept and love her shortcomings ♥
♥ so the best IMAM for her ♥

because SHE is part of your RIBS.....


P/s: selamat pagi Jumaat yang penuh tenang ini. Semoga membawa sejuta keberkatan untuk seluruh umat islam. 





Sunday, April 29, 2012

Bila Perempuan Mengenali Erti CInta








Peratusan wanita akan jatuh cinta kepada lelaki yang baru dia temui adalah tinggi. Di saat mata bertatapan, hati berdegup kencang . . dia mula tergagap gagap untuk berkata kata adalah tanda perempuan itu "Terjatuh" cinta.

Biasanya "terjatuh cinta" itu adalah tidak kekal lama. ini kerana Jatuh cinta itu adalah sesuatu perasaan yang bertindak balas apabila perempuan menemui seseorang yang berjaya menarik perhatian nya. Mungkin pada rupa paras lelaki itu, pada personaliti nya, atau bahagian bahagian tubuh lelaki itu seperti lesung pipi, mata kuyu, berbulu mata lebat atau sebagainya. Itu bukan cinta sebenar, itu hanyalah perasaan kagum kepada makhluk ciptaan Allah.


biasanya, perempuan yang benar benar jatuh cinta ini akan mula berubah. Dia akan ceria bila terjumpa lelaki yang dia suka. Dia Mula berlagak Comel . Haha. Telatah mereka sangat comel. Malu tapi mahu. Dia akan mula beri indirect signal kepada lelaki itu. Mereka akan lebih sering tertawa, tersenyum walaupun topik itu tidaklah selucu mana pun. Wajah mereka berseri seri kalah matahari. even cikhoneybee sendiri suka tengok kawan kawan perempuan yang jatuh cinta. Mereka cute sangat. 


seorang perempuan yang jatuh cinta  mula berhias diri. Mereka mula mengenali dan mempelajari barangan make -up. Mereka conteng sana, conteng sini, tonyoh sana, tonyoh sini . . . nak bagi nampak lawa di mata lelaki itu dengan harapan lelaki itu suka padanya


seorang perempuan yang jatuh cinta akan menguncapkan kepada dunia, bahawa DIA SUDAH JATUH CINTA. Kata katanya penuh puitis dan berbunga bunga. Ibarat bunga cantik yang sedang berkembang mekar. Dia mula bercerita perasaannya di fesbuk . . . di twitter dan blog.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula menjadi Stalker. Dia akan selalu nak mengatahui tentang diri lelaki itu. Dia akan godam fesbuk lelaki yg dia suka itu, mengambil berat tentang lelaki itu seperti makan minumnya. Dia mula menunjukkan minat untuk mengetahui latar belakang lelaki itu, keluarga lelaki itu, kawan kwan lelaki itu dan apa kesukaan lelaki itu.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula bercakap tentang diri nya. Niatnya mahu lelaki itu mengenali diri nya. seorang perempuan yang jatuh cinta tidak teragak akan  membocorkan 1,2 rahsia diri nya kepada lelaki itu dengan harapan untuk menjadikan hubungan mereka rapat. bila perempuan dan lelaki itu mula berkongsi cerita dan rahsia, hubungan akan menjadi rapat.


seorang perempuan yang jatuh cinta akan mula ada perasaan merajuk . Dia sebenarnya bukan ingin mengada-ngada. Dia juga bukan mahukan wang ringgit atau hadiah sedozen atau 1 kotak besar coklat untuk memujuknya. Perempuan hanya mahukan kasih sayang dan perhatian dari lelaki yang dia cinta itu. Perempuan itu mahu terasa dihargai. Apabila perempuan  mula terasa tidak 'secure' , dia akan mula berasa risau, mengelabah tak tentu pasal dan sering termenung dan bersedih. Perempuan itu mula mengeraskan hati nye untuk tidak memikirkan perasaan dan lelaki itu. tapi sebenarnya, perempuan itu lagi kerap memikirkan lelaki itu. walaupun Muka ade senyum, tapi hati menangis . . . tkde siapa tahu. 


