Wednesday, October 31, 2012

Instagram ohhh Intagram






salam petang people... perghhh !! sudah lama betul cikhoneybee tak update blog... last puasa. sekarang dah lepas raya Haji dah pun.  cikhoneybee agak sibuk juga. Dah Tak Bapa ade masa nak update blog, nak join Giveaway/ Contest bagai.. mahupun menjadi sponsor. cikhoneybee dah malas nk sponsor.... Peserta bukan nak ikut rules pun. cikhoneybee malas nak join Giveaway /  contest... kalo menang pun bukan hadiah sampai ke tangan. yeahh... perkara perkara ini telah memuakkan cikhoneybee. malas nak stress bagai. nak marah kang, masing masing punya akal fikiran yang sempurna.. cukup didikan ibu bapa. So, cikhoneybee mengambil langkah selamat dengan... GIVE UP! *Sambil Angkat Tangan ke Atas. hehehe . nty byle dh ade mood balik, bru nak start over. 

oleh kerana mengalami kekangan masa, everyday cikhoneybee just online Fb sekejap,  dan Berinstagram. haha.. Aktif juga lah berinstagram ni. Intagram ni senang.. just post gambar...takpayah nk tulis ayat/ story berjela jela.  So, disebabkan kekangan masa.. mmg elok berinstagram jewlah kn. 

oleh kerana sekarang ni instagram femes . . .  so pasti ramai ade account Intagram. so, pada yang sudi ... Ayuh la kite berFollow Follow secara berjemaah bersama. hehehehe...






Wednesday, July 18, 2012

Nasib Si Ibu Tua







Pada Akhir Zaman ini banyak kemungkaran berleluasa di sekeliling kita Sama ada sedar mahunpun tidak sedar. Di Zaman Canggih sekarang, semua orang sibuk dengan kerjaya. sehinggakan melupakan dan mengabaikan kebajikan seorang Ibu. Akibatnya ibunya terabai. Makan minum ibunya yang uzur terpaksa disediakan sendiri. lalu Ibu tua yang uzur tu mengagah perlahan lahan, adakala merangkak ke dapur untuk mengambil minuman. 


Anak anaknya ramai pun tiada seorang pun yang mahu menjaga. Alasan sibuk dengan kerja, tiada masa dan segalanya diberikan. Lalu mengupah seorang bibik untuk menguruskan ibu tua yang uzur itu. Anak Anak nya lupa dan alpa, dahulu masa mereka kecil... ibu tua yang uzur itulah yang menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka. Kini Ibu nya yang tua, sanggup membiarkan ibunya sendirian, sanggup mengupah orang lain untuk menjaga ibunya. Sangat menyedihkan .


Pernah dulu ibu tua yang uzur itu meminta anak anak nya menghantarnya ke Rumah Orang Orang Tua. Tapi Semua anak anak nya menghalang. seorang demi seorang anak anak nya mengajak ibu tua yang uzur itu tinggal bersama. Harapan ibu tua yang uzur itu untuk gembira duduk bersama anak dan cucu cucunya tidak seperti yang diharapkan. Hari bertukar minggu bertukar bulan, lama kelamaan, anak anak nya mula mengabaikan tanggung jawab mereka kepada ibu tua itu. Mereka memarahi, memerli ibu tua apabila ibu tua itu meminta makanan apa yang beliau inginkan. 


jika dulu masa mereka kecil, apa saja yang mereka minta... ibu tua itu berusaha mendapatkan demi membahagiakan anak anak nya. tapi kenapa sekarang anak anak nya tidak berbuat perkara sama. Bile melihat keadaan sebegitu, aku berasa sungguh sedih. aku tahu hati si ibu tua yang uzur itu banyak terguris dengan perangai anak anaknya. 


bukan untuk bertindak zalim, kadang kadang aku berharap sangat supaya Allah mencabut nyawa si Ibu tua yang uzur itu. Agar die tidak lagi terseksa dan terguris hari hari demi hari. Biarlah die pergi ke Alam lain yang Insya Allah akan memberinya kebahagiaan. Jika Si Ibu tua itu pergi meninggalkan dunia, berakhirlah penderitaan beliau.

Ayah cakap, Perempuan ade Dua syurga. 1 ade pada Ibunya, 1 ada pada suaminya. So perempuan harus menjaga kedua dua syurga itu dengan baik, jika mahu memasukinya. Jika tidak, Neraka lah tempatnya. Agaknya, sebab itulah ada perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka. Perlu diikhlaskan oleh kedua duanya, baru buleh masuk syurga


p/s : Aku tidak mampu melihat lagi keadaan itu. Aku berdoa, aku tidak akan menjadi seperti mereka... mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap orang tua nya, aku nak jadi anak yang sentiasa membahagiakan orang tua aku. 

