Sunday, July 15, 2012

Perhatian Kepada Sponsor/Penaja dan peserta Giveaway






Perhatian Kepada Sponsor/Penaja dan peserta Giveaway


Penaja ini bertanggung jawab menaja hadiah untuk Giveaway, contest mahupun segmen. Hasil dari persetujuan kedua belah pihak diantara penganjur dan penaja, Penaja bersetuju menaja item untuk para pemenang dengan syarat syarat dipersetujui. 


so, para peserta yang mahu menyertai haruslah mengikut syarat syarat penyertaan. sekarang ini senang nk cari Penaja untuk  Giveaway, contest mahupun segmen. Ramai jew sudi bermurah hati untuk jadi Penaja. So, para peserta mempunyai peluang yang besar untuk memenagi hadiah dari Giveaway, contest mahupun segmen itu. cikhoneybee pun suka join Giveaway, contest mahupun segmen yang sediakan hadiah yang banyak.


Dahulu cikhoneybee sering jua menjadi peserta Giveaway, contest mahupun segmen ini. dan beberapa bulan lama dulu cikhoneybee mula menjinakkan diri untuk jadi seorang penaja untuk Giveaway, contest mahupun segmen. 


Sejak akhir akhir ini, pemenag giveaway yang mendapat hadiah tajaan cikhoneybee tidak mengikuti syarat penyertaan. Ade yang tidak FOLLOW blog, ade yang tidak Like Fanpage.. Semua Ketidakjujuran mereka terbongkar dengan kuasa Allah. Cikhoneybee memang lansung tidak check para peserta. sebab cikhoneybee percayakan merera semua kaan jujur. Tapi sayangnya, Rambut sama hitam . . hati lain lain. 


Terdahulu, cikhoneybee mengalami masalah apabila pemenang dari giveaway tajaan cikhoneybee tidak mengikut syarat. [Baca Sini ]Untuk kali pertama terjadi kepada diri sendiri menbuatkan cikhoneybee memang tanak beri hadiah itu padanya. Memang nk REJECT kemenanagan beliau. Byle berbincang dengan Penganjur, penganjur pun busy dengan belajar.. so cikhoneybee taknak susahkan sesiapa.. cikhoneybee lembutkan hati mempost jua hadiah itu ke sabah. 


Baru baru ini, cikhoneybee masalah yang sama. pemenang dari giveaway tajaan cikhoneybee tidak mengikut syarat. ketidakujuran pemenang itu terbongkar di depan mata apabila beliau inbox kat fanpage cikhoneybee untuk pilih korean drama. Tetiba mata tertangkap pada column New Like. cikhoneybee ternampak ID Facebook die baru sahaja Like fanpage cikhoneybee. So maknanya sepanjang Giveaway itu beliau tidak mengikuti syarat. 


byle dah kali kedua perkara ini terjadi, cikhoneybee tidak teragak agak  untuk REJECT kemenangan die. Takde Tolak ansur lagi sebab sebelum ini rupanya cikhoneybee pernah menjadi  Penaja untuk Giveaway beliau. Memang kecewa sangat sebab sebelum kami pernah berurusan bersama. Masa jadi pengajur pun Beliau awal awal lagi tidak mengikuti syarat. Terasa macam BODOH pulak diperlakukan sebegitu. 


Takpewla, bende yang lepas biarkan lepas. cikhoneybee malas nak pikir. cikhoneybee Halal kan semua tu. Isu tidak jujur, die deal dengan Allah. Itu hal die kemudian. cikhoneybee tidak masuk campur.


oh ya, setakat ini ade3 lagi Giveaway yang cikhoneybee taja masih berlangsung. ini merupakan Giveaway terakhir sebelum puasa. cikhoneybee nak rehatkan diri dari jadi penaja sepanjang bulan puasa dan raya. sebabnya cikhoneybee busy bukak booth jual tudung kat Uptown D'Kota. Memang takde masa nk uruskan hadiah hadiah ini. 


so, Semua peserta giveaway yang join giveaway.. pastikan anda mengikuti syarat syarat penyertaan. jika didapati tidak mengikuti syarat, Cikhoneybee akan REJECT kemenangan Anda. 


p/s : harusnya penganjur dan penaja lebih tegas dalam hal ini, jika tidak mengikut syarat,  REJECT kemenangan mereka... beri hadiah kepada yang betul betul deserve. 


1 comment:

Kiera Rashid said...

sys , ada tak pemenang kiera yg lepas sys sebutkn ini ?