setelah lama dalam perhubungan, perempuan itu akan mula suarakan untuk mempunyai ikatan suci dengan lelaki itu. Bila perempuan itu sudah suarakan untuk mempunyai ikatan, ia bermakna perempuan itu sudah bersedia untuk melangkah kan diri ke hubungan yang serius. Perempuan itu yakin lelaki yang dia cintai itu boleh menjaga, melindungi, mengasihi dan menyintai diri nya seumur hidup. Perempuan itu mahu sentiasa berada di samping lelaki itu. Perempuan itu mahu mendapatkan hak yang sah dalam menjaga makan, minum, pakai dan menghadapi susah senang bersama. Apabila sudah mempunyai ikatan sah, tempat isteri adalah di sisi suami. Dahulu semasa kecil, perempuan adalah di bawah jagaan ayahnya, kini dia sudar besar dan berkahwin, maka perempuan itu adalah di bawah jagaan Suami nya. 


sekian, terima kasih . . kerana sudi baca entry ini :)


# Aku akan menjaga, melindungi, mencintai, menyayangi dan akan mengasihi lelaki yang duduk di hadapan tok kadi yang bersaksikan oleh ayah ku semasa lelaki itu mengangkat akad nikah terhadap ku #








bedtime story





Ini Entry Sebelum Masuk Tidur


Hari ini, walaupun kesakitan dada sudah berkurang, namun ia maseh lagi terasa. Alhamdulillah, Hari ini buat kerja semua perfect. Tak macam semalam, ade sahaja kerja tak complete dengan baik. Terasa nak nangis jew semalam. Aduhai, semalam memang tidak dapat fokos langsung ! tapi hari ini, aku pulih sedikit.

Aku Maseh tertunggu tunggu jawapan dari dia. Nampaknya dia maseh membisu dan tidak mahu memberi keputusan. Takpe lah, aku akan memberi masa kepada dia. biarlah dia mengambil masa untuk membuat keputusan penting itu.

tadi, aku buka FaceBook. mata ku terkaku melihat 1 gambar yang membuat hati aku sangat sayu. Ya Allah, sakit di dada kembali lagi. tidak tertahan rasanya sakit itu. Mahu saja aku meraung melihat gambar 'kelukaan'. 

mahu saja aku pergi . . mengubati kelukaan itu. aku terasa diri aku useless sangat. segala nya tidak dapat dipatah balik. Diri ku dihambat perasaan bersalah. Dia tidak bersalah. Mengapa diri ku terlalu kejam? mengapa diri ku terlalu useless ? Apa yang telah terjadi kepada diri ku ini. . . kemanakan sifat ku yang kemanusiaan dalam diri aku . . kemanakah ia hilang? mengapa hati ini sebegitu keras ? sebegitu beku? 

untuk mulakan sesuatu, aku tidak tahu nak mula di mana. aku seperti lost. tercari cari pintu utama. setelah banyak kesalahan yang aku telah buat, mungkin tiada harapan lagi untuk aku tebus. sebab kesalahan itu terlalu banyak. seumur hidup aku juga pun aku tidak mampu tebus. 
 
aku tidak minta untuk lahir dalam situasi sebegini. aku tidak minta untuk jadi seperti ini. pernah terpikir, kenapa tidak aku lahir dalam kehidupan yang normal. tidak banyak isu dan songeh. Aku dapat buat apa yang ingin aku buat. iaitu melindungi dan menjaga orang orang tersayang aku.

kini aku takut untuk melahirkan perasaan sayang. aku takut aku akan abaikan orang orang yang aku sayang, aku takut aku tidak dapat melindungi dan menjaga orang orang tersayang aku. 

aku pergi bukan untuk melarikan diri dari bertanggung jawab. tapi berilah aku masa untuk memperbaiki diri aku. jika aku sudah bersedia, aku akan kembali. 