Sunday, July 15, 2012

Perhatian Kepada Sponsor/Penaja dan peserta Giveaway






Perhatian Kepada Sponsor/Penaja dan peserta Giveaway


Penaja ini bertanggung jawab menaja hadiah untuk Giveaway, contest mahupun segmen. Hasil dari persetujuan kedua belah pihak diantara penganjur dan penaja, Penaja bersetuju menaja item untuk para pemenang dengan syarat syarat dipersetujui. 


so, para peserta yang mahu menyertai haruslah mengikut syarat syarat penyertaan. sekarang ini senang nk cari Penaja untuk  Giveaway, contest mahupun segmen. Ramai jew sudi bermurah hati untuk jadi Penaja. So, para peserta mempunyai peluang yang besar untuk memenagi hadiah dari Giveaway, contest mahupun segmen itu. cikhoneybee pun suka join Giveaway, contest mahupun segmen yang sediakan hadiah yang banyak.


Dahulu cikhoneybee sering jua menjadi peserta Giveaway, contest mahupun segmen ini. dan beberapa bulan lama dulu cikhoneybee mula menjinakkan diri untuk jadi seorang penaja untuk Giveaway, contest mahupun segmen. 


Sejak akhir akhir ini, pemenag giveaway yang mendapat hadiah tajaan cikhoneybee tidak mengikuti syarat penyertaan. Ade yang tidak FOLLOW blog, ade yang tidak Like Fanpage.. Semua Ketidakjujuran mereka terbongkar dengan kuasa Allah. Cikhoneybee memang lansung tidak check para peserta. sebab cikhoneybee percayakan merera semua kaan jujur. Tapi sayangnya, Rambut sama hitam . . hati lain lain. 


Terdahulu, cikhoneybee mengalami masalah apabila pemenang dari giveaway tajaan cikhoneybee tidak mengikut syarat. [Baca Sini ]Untuk kali pertama terjadi kepada diri sendiri menbuatkan cikhoneybee memang tanak beri hadiah itu padanya. Memang nk REJECT kemenanagan beliau. Byle berbincang dengan Penganjur, penganjur pun busy dengan belajar.. so cikhoneybee taknak susahkan sesiapa.. cikhoneybee lembutkan hati mempost jua hadiah itu ke sabah. 


Baru baru ini, cikhoneybee masalah yang sama. pemenang dari giveaway tajaan cikhoneybee tidak mengikut syarat. ketidakujuran pemenang itu terbongkar di depan mata apabila beliau inbox kat fanpage cikhoneybee untuk pilih korean drama. Tetiba mata tertangkap pada column New Like. cikhoneybee ternampak ID Facebook die baru sahaja Like fanpage cikhoneybee. So maknanya sepanjang Giveaway itu beliau tidak mengikuti syarat. 


byle dah kali kedua perkara ini terjadi, cikhoneybee tidak teragak agak  untuk REJECT kemenangan die. Takde Tolak ansur lagi sebab sebelum ini rupanya cikhoneybee pernah menjadi  Penaja untuk Giveaway beliau. Memang kecewa sangat sebab sebelum kami pernah berurusan bersama. Masa jadi pengajur pun Beliau awal awal lagi tidak mengikuti syarat. Terasa macam BODOH pulak diperlakukan sebegitu. 


Takpewla, bende yang lepas biarkan lepas. cikhoneybee malas nak pikir. cikhoneybee Halal kan semua tu. Isu tidak jujur, die deal dengan Allah. Itu hal die kemudian. cikhoneybee tidak masuk campur.


oh ya, setakat ini ade3 lagi Giveaway yang cikhoneybee taja masih berlangsung. ini merupakan Giveaway terakhir sebelum puasa. cikhoneybee nak rehatkan diri dari jadi penaja sepanjang bulan puasa dan raya. sebabnya cikhoneybee busy bukak booth jual tudung kat Uptown D'Kota. Memang takde masa nk uruskan hadiah hadiah ini. 


so, Semua peserta giveaway yang join giveaway.. pastikan anda mengikuti syarat syarat penyertaan. jika didapati tidak mengikuti syarat, Cikhoneybee akan REJECT kemenangan Anda. 


p/s : harusnya penganjur dan penaja lebih tegas dalam hal ini, jika tidak mengikut syarat,  REJECT kemenangan mereka... beri hadiah kepada yang betul betul deserve.