 # Semalam aku pergi, pergi untuk memperbaiki diri untuk menjadi wanita terbaik untuk 'DIA'  di satu masa. #



Saturday, April 28, 2012

Di Kala Waktu Malam





# REALITY #






Friday, April 27, 2012

Picisan petang jumaat





Perempuan tidak boleh tinggal berseorangan. Bila kecil dia dibawah jagaan ayahnya. Bila dewasa dia dibawah jagaan suaminya. # UstazAzharIdrus

Cinta yang terindah ialah cinta yang mekar selepas diijabkabul  # UstazAzharIdrus


Tuesday, February 14, 2012

Entry Edisi Khas Bulan Cinta : Satay Kajang + Laksa



Entry ini Jua di publishkan sempena Edisi Bulan Cinta. hehe . . .  Cikhoneybee sebenarnya Rindu sangat nak makan satay kajang bersama sama gemok. Memang lah kat mana mana pun ade satay kajang, But ade 1 place tu different sangat taste nya. Sangat Sedap !! itupun Gemok yang bawak makan kt sana.


walaupun cikhoneybee tak pernah nak sambut Anniversary dengan gemok, cikhoneybee selalu sambut monthsary. hehe . . setiap 15 haribulan . . malam itu akan kami free kan untuk keluar pergi kajang . . makan satay. itu WAJIB ! tapi kadang kadang tue, bukan monthsary pun . . kami pergi jugak makan satay kat kajang tu . . ahaha. Gemok suka sangat makan satay.  

oleh kerana kolej tempat cikhoneybee belajar kt Negeri sembilan . . kalau kajang tue, memang selalu ulang alik jew. takde jauh mana pun. haha . . memang tak jauh pun, sebab bukan cikhoneybee yg drive. Muahaha

kat sana jugak ade jual laksa. cikhoneybee pulak memang suka makan laksa . . . memang kena la pergi tempat itu. Semua makanan yang kami suka, ade jual kat situ dan rasanya TIP TOP ! 


baru jew tadi dapat message dari  gemok . . Die Cakap " Teringat makan satay bersama " alahai sedih pula di hati. Memang kami dh lama tak pergi makan satay kat kajang.

last kiteorang makan satay . . . hurm  . . byle eh? cikhoneybee pun tak ingat lah. Ada la suatu malam tu, gemok datang jenguk cikhoneybee kt kolej . . drive dari KL ke Mantin untuk bawak cikhoneybee pergi kajang makan satay. Memang berulang alik jew la gemok. 
KL-->Mantin --->Kajang --->Mantin ---> KL
So, cikhoneybee rindu saat saat itu. Mungkin saat itu payah nk putar balik. Hope kami dapat makan satay kajang bersama lagi. Harap harap masa terhenti seketika untuk memberi peluang cikhoneybee makan satay bersamanya. 

P/S : Kecur air liur bile teringat satay kajang dan laksa

l BerFaceBook Setiap hari l Limited ThumbDrive l Hadiah Yang Awesome l

Tuesday, December 6, 2011

Tak kenal maka tak cinta

salam readers,

Hari ini Meh kite belajar tentang pepatah melayu zaman orang dulu kala. sejauh mana anak anak muda faham akan maksud pepatah pepatah itu (?)

 
sekadar Gambar Hiasan.
Tak kenal maka tak cinta. U kenal I tak (?) Auwww . . . U cinta I la yew (?) 

Haha. Ayat kat atas tu memang ayat sengal sengal ubi. Sering kali kite dengar pepatah Tak kenal maka tak cinta camtu dari mulut mulut orang lama. Dan dan la pulak pemikiran anak anak muda ke lain. byle anak anak muda tersilat taksiran, mula la tafsir yang bukan bukan. Nak tahu Maksud sebenar untuk Pepatah Tak kenal maka tak cinta ini. click HERE

dah tahu dh makne pepatah tu ape? bg cikhoneybee,Sebenarnye dalam bercinta, kite perlu turut bercinta dengan keluarga pasangan juga. Bercinta itu bukan la loving loving sana sini sahaja, tapi caring dan kenali keluarga pasangan. bukan ape, insya Allah jika anda berjodoh dengan pasangan kamu kelak, senang  nak join in family. takde la cam rusa masuk kampung kan. terkebil kebil, malu malu siput nak join berborak. Semua malu malu, ape pun takbuleh la. dah bernikah nak tak nak pasti la kena interact dgn keluarga pasangan.

sekadar gambar hiasan

Ramai pasangan ambil tak kesah tentang hal ini. Penah dengar tak, kalau nak pikat anak, pikat la family die dulu. penah tak dengar? Takguna la korang bercintan cintun 10 tahun pun, kalau family tak bape suka. . . tak guna jugak. nanti mula la kes kawin lari, perkahwinan tidak direstui. Dah taknak tnjuk effort utk mengenali keluarga pasangan. Memula memang la tak biasa, tapi itu sume bukan alasan utk elak tak buat. tak biasa la kena biasa kan diri bergaul dengan keluarga itu.

sering kali orang orang muda zaman sekarang bg alasan tak ready la. apew la. Ape kejadahnya kalau tak ready? bercinta ready la pulak. Kalau la pasangan korang kasi Alasan " Tak Ready ". . . nampak sangat die tak pernah nak ade komitmen dalam hubungan korang. Bercinta hanya suka suka. So, Kalau la pasangan korang tu yg mengofferkan diri untuk jmpe dan kenal keluarga kite, Cepat cepat ucap Alhamdulillah . . . Die ikhlas dan mahu beri komitmen dalam perhubungan korang itu. Makna nya die SERIUS mahukan kamu =)

Monday, December 5, 2011

Kau Adalah Jodohku

Selamat Malam All readers,


Seringkali kite mendengar kata kata manis dari pasangan kite : Awak adalah jodoh saya. Saya Tidak akan mencari yang lain sebab saya dah ade calon.  Sejauh Mana kebenaran dan jaminan dengan kata kata manis sedemikian. Kata Kata Manusia Buleh ke dipercayai (?) manusia itu banyak kelemahan. Macam Macam buleh berlaku esok Lusa hari. Hati Manusia juga buleh berubah - ubah.

Pada Pasangan bercinta, di harap kan senantiasa berfikiran Berlandaskan Islam, jangan kerana Kata Kata manis sedemikian, Anda sanggup Memberi segalanya. Terutamanya kepada perempuan yang sering lemah dengan kata kata manis dari sang Lelaki. Sebelum Si dia Mengangkat Akad nikah, Jangan sesekali mempercayai kata kata manis itu. Kata Kata manusia buleh berubah. Hari ini berkata : Awak lah jodoh saya. Esok lusa berkata ayat yg sama kepada perempuan lain. Kalau nk percaya buleh, tapi jangan simpan di hati. Buat jew Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bia sekarang kite bersifat kejam, jangan nanti kite dikejami.

Hanya kepada Allah sahaja, kite buleh meletakkan sepenuhnya kepercayaan. Hanya Allah maha mengetahui siapakan Jodoh kite sebenarnya. Bukan Manusia. Jadi sering sering la berdoa kepada Allah agar kite senantiasa dilindungi daripada bende benda yang akan buleh menjarakkan diri kite kepada Allah. Semoga kite mendapat jodoh yang baik. Segalanya dapat di ubah sebelum Nasi Sudah Menjadi Bubur.

kepada Sang Lelaki, Jika anda ikhlas memperisterikan wanita. . . buktikan di hadapan wali dan saksi. Jika Hanya sekadar menabur janji manis, cakap kosong . . . KAMU LOOSEER (!!)

cikhoneybee minta maaf JIka bahasa agak kasar dan kurang sopan. Cikhoneybee cuma memberi pendapat. cikhoneybee juga  sangat mengalu- alukan pendapat readers . 
P/S : cikhoneybee hanya percayai kata kata Allah tentang jodoh cikhoneybee =>